Top posts

Featured Posts

UNSC The Way Forward for Sabah and Sarawak in Malaysia, says Daniel John Jambun

https://www.dailyexpress.com.my/news/245377/jeffrey-denounces-colonial-treatment-of-sabah/

Press Statement 
6th November 2024

 
                            Daniel John Jambun

The UN body, based on Advisory Opinion from ICJ, can rule on the status of Sabah and Sarawak under international law!

KOTA KINABALU: As an NGO, we share our unreserved response to Datuk Seri Dr. Jeffrey’s statement on Sabah’s colonial-like treatment by the federal government:

Sabah’s struggle to assert its rights within Malaysia is increasingly reminiscent of a futile chase – akin to a dog going in circles after its own tail. The federal government’s stance towards Sabah is an affront, disregarding both the Malaysia Agreement 1963 (MA63) and the Constitution, which clearly outline Sabah’s entitlements Instead, Sabah is continuously treated as a distant colony whose resources and autonomy are at the mercy of federal whim.

This heavy-handed approach by the federal government blatantly ignores democratic principles and the ideals of fairness in resource management and profit-sharing. It’s as if Sabah’s vast resources are merely seen as tools to feed the interests of Peninsular Malaysia, while Sabahans themselves grapple with inadequate infrastructure, limited economic growth, chronic underfunding for essential services, and burdened with 8 poorest districts in Malaysia. This is nothing short of a systematic denial of Sabah’s right to benefit from its own wealth.

We strongly assert that the relationship between Sabah and the federal government should be redefined to cover only core areas of mutual benefit: internal security, defence, foreign affairs, finance, and the Malaysian Common Market. By limiting the federal role to these essential areas, Sabah would finally have the freedom to govern its resources, economy, and development – an autonomy that is long overdue and well-deserved.

Decolonisation through the United Nations Special Committee on Decolonisation (UN24) and UNGAR 1514 remain, in our view, the sole viable path for Sabah and Sarawak to resolve these long-standing grievances. Only genuine self-governance, free from federal overreach and delay tactics, can ensure the autonomy, dignity, and sustainable progress that the people of Sabah and Sarawak rightfully demand.


Daniel John Jambun President Borneo's Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo)



Versi Bahasa Malaysia

Kenyataan Akhbar
6 November 2024

UNSC Jalan Ke Hadapan Untuk Sabah Dan Sarawak Dalam Malaysia . . .

Badan PBB, berdasarkan Pendapat Nasihat dari ICJ, boleh membuat keputusan mengenai status Sabah dan Sarawak di bawah undang-undang antarabangsa!

Kota Kinabalu: Sebagai sebuah NGO, kami menyatakan reaksi tanpa syarat terhadap kenyataan Datuk Seri Dr. Jeffrey mengenai layanan kolonial oleh kerajaan persekutuan terhadap Sabah.

Perjuangan Sabah untuk menuntut haknya dalam Malaysia semakin menyerupai usaha yang sia-sia – ibarat anjing yang mengejar ekornya sendiri. Sikap kerajaan persekutuan terhadap Sabah adalah satu penghinaan, mengabaikan kedua-dua Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perlembagaan yang dengan jelas menggariskan hak Sabah. Sebaliknya, Sabah terus dilayan seperti koloni jauh yang sumber dan autonominya berada di bawah kuasa sewenang-wenangnya oleh persekutuan.

Pendekatan keras ini oleh kerajaan persekutuan secara terang-terangan mengabaikan prinsip-prinsip demokrasi dan nilai keadilan dalam pengurusan sumber serta perkongsian keuntungan. Seolah-olah sumber yang melimpah ruah di Sabah hanya dilihat sebagai alat untuk memenuhi kepentingan Semenanjung Malaysia, manakala rakyat Sabah sendiri bergelut dengan infrastruktur yang serba kekurangan, pertumbuhan ekonomi yang terbatas, kekurangan dana untuk perkhidmatan asas, serta menanggung 8 daerah termiskin di Malaysia. Ini adalah satu bentuk penafian sistematik terhadap hak Sabah untuk menikmati kekayaan miliknya sendiri.

Kami dengan tegas menegaskan bahawa hubungan antara Sabah dan kerajaan persekutuan perlu ditakrifkan semula untuk hanya merangkumi bidang-bidang utama yang memberi manfaat bersama: keselamatan dalam negeri, pertahanan, hal ehwal luar negeri, kewangan, dan Pasaran Bersama Malaysia. Dengan menghadkan peranan persekutuan kepada bidang-bidang penting ini sahaja, Sabah akhirnya akan mempunyai kebebasan untuk mengurus sumber, ekonomi, dan pembangunannya sendiri – satu autonomi yang sudah lama sepatutnya diperolehi dan memang layak.

Dekolonisasi melalui Jawatankuasa Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Dekolonisasi (UN24) dan UNGAR 1514,
adalah pada pandangan kami, satu-satunya jalan yang berdaya maju untuk Sabah dan Sarawak menyelesaikan keluhan lama ini. Hanya pemerintahan sendiri yang tulen, bebas daripada campur tangan dan taktik penangguhan persekutuan, boleh memastikan autonomi, martabat, dan kemajuan mampan yang dituntut secara sah oleh rakyat Sabah dan Sarawak.

Daniel John Jambun
Presiden Borneo's Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo)

Pemimpin Parti Kerjasama Anak Negeri kesal kejadian budak mati digigit anjing liar di Semporna

Diserang anjing liar di Semporna.. kanak-kanak lima tahun cedera parah diserang anjing liar dan meninggal dalam perjalanan ke Hospital pada 3 November 2024.

5-11-2024
SEMPORNA: Ahli Majlis Tertinggi Parti Kerjasama Anak Negeri (ANAK NEGERI), Hasaman Sagaran, meminta Pegawai Daerah dan Majlis Daerah Semporna mengambil tindakan segera menangkap anjing-anjing liar yang berkeliaran di kampung-kampung, khusus di kawasan di mana menjadi tumpuan pelancong dan kanak-kanak. 

Hasaman yang merupakan antara pengasas ANAK NEGERI berkata demikian mengulas kejadian seorang kanak-kanak berumur lima tahun telah meninggal dunia akibat digigit oleh sekumpulan anjing liar dekat rumahnya di Kg Sungai Tuhok, Semporna, Ahad lepas (3 November, 2024).
Hasaman Sagaran dari Parti Kerjasama Anak Negeri kecewa dengan kejadian itu.

