Top posts

Featured Posts

Hajiji perlu dedahkan siasatan terhadap Peer Mohamad Kadir, tegas aktivis Sabah



                       Daniel John Jambun


Oleh Jayden Lisandu, 18-6-2024
KOTA KINABALU : Beberapa pemimpin hak Sabah menuntut Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor mendedahkan hasil siasatan yang diumumkannya pada 2022 mengenai dakwaan pelantikan seorang pendatang sebagai pengarah Sawit Kinabalu milikan kerajaan negeri, demikian lapor The Vibes.
                            Dr Kanul Gindol 

Presiden Yayasan Borneo's Plight in Malaysia, Daniel John Jambun, Pengerusi Inisiatif Gindol untuk Masyarakat Madani Borneo, Dr Kanul Gindol, dan Andrew Ambrose @ Katama dari Pembela Tanah Leluhur Sabah menggesa ketua menteri menjelaskan pelantikan Peer Mohamad Kadir ke syarikat itu.
                   Andrew Ambrose @ Katama

Kewarganegaraan Peer, yang juga merupakan Ketua MIC Sabah, telah dipersoalkan kerana beliau dipercayai salah seorang saksi dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang haram di Sabah pada 2013.

Beliau didakwa menerima kad pengenalan Malaysia enam tahun selepas tiba di Sabah dari India pada 1984. Peer sebenarnya dalam pwngakuannya sendiri dilahirkan di Chennai, India.
Bagaimanapun kad pengenalan Malaysianya menyatakan dia lahir di Sabah, lebih tepat kononnya di Kg Bambangan, Kimanis.

Daniel berkata, “Hajiji telah berjanji pada 2022 untuk menyiasat perkara ini tetapi sengaja melupakannya, berharap orang ramai akan melupakan.” Nama Peer masih tersenarai sebagai pengarah syarikat itu sehingga hari ini.

Andrew pula menuntut kerajaan negeri telus mengenai penemuannya dan mendedahkannya kepada umum.

“Dia (Peer) harus menjelaskan bagaimana dia mendapat MyKad. Tidak kira status politiknya, prinsip kebertanggungjawaban dan ketelusan mesti dikekalkan.

“Orang ramai berhak mengetahui kebenaran, dan ketelusan ini akan membantu memulihkan kepercayaan awam terhadap proses kewarganegaraan dan imigresen negara ini,” kata Andrew sambil menggesa cadangan pelan IC Sabah dilaksanakan untuk membolehkan negeri mengawal populasinya.

Kanul, sebaliknya, berkata beliau mahu percaya bahawa pemimpin tidak akan menutup mata terhadap perkara ini.

“Saya tidak mahu percaya bahawa kedua-dua kerajaan negeri dan persekutuan buta atau telah lumpuh untuk bertindak terhadap kes Peer,” kata Kanul lagi.

Sebelum ini, pemimpin Parti Progresif Sabah (SAPP) yang juga setiausaha politik Hajiji sendiri, Jamain Sarudin, telah menggesa kerajaan Sabah untuk mendedahkan hasil siasatan yang sepatutnya terhadap Peer.#



Anwar pun sebahagian daripada masalah PTI di Sabah, kata aktivis Sabah

KOTA KINABALU: Kehadiran warga asing dalam demonstrasi "KamiMahuAir" pelajar UMS baru-baru ini sebenarnya berkait rapat soal peranan mendalam dan sistemik kerajaan persekutuan dalam isu itu sejak berpuluh tahun ini.

Beberapa aktivis Sabah menyifatkan perkara itu tidak berlaku jika kerajaan pusat tegas mengenai kemasukan pendatang haram ke Sabah.

"Kenyataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Persekutuan, Datuk Mustapha Sakmud, bahawa warga asing tidak seharusnya terlibat dalam isu air sebenarnya mencerminkan isu yang lebih mendalam dan sistemik.

"Situasi ini tidak berlaku jika kerajaan persekutuan telah mencegah kemasukan pendatang asing tanpa izin ke Sabah pada awal tahun 1990-an," kata mereka dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Aktivis berkenaan ialah Daniel John Jambun, Kanul Gindol, Jovilis Majami dan Cleftus Spine Mojingol yang juga mengetuai NGO masing-masing (seperti di bawah).

