Ranau: Sebuah NGO tempatan yang diketuai oleh Jalibin Paidi hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau untuk mengemukakan laporan polis. Seramai 27 orang, yang mewakili Pertubuhan Sepakat Satu Perjuangan, Ranau ( SSPR ) telah tampil untuk mengemukakan laporan.
Menurut Jalibin, laporan polis itu dibuat terhadap post di Facebook oleh sebuah kumpulan yang menggelar kumpulan itu sebagai 'Semenanjung Malaysia ANTI Sabah & Sarawak' yang amat keterlaluan, mengancam keselamatan orang-orang Sabah di Semenanjung dan mampu mengancam keharmonian masyarakat majmuk dalam Malaysia.