"Saya menggesa agensi-agensi Kerajaan yang berkenaan bertindak segera demi keselamatan orang ramai terutama kanak-kanak dan sebab daerah Semporna adalah destinasi pelancong antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan di aini hari ini.

Pada hari kejadian itu, bapa mangsa sedang bersarapan manakala anaknya itu seperti kebiasaan pagi pergi ke sebuah kedai di hadapan rumah mereka, bersama sepupunya.

Bagaimanapun tidak lama kemudian orang-ramai riuh apabila mendapati seorang kanak-kanak terbaring dalam keadaan berlumuran darah tanpa pakaian di tepi Dewan Kampung itu dengan kesan gigitan anjing pada seluruh tubuhnya.

Hasaman yang kesal dengan kejadian tersebit menggesa pihak berwajib bertindak segera bukan saja menjamin keselamatan penduduk terutama kanak-kanak tetapi juga bagi memelihara imej Semporna sebagai pusat pelancongan yang bersih dan selamat.

Beliau turut menggesa kerajaan Sabah agar tidak memandang ringan kejadian kanak-kanak berumur lima tahun mati digigit anjing liar itu, sambil menuntut penyelesaian segera kebanjiran anjing di daerah berkenaan.

"Di mana skuad tembak anjing liar Majlis Daerah Semporna?," tanya beliau.

Hasaman yang juga bekas anggota RELA Semporna mengaku masih terkejut dan bersedih atas kejadian itu, berkata masalah anjing liar berkeliaran dan menggigit orang juga bukan perkara baru di daerah Semporna.  

"Saya kesal sebab kejadian anak kecil digigit anjing liar berkeliaran sepatutnya boleh dielakkan sekiranya Pegawai Daerah dan Majlis Daerah telah mengambil tindakan awal secara proaktif," tegasnya lagi.

Beliau turut mengingatkan gigitan anjing liar boleh membawa risiko jangkitan penyakit anjing gila (rabies) yang boleh membawa maut.

"Malah orang yang terdedah atau tersentuh air liur anjing liar yang membawa kuman rabies juga boleh dijangkiti dan mengakibatkan kematian.

"Saya mencadangkan agar anggota RELA, Rukun Tetangga, dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Pembangunan, Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JPKKK) digerakan untuk memburu dan menangkap atau membunuh anjing-anjing liar yang menjadi ancaman kepada anak-anak keci," katanya lagi.#

Pemimpin SEDAR letak jawatan


                 Muhammad Ridzuan Abdullah

Oleh Jayden Lisandu, 5-11-2024
BELURAN : Parti Sedar Rakyat (SEDAR) cawangan Sabah kehilangan dua pemimpin tertinggi parti itu di sini apabila dua Ketua Bahagiannya dilaporkan meninggalkan parti itu.

Muhammad Ridzuan Abdullah, Ketua Bahagian Sugut, dalam satu kenyataan pendek hari ini mengumumkan beliau mengundurkan diri sebagai ahli SEDAR sekali gus Ketua Bahagian Sugut, berkuat kuasa 4hb November, 2024. 

"Saya menghargai pengalaman yang saya perolehi selama memegang jawatan dalam SEDAR dan berterima kasih atas kesempatan itu," katanya ringkas tanpa menyatakan langkah beliau seterusnya. 

Muhammad Ridzuan Abdullah ( yang bertanda ) meninggalkan SEDAR. Marx Henry Lim(berdiri paling kiri) juga dilaporkan meninggalkan parti asal Sarawak itu.

Bagaimanapun ketika dihubungi Borneo Herald, Muhammad Ridzuan, berkata beliau akan terus aktif melayani masyarakat khususnya di Sugut.

Sementara itu, Ketua Bahagian SEDAR di Labuk, Marx Henry Lim, juga disebut-sebut sudah meninggalkan parti SEDAR untuk menyertai semula Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan dilaporkan kelihatan bersama-sama pimpinan KDM dalam jelajahnya termasuk di Kota Belud baru-baru ini.#


Why the sudden rise in non-citizens with statutory declaration for IC ?

Sabah sees a surge in non-citizens with SDs https://www.thestar.com.my/news/nation/2024/11/02/sabah-sees-surge-in-non-citizens-with-sds

                          Daniel John Jambun

PRESS STATEMENT 
3rd November 2024


Re: Urgent Clarification Required on Surge in Non-Citizens’ Statutory Declarations for Identity Documents


Kota Kinabalu: As a Borneo Rights Advocate dedicated to safeguarding Sabah’s integrity and the rights of its genuine citizens, we are deeply concerned by recent revelations made by Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan regarding the alarming increase in statutory declarations (SDs) submitted by non-citizens in Sabah. These SDs, reportedly aimed at supporting applications for identification documents, pose a serious risk to our legal, electoral, and social systems. We salute Datuk Seri Dr. Jeffrey, for the revelation. 

Given the gravity of this issue, we respectfully seek clarification from the Honourable Chief Minister of Sabah, who serves as the Chief Registrar Officer (CRO) of the Sabah government. As the chief authority overseeing these matters, we believe it is within the Chief Minister's duty to address the following questions with transparency and accountability:

1. Awareness and Acknowledgement: Is the Chief Minister aware of this issue, and can he confirm the extent to which it has been identified by his office?

2. Preventive Measures and Oversight: What steps are being taken by the Sabah government to ensure that SDs are not misused by non-citizens attempting to secure identification documents through irregular means?

3. Responsibilities of Legal Authorities: What directives, if any, have been issued to commissioners for oaths, magistrates, and other authorities responsible for handling these declarations, to guarantee they are upholding the highest standards of legal integrity in this process?

4. Protection of Sabah’s Sovereignty and Electoral Integrity: How does the government intend to safeguard the sovereignty of Sabah, its electoral system, and the rights of its genuine citizens against the exploitation of legal processes by non-citizens?

The growing concerns surrounding these SDs call for an immediate and robust response to reassure Sabahans of the government’s commitment to protecting their rights and the state’s sovereignty. We urge the Chief Minister to prioritize this issue, take decisive action, and provide clarity to the public on how the state government will address this critical matter.


