Oleh Raymond Tombung
KENINGAU: Pelancaran Parti Reformasi Negeri (STAR) untuk kawasan parlimen Keningau akan di adakan esok (11 Februari) di sini.
Pengerusi Penganjur pelancaran itu, Dr. Nicholas Guntobon, memaklumkan bahawa tempat pelancaran itu adalah di Restoran Pelancongan, di Jalan Keningau-Tenom, lebih kurang dua kilometer dari pekan Keningau. “Kita akan mulakan pada jam 1.30 petang,” katanya. “Dan kami menjemput semua penyokong dan sesiapa juga yang berminat mendengar rasional kenapa kita harus berada dalam STAR seperti yang akan dihuraikan oleh Pengerusi STAR, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, dalam ucapan beliau.”
Pelancaran di Keningau tersebut adalah yang keempat bagi kawasan-kawasan parliament selepas Kota Marudu, Pitas, dan Kota Belud. Guntobon menjangka satu kehadiran yang lebih ramai dari biasa memandangkan Keningau adalah tempat asal Dr. Jeffrey. “Saya tidak hairan jika jumlah yang hadir akan lebih dari 4,000 orang yang telah membanjiri bangunan Hongkod bagi pelancaran parti peringkat negeri bulan lalu,” katanya.