Menurut mereka kehadiran ramai pendatang haram turut menjadi punca banyak masalah di Sabah, termasuk jenayah seperti pencerobohan tanah kerajaan dan swasta secara, kecurian bekalan elektrik dan air, penyalahgunaan dan pengedaran dadah, penjaja haram serta rompakan.

"Kami juga ingin menarik perhatian bahawa siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dulu telah mendapati bahawa ramai pendatang ini telah diberikan dokumen dalam "Projek IC". 

"Mereka kemudiannya didaftarkan dalam daftar pemilih dan mengambil bahagian sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum 1994 di Sabah, di mana Anwar Ibrahim, ketika itu Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO, adalah Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional Sabah," kata mereka lagi sambil menambah para pengundi Projek IC ini mengundi BN dan akhirnya mengakibatkan PBS hilang kuasa pada 1994.

Menurut mereka gesaan Mustapha supaya rakyat Sabah harus menolak mana-mana parti yang melibatkan warga asing dalam pilihan raya negeri Sabah yang akan datang adalah diterima baik, tapi ia mestilah disertai dengan tindakan yang serius dan konkrit.

"Ini hanya boleh dicapai jika Mustapha dan kerajaan madani di bawah Anwar komited untuk membersihkan daftar pemilih secara menyeluruh dan menangani isu pendatang asing yang telah lama menetap di Sabah yang kini melebihi Orang Asal.

"Kami menggesa kerajaan persekutuan untuk mengambil tindakan tegas bagi menyelesaikan masalah pendatang haram ini dan menghapuskan pengundi hantu di Sabah. 

"Kehadiran pendatang asing tanpa izin menjejaskan kedaulatan Orang Asal, integriti pilihan raya kami, serta keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah," tegas mereka.

Kata mereka lagi sudah tiba masanya untuk penyelesaian yang nyata dan berkesan bagi memastikan suara warganegara sebenar Sabah didengar dan dihormati.#


Daniel John Jambun
Presiden Borneo's Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo)

Kanul Gindol 
Pengerusi
Gindol Initiative for Civil Society Borneo

Jovilis Majami
Presiden Persatuan Pembangunan Sosial Komuniti Sabah (BANGUN)

Cleftus Stephen Mojingol
Presiden Pertubuhan Kebajikan Rumpun Dayak Sabah



ENGLISH VERSION 

https://www.nst.com.my/amp/news/nation/2024/06/1064247/deputy-minister-rebukes-groups-enlist-non-citizens-sabah-water-protest


**Joint Press Statement**
**18th June 2024**


**Presence of non-citizens during the demonstration, whose fault?**


The recent statement by the federal Deputy Minister of Higher Learning, Datuk Mustapha Sakmud, that non-citizens should not be involved in issues close to the heart of the people of Sabah, has sparked considerable attention.

Firstly, it is important to acknowledge that the presence of non-citizens in the "Kami Mahu Air" demonstration highlights a deeper, more systemic issue. This situation would not have arisen if the federal government had effectively prevented the influx of illegal immigrants into Sabah in the early 1990s.

These illegal immigrants have since become the root cause of many problems in Sabah, including crimes such as illegal squatting on government and private land, power and water theft, drug abuse and trafficking, illegal hawking, and robbery.

Moreover, it is well-documented, particularly through the findings of the Royal Commission of Inquiry (RCI), that these illegal immigrants were provided with documentation under "Project IC." They were subsequently registered in the electoral rolls and participated as voters in the 1994 General Election in Sabah, during which Anwar Ibrahim, then the Deputy Prime Minister cum deputy president of UMNO, was the Director of Elections for Sabah's Barisan Nasional.

These Projek IC voters overwhelmingly voted for BN and reduced PBS seats, eventually led to its downfall in 1994.

While Mustapha’s advice that Sabahans should reject any party involving non-citizens in the upcoming Sabah State election is well-received, it must be underpinned by serious and concrete actions. This can only be achieved if Mustapha and his government commit to a thorough and comprehensive cleanup of the electoral rolls and address the longstanding issue of illegal immigrants residing in Sabah that now outnumbered the Orang Asal population. 