Daniel John Jambun President Borneo's Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo)



Versi Bahasa Malaysia 

KENYATAAN AKHBAR
3 November 2024


Re: Penjelasan Segera Diperlukan mengenai Peningkatan Pengisytiharan Berkanun (SD) oleh Bukan Warganegara untuk Dokumen Pengenalan Diri


Kota Kinabalu: Sebagai seorang Advokat Hak-Hak Borneo yang berdedikasi dalam menjaga integriti Sabah dan hak-hak rakyat sejati negeri ini, kami sangat prihatin dengan pendedahan terkini yang dibuat oleh Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan mengenai peningkatan mendadak dalam pengisytiharan berkanun (SD) yang diserahkan oleh bukan warganegara di Sabah. SD ini, yang dilaporkan digunakan untuk menyokong permohonan dokumen pengenalan diri, berpotensi membawa risiko serius kepada sistem perundangan, pilihan raya, dan sosial kita. Kami memberi penghargaan kepada Datuk Seri Dr. Jeffrey atas pendedahan tersebut.

Memandangkan keparahan isu ini, kami dengan hormat meminta penjelasan daripada Ketua Menteri Sabah yang Mulia, yang juga bertindak sebagai Ketua Pegawai Pendaftaran (CRO) kerajaan Sabah. Sebagai pihak berkuasa utama yang mengawasi perkara ini, kami percaya adalah menjadi tanggungjawab Ketua Menteri untuk menangani persoalan berikut dengan telus dan bertanggungjawab:

1. Kesedaran dan Pengesahan: Adakah Ketua Menteri sedar akan isu ini, dan bolehkah beliau mengesahkan sejauh mana isu ini telah dikenalpasti oleh pejabatnya?

2. Langkah Pencegahan dan Pengawasan: Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan Sabah untuk memastikan SD tidak disalahgunakan oleh bukan warganegara yang cuba mendapatkan dokumen pengenalan melalui cara tidak sah?
3. Tanggungjawab Pihak Berkuasa Perundangan: Apakah arahan yang telah diberikan kepada pesuruhjaya sumpah, majistret, dan pihak berkuasa lain yang bertanggungjawab dalam menguruskan pengisytiharan ini, bagi memastikan mereka menegakkan standard integriti undang-undang yang tertinggi dalam proses ini?

4. Perlindungan Kedaulatan Sabah dan Integriti Pilihan Raya: Bagaimana kerajaan berhasrat melindungi kedaulatan Sabah, sistem pilihan raya, dan hak-hak rakyat sejati negeri ini daripada penyalahgunaan proses undang-undang oleh bukan warganegara?

Kebimbangan yang semakin meningkat mengenai SD ini memerlukan respons segera dan tegas untuk meyakinkan rakyat Sabah tentang komitmen kerajaan dalam melindungi hak-hak mereka dan kedaulatan negeri. Kami mendesak Ketua Menteri untuk memberikan keutamaan terhadap isu ini, mengambil tindakan yang tegas, dan memberikan penjelasan kepada orang awam tentang bagaimana kerajaan negeri akan menangani perkara kritikal ini.


Daniel John Jambun
Presiden
Yayasan Borneo's Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo)

Kenapa menteri-menteri Sabah bisu biarkan subsidi elektrik Sabah tiada dalam Bajet 2025?

Dr Kanul Gindol hairan kenapa menteri-menteri Sabah enggan bersuara dari awal mengenai subsidi tarif elektrik Sabah "ghaib" dari Belanjawan 2025.


1-11-2024
KOTA KINABALU : Aktivis hak Sabah, Dr Kanul Gindol, yang juga pemimpin Parti Kerjasama Anak Negeri, menyelar menteri-menteri dari Sabah yang tidak bersuara apabila Perdana Menteri Persekutuan "menghilangkan" peruntukan subsidi tarif elektrik Sabah dalam Bajet 2025.

"Berita Daily Express dan Borneo Post hari ini (1 November 2024) telah memetik Pengerusi Elektrik Sabah (dahulu SESB), Datuk Wilfred Madius Tangau, mempersoalkan ketiadaan peruntukan subsidi tarif elektrik untuk Sabah dalam Bajet 2025

"Parti Kerjasama Anak Negeri menganggap perkara ini sangat serius dan ingin bertanya mengapa Menteri Kabinet Persekutuan dari Sabah tidak menangani perkara tersebut dalam Mesyuarat Kabinet Persekutuan?," kata Dr Kanul dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Madius dipetik berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Menurut Dr Kanul yang juga Penyelaras Zon Utara bagi Parti Kerjasama Anak Negeri dan Ketua Bahagian Kota Belud, butiran besar mengenai Bajet 2025 termasuk subsidi tarif elektrik Sabah sepatutnya dibincangkan di peringkat Kabinet dan Kementerian Persekutuan.

"Tindakan MP Tuaran yang juga bekas Presiden UPKO membangkitkan isu tersebut di Dewan Rakyat adalah tepat dan wajar membuka mata rakyat Sabah. 

"Rakyat Sabah kecewa kerana Menteri Persekutuan dari Sabah tidak meneliti butiran bajet 2025 untuk Sabah dan gagal menangani isu pembatalan subsidi tarif elektrik Sabah dalam Mesyuarat Kabinet Persekutuan," ujarnya lagi.

Dr Kanul berkata : "Saya ingin bertanya adakah Menteri Persekutuan dari Sabah itu jahil, tidak cekap atau ada kemungkinan mereka takut untuk menyuarakan masalah rakyat Sabah dalam Mesyuarat Kabinet Persekutuan?

"Menteri Persekutuan dari Sabah harus bertindak tegas dan proaktif untuk mempersoalkan kepincangan peruntukan kewangan untuk Sabah."

"Pada tahun 2024, sebanyak RM866 juta telah diperuntukkan untuk subsidi tarif elektrik Sabah, tetapi menurut Madius, peruntukan subsidi tarif tidak lagi diberikan atau tidak termasuk dalam Bajet 2025. Kenapa?

"Alasan Perdana Menteri bahawa Kerajaan Persekutuan menghadapi kekangan kewangan dan fiskal tidak boleh diterima kerana Kerajaan Persekutuan sebelum ini telah memberi komitmen untuk melanjutkan pemberian sokongan subsidi tarif (TTS) kepada Sabah sehingga enam tahun lagi," tambahnya lagi.

Beliau juga mempersoal adakah pembatalan subsidi tarif elektrik Sabah itu ada kaitan dengan penambahan bantuan Geran Khas Sabah berjumlah RM600 juta pada tahun 2025?

"Mungkinkah ada "udang di sebalik batu" di mana pembatalan tarif elektrik bersubsidi dalam Bajet 2025 dibuat bagi menampung peruntukan bantuan Geran Khas RM600 juta kepada Sabah? Saya minta penjelasan," katanya lagi.

Menurut Dr Kanul, tindakan membatalkan subsidi tarif elektrik untuk Sabah dalam Bajet 2025 bercanggah dengan janji atau komitmen awal Kerajaan Persekutuan untuk Sabah.

"Memandangkan Sabah Electricity tidak boleh menaikkan tarif elektrik sesuka hati dan subsidi tarif elektrik untuk Sabah juga kini dimansuhkan dalam Bajet 2025, sudah pasti operasi bekalan elektrik untuk Sabah tahun depan akan terjejas dan mungkin menjadi lebih teruk. 

"Perdana Menteri sebenarnya tahu bahawa sebarang gangguan bekalan elektrik di Sabah akan menjejaskan operasi sektor sensitif seperti hospital dan kesihatan, lapangan terbang, air, telekomunikasi, pengangkutan, keselamatan dan keseluruhan sistem penyampaian kerajaan.

"Mungkinkah Kerajaan Persekutuan mahu memaksa Sabah Electricity menaikkan tarif elektrik untuk menghukum rakyat Sabah?," tanyanya lagi.

Menurut Dr Kanul isu pembatalan subsidi tarif bekalan elektrik untuk Sabah bagi tahun 2025 adalah perkara serius yang memerlukan perhatian rakyat dan Kerajaan Negeri Sabah. 

"Parti Kerjasama Anak Negeri sedang menunggu ulasan daripada Kerajaan GRS PH Plus Sabah berhubung tindakan Perdana Menteri mengabaikan keperluan subsidi tarif bekalan elektrik Negeri Sabah dalam Bajet 2025," tambahnya.#





The English version : 


PRESS STATEMENT
1 November 2024

CANCELLATION OF SABAH ELECTRICITY TARIFF SUBSIDIES IN THE 2025 BUDGET
WHY ARE THE FEDERAL MINISTERS FROM SABAH SILENT?

1. The Daily Express and Borneo Post news today (November 1, 2024) have quoted the Chairman of Sabah Electricity (formerly SESB), Datuk Wilfred Madius Tangau, questioning the absence of electricity tariff subsidy allocation for Sabah in the 2025 Budget. 

2. He was quoted as saying this while debating the Supply Bill 2025 in the Dewan Rakyat recently.

3. Parti Kerjasama Anak Negeri considers this a very serious matter and would like to ask why the Federal Cabinet Minister from Sabah did not address the matter in the Federal Cabinet Meeting? 

4. The big details about the 2025 Budget including Sabah's electricity tariff subsidy should have been discussed at the Cabinet and Federal Ministry level.

5. The actions of MP Tuaran who is also the former UPKO President in raising the issue in the Dewan Rakyat was correct and should open the eyes of the people of Sabah. 

6. The people of Sabah are disappointed because the Federal Minister from Sabah did not study the details of the 2025 budget for Sabah and failed to address the issue of canceling Sabah's electricity tariff subsidy in the Federal Cabinet Meeting. 

7. I would like to ask if the Federal Minister from Sabah is ignorant, incompetent or is it possible that they are afraid to voice the problems of the people of Sabah in the Federal Cabinet Meeting?

8. The Federal Minister from Sabah should act decisively and proactively to question the shortcomings in the financial allocation for Sabah.

9. In 2024, as much as RM866 million has been allocated for Sabah's electricity tariff subsidy, but according to Madius, the tariff subsidy allocation is no longer given or not included in the 2025 Budget. Why?

10. The reason given by the Prime Minister that the Federal Government is facing financial and fiscal constraints cannot be accepted because the Federal Government has previously made a commitment to extend the provision of tariff subsidy support (TTS) to Sabah for up to another six years.

11. Does the cancellation of the Sabah electricity tariff subsidy have anything to do with the addition of the Sabah Special Grant aid amounting to RM600 million in 2025?

12. Could there be "a shrimp behind the rock" where the cancellation of the subsidized electricity tariff in the 2025 Budget was made to cover the Special Grant aid allocation of RM600 million to Sabah? I ask for an explanation.

13. I consider the action of canceling the electricity tariff subsidy for Sabah in the 2025 Budget contradicts the earlier promise or commitment of the Federal Government for Sabah.

14. Since Sabah Electricity cannot increase the electricity tariff at will and the electricity tariff subsidy for Sabah is also now abolished in the 2025 Budget, it is certain that the electricity supply operation for Sabah next year will be affected and perhaps become worse. 

15. The Prime Minister actually knows that any electricity supply disruption in Sabah will affect the operation of sensitive sectors such as hospitals and health, airports, water, telecommunications, transport, security and the entire government delivery system.

16. Is it possible that the Federal Government wants to force Sabah Electricity to raise electricity tariffs to punish the people of Sabah?

17. The issue of canceling the electricity supply tariff subsidy for Sabah for 2025 is a serious matter that needs the attention of the people and the Sabah State Government. 

18. Parti Kerjasama Anak Negeri is waiting for a comment from the GRS PH Plus Government of Sabah regarding the Prime Minister's actions in ignoring the subsidy requirement for the electricity supply tariff of the State of Sabah in the 2025 Budget.


Dr Kanul Gindol 
Supreme Council Member, Parti Kerjasama Anak Negeri/
Division Coordinator for P169 Kota Belud and Sabah's Northern Zone

Children belong in their homes not in barracks, says activist



Peter John Jaban querried the need for another "national service" for teens.


29-10-2024

KUCHING : Sarawak human rights advocate, Peter John Jaban, is calling out the Madani Government on its recent announcement of new ‘national service’ requirements, due to begin in January 2025. 

He is demanding that parents and the public are given proper justification as to why ‘selected’ children as young as 16 should be taken away from their families and placed in training camps under the supervision of the Malaysian Defence Force, as announced by Deputy Defence Minister Adly Zahari on 27 October.

“This is the third attempt at such a programme in Malaysia, the previous two ending in complete failure. The last was suspended under claims it was being used for indoctrination of ‘certain beliefs’. 