We urge the federal government to take decisive action to resolve the illegal immigration problem and eradicate phantom voters in Sabah. The presence of thousands of illegal immigrants undermines the sovereignty of the Orang Asal, the integrity of our elections, and the security and well-being of Sabahans. It is time for real and lasting solutions to ensure that the voice of the true citizens of Sabah is heard and respected.

Sincerely, 

Daniel John Jambun President Borneo's Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo)

Kanul Gindol 
Chairman
Gindol Initiative for Civil Society Borneo

Jovilis Majami President Persatuan pembangunan sosial komunity Sabah (BANGUN)

Cleftus Stephen Mojingol President Pertubuhan kebajikan Rumpun Dayak Sabah.

Bahaya seruan Ustaz Firdaus Wong, kata Dr Julia Ongkili dari SEDAR


                         Dr Julia Emelda Ongkili 

TAMPARULI : Seorang pemimpin kanan Parti Sedar Rakyat (SEDAR) menyifatkan seruan seorang ustaz kontroversi dari Semenanjung, Firdaus Wong, sebagai merosak keharmonian dan tidak bertanggung jawab.

Dr Julia Emelda Ongkili, pemangku pengerusi SEDAR Sabah, menyelar Firdaus kerana mengajar ustaz lain bagaimana mengislamkan murid bawah umur bukan islam dan kemudian mualaf ini membohongi ibubapa mereka bahawa mereka bukan Muslim.

"Mengislamkan orang bawah umur 18 tahun tanpa persetujuan ibubapa merosakkan keharmonian antara agama dan boleh memburukkan lagi tanggapan orang ramai terhadap Islam," katanya sambil menambah ia juga melanggar Perlembagaan Persekutuan.

"Ini melanggar hak kebebasan beragama warganegara Malaysia di mana Artikel 3 dan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan mengamalkan agama masing-masing.

"Jika ibu bapa yang bertanggung jawab terhadap agama anak-anak mereka di bawah umur 18 itu dinafikan hak itu, ini adalah melanggar Perlembagaan dan satu kesalahan besar serta perlu dihentikan serta-merta agar tiada pihak lain mengikut seruan ustaz tersebut," tegas lagi.

Dr Julia berkata sesetengah pihak mungkin menganggap orang bawah umur bukan muslim melafazkan syahadah adalah perkara mudah dan tidak membawa kesan apa-apa, tapi sebenarnya ia boleh mengakibatkan masalah lain yang lebih besar jika ibu bapa mereka membawa kes ini ke mahkamah.
         Ustaz Firdaus Wong Wai Hung menjadi mualaf pada 2005.

Menurutnya, seruan ustaz Firdaus supaya anak-anak berbohong demi Islam dalam konteks ini adalah seperti menjolok sarang tebuan, ramai akan terkesan dengan perbuatan orang yang percaya dan mengikuti seruan ustaz itu.

"Kerajaan Negeri dan Persekutuan perlu tegas dan berhati-hati agar tidak dilihat menyokong dan memberi platform kepada ustaz-ustaz berkenaan, jika tidak semakin ramai rakyat akan hilang hormat kepada keluhuran perlembagaan dan sistem negara ini.

"Pihak Jabatan Pelajaran juga mesti sentiasa waspada mengelak sekolah dijadikan medan pengislaman kanak-kanak bawah umur seperti yang dibayangkan oleh video Ustaz Firdaus Wong yang sedang tular itu," ujarnya lagi. #

Projek air graviti bernilai RM425,135 untuk lima kampung di Ranau sukses, empat lagi menyusul, kata Dr Julia

RANAU : Lebih 2,000 orang penduduk dari lima buah kampung dari Ranau mendapat faedah dari projek kemasyarakatan air graviti anjuran bersama Kelab Rotary, Pertubuhan Komuniti Elite dan Gereja Malaysian Jesus Christ of Latter-Day Saints.

Lima kampung yang bertuah itu ialah Pahu Pinawantai, Kinaratuan, Lipoi, Muruk dan Tudangan, kesemuanya dalam kawasan DUN Kundasang.

Menurut Dr Julia Emelda Ongkili yang terlibat dalam projek itu, nilai keseluruhan projek berkenaan ialah RM425,135 disumbangkan oleh  Gereja Malaysian Jesus Christ of Latter-Day Saints berkenaan.

Empat Kelab Rotary terlibat ialah Rotary KK Pearl, Bandar Seri Begawan, Changi dan Teluk Likas.

"Nilai hampir setengah juta ringgit ini meliputi empat lagi projek serupa yang akan kami laksanakan di Kota Marudu dan Pitas selepas ini," katanya kepada Borneo Herald.

Dua kampung terlibat di Kota Marudu ialah Tangkol dan Nasapu, manakala di Pitas pula ialah Kibulu dan Layung, katanya lagi.

Menurut Dr Julia, turut hadir pada majlis penyerahan projek itu beberapa hari lepas ialah ADUN Paginatan, Datuk Abidin Madingkir yang merakamkan ucapan terima kasih kepada Rotary dan Gereja berkenaan.

Turut hadir ialah Elder Brad Douglas dan Sister Marsha Douglas dari gereja berkenaan.#



Berikut gambar-gambar majlis itu yang membawa maksud tersendiri:

Parti KDM dijangka letak calon di DUN Pintasan dan DUN Kadamaian di Kota Belud

   Dari kiri, Kanul Gindol, Danny Leinsin Limpakan dan Zamal Intim di Kg Tokulung malam tadi.

KOTA BELUD : Sembilan cawangan baru Parti Kesejahteraan Demokrasi Masyarakat (KDM) dilancarkan dalam Daerah Mengundi Losou, Kadamaian di sini semalam.

Penasihat KDM DUN Kadamaian, Kanul Gindol,  melancarkan sembilan cawangan baru itu pada satu majlis ringkas di kediaman Madius Banawas @ Muluk, bekas ketua cawangan Star di Kg Tokulung sini malam tadi.

"Ini petanda positif rakyat Kota Belud khususnya Kadamaian mahu perubahan melalui parti KDM. Saya yakin ramai menyokong parti KDM pada pilihanraya umum Sabah yang bakal diadakan dalam tempoh 10 bulan ini," katanya yang mewakili Ketua Bahagian KDM Kota Belud, Datuk Almudin Kaida.

Kanul juga menyatakan usaha KDM Kota Belud pada masa ini menumpu di dua daripada empat DUN yang ada iaitu di DUN Kadamaian dan DUN Pintasan dan sedang mendapat perhatian dan sokongan di luar dugaan.

"Dalam masa terdekat kita akan berkumpul bersama semua ketua dan pemimpin cawangan dari 16 daerah mengundi Kadamaian yang meliputi lebih 73 buah kampung, dan kita akan tahu potensi kekuatan perubahan yang kita bawa.

"KDM dijangka meletakkan calon di Pintasan dan Kadamaian pada PRN ini dan kita sudahpun mengenal pasti bakal-bakal calon kita untuk pertimbangan Parti," katanya lagi disambut tepukan bersemangat hadirin.

Terdahulu, penyelaras KDM Kadamaian, Zamal Intim, dalam ucapannya memuji ketua-ketua cawangan baru KDM itu sebagai berani dan berpandangan jauh kerana antara sebab lain daerah mengundi Losou merupakan tempat asal ketua PGRS Kadamaian serta pernah menjadi kubu PBS dan Star sebelum ini.

"Ini bukan pertemuan yang pertama dan terakhir kita. Kita akan datang lagi ke sini dan kampung-kampung dalam daerah mengundi ini sehinggalah Dewan Undangan Negeri dibubar yang dijangka tidak berapa lama lagi," katanya.

Sementara itu, Setiausaha KDM Kadamaian, Danny Leinsin Limpakan, yang turut berucap berkata KDM bakal menjadi "kingmaker" pada PRN Sabah kali ini, sama seperti SCA pada PRN pertama Sabah pada 1967 bilamana Usno dan Upko ketika itu masing-masing menang 15 dan 12 kerusi tapi tidak mencukupi untuk membentuk majoriti, dan perlu sokongan tujuh kerusi SCA.

Pada 1967, Sabah hanya ada 34 kerusi DUN. Kini ia ada 73 kerusi DUN.

Leinsin kemudian menyerahkan borang keahlian kepada Madius untuk diedar di sembilan cawangan baru berkenaan yang antara lain meliputi Kg Losou Podi, Kg Losou Minunsud, Kg Tokulung, Kg Gonok, Kg Wani, Kg Kebidahan dan Kg Bundu Lapak.