"But now the Madani government are trying again, with all the same problems and still no explanation of who will be targeted, what they will be taught and even why this is needed,” Peter said in a statement endorsed by four other activists.

Jaban said, to make matters worse, this new programme is going after even younger children who should be at home with their communities, not forced into camps with other conscripts. 

"Does the Deputy Minister really think that the Malaysian Defence Force is better able to care for children than their own parents, especially given the recent coverage of extreme abuse at the National Defence University which resulted in the tragic and terrible death of a 20-year-old naval cadet who was not safe in his own barracks?” he asked.

Jaban said the Deputy Minister has acknowledged that ‘the public need not worry about the country’s security and defence capabilities’. 

"So, what is this program about? And what has happened to cause the Government to rush this program in to operation in January instead of in June as it had planned?" he further asked. 

The Deputy Minister has said that ‘when they leave the national service programme, they will have a sense of identity’ and ‘have the highest level of ability to succeed in their respective fields’.

"Should they not be getting this from the national education system where the curriculum is clear? What are the values and what is the identity that the Deputy Minister thinks that the Malaysian Defence Force can instil in these young people that requires them to be removed from their homes, their communities and even their states?” Peter pointed out.

He went on to say: “This cannot be considered ‘National Service’ when it only applies to a ‘chosen’ few. Why is there not any transparency in the process? What criteria are they using to select these minors? What rights do parents have to say no to the Government in order keep their children safely at home? All Malaysians should be demanding to know who is being targeted and on what basis.  After all, your children could be next.”

He said choosing to join the armed services is one thing but imposing this arbitrary and pernicious plan now on a ‘pilot group’ of young people, when its necessity is not immediately apparent, should be triggering alarm bells for everyone. 

"The Madani Government and the Ministry of Defence must be more transparent on this programme and its role in modern,  multicultural Malaysia.

"Parents break their backs to build a safe haven for their kids to thrive in, a safe space to grow, vetting their friends and allowing only those with similar values to mingle with and now the government wants to strip them of this shield by forcing them to send their kids away with 10,000 strangers governed by a bunch of adults from unknown backgrounds?

"Hasn't  the last incident of sexual assault in the national service taught anyone a lesson yet?" Peter added.


The four other activists who endorsed Jaban's statement :

1.Daniel John Jambun

Presiden, Borneo's Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo)

2.Timothy Jagak

Gabungan Orang Asal Sabah Sarawak

3.William Dino Watson 

Persatuan Etnik Dayak Asal Sarawak

4.Stephanie Lazarus, Secretary General of MOPOT

Barisan pimpinan USLA 2023-2025

28-10-2024
TUARAN: Persatuan Lotud Sabah Bersatu (USLA) kini telah meningkatkan bilangan ahli Majlis Tertingginya daripada sembilan kepada 17 berikutan kelulusan pindaan perlembagaan pada persidangan agung tahunan tahun lepas.

Dalam pengumuman di sini, Ketua Penerangan USLA, Jimmy Omar, berkata bahawa mesyuarat  agung tahunan 2024 yang diadakan Sabtu lalu di sini telah secara rasmi memutuskan melalui pemilihan dan pelantikan barisan baharu yang kini terdiri daripada:

Presiden: Datuk Raymond Boin Tombung
Timbalan Presiden: Richard Libun Adou dan Asnah Pekul
Naib Presiden: Ewon Raman Nasip, Raymond Jinipin Barangin dan Milah Adau
Setiausaha Agung: Joy Maynard Ansadon
Timbalan Setiausaha Agung: Rozza Rothman Buntar
Bendahari Agung: Jim Tahir
Timbalan Bendahari Agung: Junaidi Tun Hamdan
Ketua Penerangan: Jimmy Omar
Ahli Majlis Tertinggi Biasa: Anastasia Ansayoh Ogos, Andywind Tombung, Mohd. Shahlan Abdullah, Petrus Penyabang Longkod, Dewin Tumas, Bibiana Uril Orow ddan Wedness Jikar.

"Dengan kepimpinan yang cekap daripada Presiden kami, USLA berada kini bersemangat dan keyakinan tinggi untuk dapat meningkatkan keahliannya daripada kalangan 20,000 orang Lotud di pelbagai kawasan di Tuaran dan Telipok," kata Jimmy. 

"Majlis Tertinggi USLA yang baharu akan mengadakan mesyuarat minggu ini untuk segera merancang aktiviti pembangunan Lotud untuk sepanjang tahun ini dan sehingga persidangan agung tahunan seterusnya pada awal tahun 2025," katanya lagi.#



English version :

USLA now has 17 supreme councillors

TUARAN: The United Sabah Lotud Associaton (USLA) now has raised its Supreme Council members from nine to 17 following approval of its constitutional amendment in last year’s annual general meeting.

In announcing this here, USLA’s Information Chief, Jimmy Omar, said that the 2024 AGM held last Saturday here had officiall decided through election and appointments that the new lineup which now comprises:

Preident: Datuk Raymond Boin Tombung
Deputy President: Richard Libun Adou and Asnah Pekul
Vice Presidents: Ewon Raman Nasip, Raymond Jinipin Barangin and Milah Adau
Secretray General: Joy Maynard Ansadon
Deputy Secretary Generl:  Rozza Rothman Buntar
Treasurer General: Jim Tahir
Deputy Treasurer General: JunaidiTun Hamdan
Inforrmaton Chief: Jimmy Omar
Ordinary Supreme Council Members: Anastasia Ansayoh Ogos,Andywind Tombung, Mohd. Shahlan Abdullah, Ptrus Penyabang Longkod, Dewin Tumas, Bibiana Uril Orow and Wedness Jikar.

“With the capable leadership of our President, USLA is in high spirit and confidence to be able to increase it membership from among the 20,000-odd  Lotud people in the various areas in Tuaran and Telipok,” Jimmy said. 

“USLA's new Supreme Council will be meeting this week to immediately plan its activities for Lotud development in the rest of this year and until our next AGM in early 2025," he added.#

Sabah and Sarawak NGOs condemn Dr Mahathir for insensitive remarks


https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2024/10/28/high-income-sarawak-must-help-poorer-states-says-dr-m/

Joint Statement 28th October 2024


SABAH AND SARAWAK NGOS CONDEMN MAHATHIR FOR INSENSITIVE REMARKS....