Pemimpin KDM Kadamaian yang turut hadir ialah naib 1, Javier Dingkisa yang juga bekas ketua parti Muda Kadamaian, bendahari Wilmon Santing dan AJK Alvin Muaji.#

Berikut gambar-gambar majlis itu yang membawa maksud tersendiri:










Activists want Hajiji to bring MA63 matter to State Assembly

Joint Press statement 
8th June 2024


SABAH CITIZENS DEMAND  TRANSPARENCY AND ACTION ON MA63 AGREEMENT ...


We, the deeply concerned citizens of Sabah, vehemently reject the recent statement by Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor dismissing the need for a Sabah State Assembly special sitting on the Malaysia Agreement 1963 (MA63). 

The MA63 agreement is not a private government concern; it's a fundamental document impacting the lives and futures of all Sabahans. Since 1963, we have waited in vain for official public discourse and participation in this critical issue.

MA63, which created Malaysia, was from the beginning secretly determined by the UK and Malaya to preserve British interests in Asia by incorporating Sabah and Sarawak into the Malayan Federation. It has been an idea that benefited Malaya to the detriment of the 2 Borneo countries.

To achieve their plan, they denied the people of North Borneo and Sarawak their right to freely express their views in a referendum on whether they wanted their country to federate with Malaya and Singapore or not and choose independence. 

Since that time, the governments of Sabah and Sarawak have been directly controlled by Malaya, and the people were intimidated from speaking with the threat of the ISA and imprisonment. Datuk Dr Jeffrey Kitingan and six other Sabahans were detained for questioning MA63 lost rights.

The Chief Minister must be reminded that he serves at the behest of the Sabah people, not his own personal or political interests. The promises and assurances enshrined in the MA63 – security, social, and economic prosperity (assuming its validity) – demand thorough debate in the state assembly. The glaring absence of these promised benefits suggests a non-compliance and blatant breach of the agreement.

A prime example of this broken promise and breach on security is the presence of illegal immigrants who have been inexplicably issued documents, registered to vote, and allowed to participate in elections. This unacceptable situation demands immediate solutions.

Sabah citizens deserve clear and unequivocal answers. We demand the Chief Minister address the following:

* Why is a special assembly sitting not deemed necessary to discuss an issue of such paramount importance to Sabah?
* Does the Chief Minister have the full backing of the state assembly in his position on the MA63 agreement? If so, how was this consensus reached? 
* What concrete steps will be taken to ensure Sabah receives the security and economic benefits promised in the MA63 agreement?
* If MA63 was a valid international treaty, then would not the multiple breaches of fundamental conditions render the treaty null and void and no longer binding. 

Furthermore, the opaque handover of Sabah's oil and gas resources to Petronas, bypassing any debate, state assembly approval, or consent from the governed, has left us financially hamstrung and unable to fund essential services, thereby exacerbating poverty. 

The lack of transparency surrounding the MA63 agreement breeds uncertainty and confusion among Sabah citizens. 

The MA63 revenue entitlement is a good example of how we have secret governance instead of open and transparent governance. 

It has taken 50 years for the issue to come to light, and even so, the Sabah government acted improperly to oppose the Sabah Law Society's 40% review in the Court of Appeal. 

We demand a full and frank explanation from the Chief Minister. The future of Sabah hinges on a fair and just resolution to this long-standing issue.  It is now time to allow all the people to freely express their views on MA63 and Malaysia.

Sincerely 

Daniel John Jambun President Borneo's Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo)

Robert Pei President Sabah Sarawak Rights Australia New Zealand (SSRANZ)

Jovilis Majami President Persatuan pembangunan sosial komunity Sabah (BANGUN)

Cleftus Stephen Mojingol President Pertubuhan kebajikan Rumpun Dayak Sabah

Moses Anap President Republic of Sabah North Borneo (RSNB)

Emily Elvera Edward President of Sabah Sarawak Borneo Native Organisation Inc.




VERSI BAHASA MALAYSIA

**Rakyat Sabah Menuntut Ketelusan dan Tindakan Mengenai Perjanjian MA63**

Kami, rakyat Sabah yang sangat prihatin, dengan tegas menolak kenyataan terbaru oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang menolak keperluan untuk mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri Sabah mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Perjanjian MA63 bukanlah isu peribadi kerajaan; ia adalah dokumen asas yang mempengaruhi kehidupan dan masa depan semua rakyat Sabah. Sejak tahun 1963, kami menunggu dengan sia-sia untuk diskusi dan partisipasi awam rasmi mengenai isu penting ini.

MA63, yang membentuk Malaysia, sejak awal ditentukan secara rahsia oleh UK dan Malaya untuk memelihara kepentingan British di Asia dengan menggabungkan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaya. Ia adalah satu idea yang menguntungkan Malaya tetapi merugikan dua negara Borneo.

Untuk mencapai rancangan mereka, mereka menafikan rakyat Borneo Utara dan Sarawak hak mereka untuk menyatakan pandangan mereka secara bebas dalam satu referendum tentang sama ada mereka mahu negara mereka bergabung dengan Malaya dan Singapura atau tidak dan memilih kemerdekaan.

Sejak itu, kerajaan Sabah dan Sarawak telah dikendalikan secara langsung oleh Malaya, dan rakyat diancam untuk bersuara dengan ancaman ISA dan penjara. Datuk Dr. Jeffrey Kitingan dan enam orang Sabah yang lain telah ditahan kerana mempertikaikan hak-hak MA63 yang hilang.

Ketua Menteri mesti diingatkan bahawa dia berkhidmat atas kehendak rakyat Sabah, bukan untuk kepentingan peribadi atau politiknya. Janji-janji dan jaminan yang terkandung dalam MA63 – keselamatan, kemakmuran sosial dan ekonomi (dengan menganggap kesahihannya) – menuntut perdebatan yang menyeluruh dalam dewan undangan negeri. Ketidakhadiran yang ketara daripada manfaat yang dijanjikan ini menunjukkan ketidakpatuhan dan pelanggaran terang-terangan terhadap perjanjian tersebut.

Contoh utama janji yang dilanggar dan pelanggaran keselamatan adalah kehadiran pendatang tanpa izin yang telah diberi dokumen secara tidak dapat dijelaskan, didaftarkan untuk mengundi, dan dibenarkan untuk menyertai pilihan raya. Situasi yang tidak boleh diterima ini memerlukan penyelesaian segera.

Rakyat Sabah berhak mendapatkan jawapan yang jelas dan tegas. Kami menuntut Ketua Menteri menjawab soalan-soalan berikut:

* Mengapa sidang khas dewan tidak dianggap perlu untuk membincangkan isu yang begitu penting bagi Sabah?
* Adakah Ketua Menteri mendapat sokongan penuh dewan undangan negeri dalam pendiriannya mengenai perjanjian MA63? Jika ya, bagaimana konsensus ini dicapai?
* Apakah langkah-langkah konkrit yang akan diambil untuk memastikan Sabah menerima manfaat keselamatan dan ekonomi yang dijanjikan dalam perjanjian MA63?
* Jika MA63 adalah perjanjian antarabangsa yang sah, tidakkah pelanggaran asas yang berulang-ulang akan membatalkan perjanjian itu dan tidak lagi mengikat?

Selain itu, penyerahan sumber minyak dan gas Sabah kepada Petronas secara tidak telus, tanpa melalui sebarang perdebatan, kelulusan dewan undangan negeri, atau persetujuan rakyat, telah meninggalkan kami dalam keadaan kewangan yang teruk dan tidak mampu membiayai perkhidmatan asas, dengan itu memperburuk kemiskinan.

Kekurangan ketelusan mengenai perjanjian MA63 menimbulkan ketidakpastian dan kekeliruan dalam kalangan rakyat Sabah.

Hak kelayakan hasil MA63 adalah contoh yang baik bagaimana kita mempunyai pentadbiran rahsia daripada pentadbiran terbuka dan telus.

Ia telah mengambil masa 50 tahun untuk isu ini menjadi perhatian, dan walaupun begitu, kerajaan Sabah bertindak tidak betul dengan menentang kajian 40% oleh Sabah Law Society di Mahkamah Rayuan.