The Presidents of BOPIMAFO and SSRANZ NGOs *strongly condemned* former Prime Minister Dr. Mahathir for his deeply insensitive and offensive suggestion that Sarawak, now deemed a “high-income” state, should share its income with Malayan states. 

Dr. Mahathir seems to ignore or deliberately dismiss the grim reality that Sarawak and Sabah were left among the poorest states in Malaysia, despite their vast oil and gas resources being exploited to fuel Malaya’s growth since 1976. 

Such a statement only deepens the rift between East and West Malaysia, undermining relations already frayed by decades of resource inequity and federal neglect.

The news report of his remarks on 28 October 2024 sidesteps the critical historical and economic disparities Sarawak has faced as part of Malaysia, and the systemic plunder of its resources. 

Sarawak’s so-called “high-income” label is a gross misrepresentation that fails to reflect the daily struggles of most Sarawakians, who continue to suffer from underdeveloped infrastructure, high poverty rates, and a severe lack of essential services.

Although federal data may paint an improved picture of per capita income, it conceals the fundamental reality that much of Sarawak’s wealth has been siphoned off for federal use, with minimal reinvestment in the state itself. 

This ongoing extraction has left vast areas of Sarawak impoverished and deprived of the very benefits generated by its resources.

Despite Sarawak contributing immensely to Malaysia’s oil and gas revenue, it receives only a 5% royalty under the Petroleum Development Act of 1974. This has stymied Sarawak’s economic autonomy for decades, leaving it reliant on federal allocations instead of allowing it to fully leverage its resources. 

Recent efforts to implement an oil and gas sales tax bring in only a fraction of what Sarawak actually generates—wealth that has long been funnelled into developing Peninsular Malaysia.

The notion that Sarawak should now “share its wealth” with poorer states is an insult, disregarding the fact that this wealth has never truly benefited Sarawakians but has been systematically siphoned to Malaya. 

The federal government has capitalized on Sarawak’s oil resources for national projects that largely exclude the very state that produced this wealth.

Calls for Sarawak to support other states are premature and offensive when it has only just begun reclaiming control over its own resources through initiatives like the state-owned Petros. These long-overdue steps toward autonomy are necessary for Sarawak to achieve true development and address the historical inequities imposed upon it.

This exploitation of Sarawak and Sabah's resources is among the reasons why the federation’s unity has become increasingly fragile. Achieving parity with Peninsular Malaysia means Sarawak should retain a much larger portion of its revenue to alleviate poverty and reverse the underdevelopment that still afflicts its people. 

Dr. Mahathir’s remarks show a shocking disregard for the suffering endured by Sarawak’s people, suffering largely exacerbated by policies enacted during his tenure. 

“If Malaya had honoured its part of the MA63 bargain, Sarawak and Sabah would have long ago become high-income states like Singapore!
His statement is a reminder of past injustices, and he owes Sarawak and Sabah an apology for the immense harm inflicted upon them during his time in power.

His insensitive and recalcitrant attitude toward the community's concerns only deepened the mistrust of the federal government, as he refused to acknowledge or address the issues they faced.

Daniel John Jambun President Borneo's Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo)

Robert Pei President Sabah Sarawak Rights Australia New Zealand (SSRANZ)



VERSI BAHASA MALAYSIA 

Kenyataan Bersama 28 Oktober 2024

NGO SABAH DAN SARAWAK KECAM MAHATHIR ATAS KENYATAAN TIDAK SENSITIF

Presiden NGO BOPIMAFO dan SSRANZ dengan tegas mengecam bekas Perdana Menteri Dr. Mahathir atas cadangan yang amat tidak sensitif dan menyinggung perasaan bahawa Sarawak, yang kini dianggap sebagai negeri “berpendapatan tinggi,” seharusnya berkongsi pendapatannya dengan negeri-negeri di Semenanjung.

Dr. Mahathir seolah-olah mengabaikan atau sengaja menafikan realiti suram bahawa Sarawak dan Sabah dibiarkan menjadi antara negeri termiskin di Malaysia, meskipun sumber minyak dan gasnya yang melimpah telah dieksploitasi untuk memajukan Semenanjung sejak tahun 1976.

Kenyataan ini hanya memperdalam jurang antara Malaysia Timur dan Barat, yang telah lama tegang akibat ketidakseimbangan sumber dan pengabaian dari kerajaan persekutuan.

Laporan berita tentang kenyataannya pada 28 Oktober 2024 mengetepikan perbezaan sejarah dan ekonomi kritikal yang dihadapi Sarawak sebagai sebahagian daripada Malaysia, serta penjarahan sistematik terhadap sumber-sumbernya.

Label “berpendapatan tinggi” yang diberikan kepada Sarawak adalah salah tafsir yang sangat besar, yang tidak mencerminkan perjuangan harian kebanyakan rakyat Sarawak, yang masih terpaksa menghadapi kekurangan infrastruktur, kadar kemiskinan yang tinggi, dan kekurangan perkhidmatan asas.

Walaupun data persekutuan mungkin melukiskan gambaran yang lebih baik tentang pendapatan per kapita, ia menyembunyikan hakikat asas bahawa sebahagian besar kekayaan Sarawak telah disalurkan untuk kegunaan persekutuan, dengan pelaburan semula yang sangat minima di negeri itu sendiri.

Ekstraksi berterusan ini telah menyebabkan kawasan-kawasan luas di Sarawak miskin dan kekurangan manfaat yang dihasilkan oleh sumber-sumbernya sendiri.

Meskipun Sarawak banyak menyumbang kepada pendapatan minyak dan gas Malaysia, negeri ini hanya menerima royalti sebanyak 5% di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974. Hal ini telah membatasi autonomi ekonomi Sarawak selama beberapa dekad, menjadikannya bergantung kepada peruntukan persekutuan daripada membenarkan Sarawak untuk sepenuhnya memanfaatkan sumber-sumbernya.

Usaha baru-baru ini untuk melaksanakan cukai jualan minyak dan gas hanya menyumbang sebahagian kecil daripada apa yang sebenarnya dihasilkan oleh Sarawak—kekayaan yang selama ini telah disalurkan untuk membangunkan Semenanjung Malaysia.

Cadangan bahawa Sarawak sepatutnya “berkongsi kekayaannya” dengan negeri-negeri miskin adalah satu penghinaan, yang mengetepikan fakta bahawa kekayaan ini tidak pernah benar-benar memberi manfaat kepada rakyat Sarawak tetapi telah lama disalurkan ke Semenanjung.

Kerajaan persekutuan telah mengambil kesempatan terhadap sumber minyak Sarawak untuk projek-projek nasional yang sebahagian besarnya tidak memberi manfaat kepada negeri penghasil kekayaan ini.

Panggilan agar Sarawak membantu negeri-negeri lain adalah pramatang dan menyinggung apabila Sarawak baru sahaja memulakan proses untuk mengembalikan kawalan terhadap sumber-sumbernya sendiri melalui inisiatif seperti syarikat milik negeri, Petros. Langkah-langkah menuju autonomi ini amat diperlukan untuk Sarawak mencapai pembangunan sebenar dan menangani ketidaksamarataan sejarah yang dikenakan ke atasnya.

Eksploitasi terhadap sumber Sarawak dan Sabah adalah antara sebab kenapa perpaduan dalam persekutuan menjadi semakin rapuh. Untuk mencapai kesetaraan dengan Semenanjung Malaysia, Sarawak sepatutnya mengekalkan sebahagian besar pendapatannya untuk mengurangkan kemiskinan dan membalikkan kekurangan pembangunan yang masih membelenggu rakyatnya.

Kenyataan Dr. Mahathir menunjukkan pengabaian mengejutkan terhadap penderitaan yang dialami oleh rakyat Sarawak, penderitaan yang sebahagian besarnya diperparah oleh dasar-dasar yang dilaksanakan semasa pemerintahannya.

"Jika Semenanjung menunaikan bahagiannya dalam perjanjian MA63, Sarawak dan Sabah sudah lama menjadi negeri berpendapatan tinggi seperti Singapura!" Kenyataan ini mengingatkan kita kepada ketidakadilan yang lalu, dan beliau berhutang permohonan maaf kepada Sarawak dan Sabah atas kerosakan besar yang dilakukan semasa pemerintahannya.

Sikapnya yang tidak sensitif dan keras kepala terhadap kebimbangan masyarakat hanya memperdalamkan ketidakpercayaan terhadap kerajaan persekutuan, kerana beliau enggan mengakui atau menangani isu-isu yang dihadapi oleh mereka.

Daniel John Jambun
Presiden Yayasan Penderitaan Borneo dalam Malaysia (BoPiMaFo)

Robert Pei
Presiden Hak Sabah Sarawak Australia New Zealand (SSRANZ)#

Berita bergambar sekitar "Taklimat Peguam : Dokumen Untuk Semua" di Kota Belud

26-10-2024
BERIKUT gambar-gambar "Taklimat Peguam : Dokumen Untuk Semua" yang berlangsung di Kota Belud hari ini. Peguam Jo Anne Jameson menyampaikan penerangan mengenai hak dan cara mendapatkan dokumen pengenalan serta  kewarganegaraan Malaysia.

Seramai 30 peserta hadir termasuk Ketua Anak Negeri (KAN), beberapa Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN), Ketua Kampung dan pemimpin komuniti. Taklimat dianjurkan bersama oleh Salvation Army Kota Belud dan sebuah NGO, Inisiatif Gindol Untuk Masyarakat Madani Borneo.

Turut hadir Envoy Andrew Sogindal dari Salvation Army, Dr Kanul Gindol dari NGO berkenaan dan KAN Walter Kandayon.

Dr Kanul dalam ucapan ringkasnya pada majlis itu memuji pelayanan masyarakat Jo Anne dalam hal membantu mendapatkan dokumen termasuk warganegara bagi mereka yang layak, dan yakin penerangan dan tindakan susulan beliau akan menyelesaikan banyak kes tidak berdokumen di pelbagai daerah termasuk Kota Belud.

Kegagalan Kerajaan Persekutuan Mematuhi MA63 Punca Kebangkitan Gerakan Kemerdekaan



Kenyataan Bersama 10 pemimpin NGO/Parti Borneo, 24-10-2024
KOTA KINABALU : Kenyataan terbaru oleh Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah yang mendakwa bahawa federalisme "menguatkan" Malaysia hanyalah satu usaha untuk mengalihkan perhatian daripada isu sebenar: kegagalan kerajaan persekutuan mematuhi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Pengkhianatan terhadap hak-hak Sabah dan Sarawak ini adalah punca utama mengapa federalisme telah gagal, dan mengapa gerakan kemerdekaan semakin mendapat sokongan di kedua-dua negeri.

Jelas sekali—jika kerajaan persekutuan telah mematuhi sepenuhnya terma MA63 sejak awal, tiada tuntutan kemerdekaan yang wujud hari ini. Sabah dan Sarawak tidak akan merasa perlu untuk mempertikaikan kedudukan mereka dalam Malaysia. Kebangkitan semula sentimen pemisahan ini adalah akibat langsung daripada pelanggaran berulang kali terhadap perjanjian yang sepatutnya melindungi hak dan autonomi Borneo dalam persekutuan.

Selama 61 tahun, Sabah dan Sarawak telah dinafikan hak yang dijamin di bawah MA63, seperti hak mendapatkan 40% daripada hasil negeri Sabah dan kawalan ke atas sumber minyak dan gas kita. Daripada menangani kegagalan ini, pemimpin-pemimpin persekutuan kini cuba mengalihkan perbincangan kepada isu "keselamatan negara" dan "perpaduan," namun ini hanyalah usaha untuk mengelak daripada tanggungjawab mereka.

Mahathir dan Razaleigh, khususnya, telah menghabiskan berdekad-dekad merosakkan hak-hak Borneo, tetapi kini mereka dengan mudahnya menyalahkan mereka yang memperjuangkan kemerdekaan sebagai "ekstremis." Apa yang mereka gagal sebutkan adalah bahawa keengganan mereka untuk mematuhi MA63 adalah punca utama kerosakan kepercayaan antara negeri-negeri Borneo dan kerajaan persekutuan. Rakyat Sabah dan Sarawak tidak meminta sesuatu yang melampau—kami hanya menuntut apa yang telah dijanjikan kepada kami, hak yang sah dan sepatutnya di bawah perjanjian yang membentuk persekutuan ini.