Kami menuntut penjelasan penuh dan jujur daripada Ketua Menteri. Masa depan Sabah bergantung pada penyelesaian yang adil dan saksama terhadap isu lama ini. Kini tiba masanya untuk membenarkan semua rakyat untuk menyatakan pandangan mereka secara bebas mengenai MA63 dan Malaysia.

Yang benar,

Daniel John Jambun
Presiden Yayasan Borneo's Plight in Malaysia (BoPiMaFo)

Robert Pei
Presiden Hak Sabah Sarawak Australia New Zealand (SSRANZ)

Jovilis Majami
Presiden Persatuan Pembangunan Sosial Komuniti Sabah (BANGUN)

Cleftus Stephen Mojingol
Presiden Pertubuhan Kebajikan Rumpun Dayak Sabah

Moses Anap
Presiden Republik Sabah North Borneo (RSNB)

Emily Elvera Edward
Presiden Pertubuhan Sabah Sarawak Borneo Native Inc




Federal needs to explain why Sabah MM2H disrupted

Joint press statement 
7th June 2024


Dear Ministry of Tourism, Arts and Culture (Motac),

We are writing to express our deep concern regarding the recent suspension of the Sabah-Malaysia My Second Home (MM2H) programme by Motac. The Sabah MM2H program promised significant economic benefits to the state, and its abrupt suspension has caused disappointment and confusion among potential applicants and Sabah residents.

We understand that the Sabah State Government, through the Ministry of Tourism, Culture and Environment (KePKAS), had completed all necessary preparations for a June 1st launch. Motac's decision to halt operations for all licensed MM2H agents, including those in Sabah with valid Motac licenses, has disrupted these plans and created uncertainty.

We urge Motac to provide a clear and public explanation regarding the following:

* The legal basis for suspending the Sabah-MM2H program, especially considering valid licenses held by Sabah agents.
* The rationale behind this decision, particularly in light of the program's potential to attract foreign investment and boost Sabah's economy.
* In the interest of transparency, we request Motac to clarify its specific role and authority in the policy making process for the MM2H program, particularly concerning Sabah's right to develop its own program.

We believe a collaborative approach between Motac and the Sabah state government is crucial to ensure a successful MM2H program that benefits all parties and put the matter in the Joint List or Concurrent List. Sabah has the right to establish its own MM2H policy, and we urge Motac to respect this autonomy.

We appreciate your prompt attention to this urgent matter and look forward to a swift resolution.

Sincerely,

Daniel John Jambun President Borneo's Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo)

Jovilis Majami President Persatuan pembangunan sosial Komuniti Sabah (BANGUN)

Cleftus Stephen Mojingol President Pertubuhan kebajikan Rumpun Dayak Sabah





VERSI BAHASA MALAYSIA

**Subjek: Siasatan Segera Mengenai Gangguan Program Sabah-Malaysia My Second Home (MM2H)**

Kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac),

Kami menulis untuk menyuarakan keprihatinan mendalam kami mengenai penggantungan baru-baru ini program Sabah-Malaysia My Second Home (MM2H) oleh Motac. Program Sabah MM2H menjanjikan manfaat ekonomi yang besar kepada negeri ini, dan penggantungannya secara tiba-tiba telah menyebabkan kekecewaan dan kekeliruan di kalangan pemohon berpotensi dan penduduk Sabah.

Kami memahami bahawa Kerajaan Negeri Sabah, melalui Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS), telah menyelesaikan semua persiapan yang diperlukan untuk pelancaran pada 1 Jun. Keputusan Motac untuk menghentikan operasi semua ejen MM2H berlesen, termasuk yang di Sabah dengan lesen Motac yang sah, telah mengganggu rancangan ini dan mencetuskan ketidakpastian.

Kami mendesak Motac untuk memberikan penjelasan yang jelas dan terbuka mengenai perkara-perkara berikut:

* Asas undang-undang untuk menggantung program Sabah-MM2H, terutamanya memandangkan lesen sah yang dipegang oleh ejen Sabah.
* Rasional di sebalik keputusan ini, terutamanya memandangkan potensi program ini untuk menarik pelaburan asing dan meningkatkan ekonomi Sabah.
* Demi ketelusan, kami meminta Motac untuk menjelaskan peranan dan autoriti spesifiknya dalam proses pembuatan dasar untuk program MM2H, terutamanya mengenai hak Sabah untuk membangunkan programnya sendiri.