Taktik pengalihan ini tidak boleh menutup kebenaran: federalisme telah gagal bukan kerana rakyat Sabah dan Sarawak, tetapi kerana pengkhianatan berulang kali oleh kerajaan persekutuan. Dengan terus mengabaikan terma MA63, kerajaan persekutuan telah mencipta keadaan yang membawa kepada kekecewaan yang meluas dan pertumbuhan gerakan kemerdekaan di Sabah dan Sarawak.

Retorik Mahathir dan Razaleigh tentang melindungi Malaysia daripada ancaman luar adalah helah semata-mata. Ancaman sebenar kepada perpaduan Malaysia adalah ketidakadilan dalaman yang disebabkan oleh keengganan mereka untuk menangani rungutan sah dari negeri-negeri Borneo. Jika federalisme benar-benar bertujuan untuk menyatukan Malaysia, maka ia seharusnya menghormati autonomi, sumber, dan hak Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam MA63. Sebaliknya, federalisme telah digunakan sebagai alat untuk eksploitasi, meminggirkan suara kami dan merampas kekayaan negara yang sepatutnya menjadi hak kami.

Kita mesti mengubah fokus perdebatan: punca utama ketidakpuasan hati di Sabah dan Sarawak adalah kegagalan kerajaan persekutuan untuk mematuhi MA63. Mana-mana naratif yang mengabaikan fakta ini hanyalah cubaan untuk mengelirukan kebenaran.

Kami menyeru semua rakyat Sabah dan Sarawak untuk menolak versi federalisme yang gagal ini dan bersatu dalam menuntut keadilan. Kerajaan persekutuan mesti berhenti mengalihkan perhatian daripada kegagalan mereka dan mula menangani isu sebenar. Federalisme telah gagal kerana mereka yang berkuasa gagal menunaikan janji mereka.

Kenyataan Bersama :-
Daniel John Jambun
Presiden, Borneo's Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo)

Robert Pei President Sabah Sarawak Rights Australia New Zealand (SSRANZ)

Peter John Jaban Founder Saya Anak Sarawak (SAS)

Jovilis Majami President Persatuan Pembangunan Sosial Komuniti Sabah (BANGUN)

Moses Anap President Republic of Sabah North Borneo (RSNB)

Cleftus Stephen Mojingol President Pertubuhan Kebajikan Rumpun Dayak Sabah (PKRDS)

Ricky Ganang Penasihat Forum Adat Dataran Tanah Tinggi Borneo (FORMADAT)

Patrick Anek Uren  - Human Rights Activist Sarawak 

Voon Lee Shan President Parti Bumi Kenyalang (PBK)

Alim GA Mideh
Bulang Birieh Dayak, Sarawak



The English version :
Federalism makes the nation stronger, say elder statesmen

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2024/10/23/federalism-makes-the-nation-stronger-say-elder-statesmen/


Joint Press Statement
24th October 2024

Sabah and Sarawak Reject Federalism: Federal Government’s Failure to Honour MA63 is the Root Cause of Independence Movements...


Kota Kinabalu: The recent statements by Mahathir Mohamad and Tengku Razaleigh Hamzah, claiming that federalism "strengthens" Malaysia, are nothing more than a deflection from the real issue: the federal government's failure to honour the Malaysia Agreement 1963 (MA63). This betrayal of Sabah and Sarawak’s rights is precisely why federalism has failed, and why independence movements have gained momentum in both states.

Let’s be clear—if the federal government had faithfully complied with the terms of MA63 from the beginning, there would be no calls for independence today. Sabah and Sarawak would not have felt the need to question their place within Malaysia. The revival of separatist sentiments is a direct consequence of the federal leadership’s repeated violations of the treaty that was meant to safeguard the rights and autonomy of Borneo within the federation.

For 61 years, Sabah and Sarawak have been systematically denied the full benefits guaranteed under MA63, such as the 40% revenue entitlement for Sabah and control over our own oil and gas resources. Instead of addressing these failures, federal leaders now try to shift the conversation towards so-called "national security" and "unity," but these are just attempts to divert attention from their own shortcomings.

Mahathir and Razaleigh, in particular, have spent decades undermining Borneo’s rights, yet now they are conveniently blaming those pushing for independence for being "extremists." What they fail to mention is that their refusal to comply with MA63 is what led to the erosion of trust between the Borneo states and the federal government in the first place. Sabahans and Sarawakians are not asking for anything extreme—we are demanding what was promised to us, what is legally and rightfully ours under the very treaty that established this federation.

This diversionary tactic cannot hide the truth: federalism has failed not because of the people of Sabah and Sarawak, but because of the federal government’s repeated betrayals. By consistently ignoring the terms of MA63, the federal government has created the very conditions that have led to widespread disillusionment and the growth of independence movements in Sabah and Sarawak.

Mahathir and Razaleigh’s rhetoric about protecting Malaysia from external threats is a smokescreen. The real threat to Malaysia’s unity is the internal injustice caused by their refusal to address the legitimate grievances of the Borneo states. If federalism was truly meant to unite Malaysia, then it would have respected the autonomy, resources, and rights of Sabah and Sarawak as laid out in MA63. Instead, it has been used as a tool for exploitation, silencing our voices and depriving us of our rightful share of the nation’s wealth.

We must refocus the debate: the root cause of the dissatisfaction in Sabah and Sarawak is the federal government’s failure to honour MA63. Any narrative that ignores this fact is simply an attempt to distract from the truth.

We call on all Sabahans and Sarawakians to reject this failed version of federalism and stand united in our demand for justice. The federal government must stop diverting attention from their failures and start addressing the real issues. Federalism has failed because those in power have failed to uphold their end of the bargain.

Daniel John Jambun
President, Borneo's Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo)

Robert Pei President Sabah Sarawak Rights Australia New Zealand (SSRANZ)

Peter John Jaban Founder Saya Anak Sarawak (SAS)

Jovilis Majami President Persatuan Pembangunan Sosial Komuniti Sabah (BANGUN)

Ricky Ganang Penasihat Forum Adat Dataran Tanah Tinggi Borneo (FORMADAT)

Moses Anap President Republic of Sabah North Borneo (RSNB)

Cleftus Stephen Mojingol President Pertubuhan Kebajikan Rumpun Dayak Sabah (PKRDS)

Voon Lee Shan President Parti Bumi Kenyalang (PBK)

Alim GA Mideh
Bulang Birieh Dayak, Sarawak

Search This Blog