Kami percaya pendekatan kolaboratif antara Motac dan kerajaan negeri Sabah adalah penting untuk memastikan program MM2H yang berjaya yang memberi manfaat kepada semua pihak dan patut di masuk dalam Joint List stau concurrent List. Sabah mempunyai hak untuk menubuhkan dasar MM2H sendiri, dan kami mendesak Motac untuk menghormati autonomi ini.

Kami menghargai perhatian segera anda terhadap perkara mendesak ini dan berharap penyelesaian yang cepat.

Yang benar,

Daniel John Jambun
Presiden Yayasan Borneo's Plight in Malaysia (BoPiMaFo)

Jovilis Majami
Presiden Persatuan Pembangunan Sosial Komuniti Sabah (BANGUN)

Cleftus Stephen Mojingol
Presiden Pertubuhan Kebajikan Rumpun Dayak Sabah

Palauh perlu dilindungi dan dituntun, bukan dibakar rumah dan bot mereka, kata Kanul

Kenyataan penuh :

Kanul Gindol
Pengerusi
Gindol Initiative for Civil Society Borneo
Kota Belud, Sabah


7hb Jun, 2024



*MASYARAKAT BAJAU LAUT ATAU PALAUH PERLU DILINDUNGI, BUKAN DIBAKAR RUMAH & BOT MEREKA*


1. Laporan dan gambar/video agensi penguatkuasaan kerajaan mengusir masyarakat Palauh atau Bajau Laut di Semporna dengan cara meroboh dan membakar rumah serta bot mereka amatlah tidak bertamadun, sangat kejam, tidak berperikemanusiaan dan kurang pertimbangan.
2. Komuniti Palauh yang hidup dan menetap di laut di atas bot atau rumah-rumah tradisional mereka di atas atau pinggir laut adalah antara kumpulan paling rentan (vulnerable) dan terdedah kepada sebarang ancaman.
3. Gaya hidup unik masyarakat ini di atas laut sudah wujud sejak sebelum pemerintahan moden wujud, dan kumpulan mereka bukanlah ramai sangat. Mereka memiliki kehidupan ringkas dan mungkin hampir semua  tidak memiliki dokumen diri.
4. Saya berpendapat, dan ramai sependapat, jikapun mereka telah memasuki kawasan Taman Sabah di lautan Semporna dan gagal mematuhi notis lari meninggalkan 'kawasan' itu, tapi kakitangan kerajaan diarah meroboh dan membakar rumah serta bot-bot Palauh ini adalah tidak berperlembagaan dan tidak boleh dipromosikan sebagai kaedah SOP kerajaan bertamadun.
5. Gambar-gambar penguatkuasa ini hanya menggunakan tenaga tangan mereka untuk meroboh rumah komuniti ini membuktikan masyarakat ini perlu dilindungi dan dituntun kepada kehidupan yang lebih baik dan tertib, mungkin boleh dipertimbang penempatan khas mereka di kawasan sekitar Semporna.
6. Ke mana mereka hendak lari bawa anak isteri mereka? Sedangkan ikan jerung, buaya, anjing, kucing diberikan laluan merayau dalam banyak kawasan larangan dan mengganggu, inikan pula manusia / insan yang boleh dididik dan dibimbing dilayan begini buruk.
7. Tiba masanya kerajaan lebih pro-aktif mencari penyelesaian yang lebih baik kepada semua yang duduk sudah berkurun di bumi Sabah ini tak kira bangsa, bukannya mengambil tindakan sebegini yang merosak imej negara Malaysia dan Sabah.
8. Kenapa memperguna sesetengah komuniti ketika mempromosi pelancongan dan keunikan Sabah tapi membakar rumah mereka bila mereka mahu dikorbankan untuk tujuan lain sesetengah pihak?

Terima kasih.

KANUL GINDOL 012 885 6465

Dr Julia Ongkili pemangku Pengerusi Sabah, Parti Sedar Rakyat

KOTA KINABALU : Dr Julia Emelda Ongkili telah dilantik pemangku pengerusi Majlis Kerja Negeri Sabah, Parti Sedar Rakyat, mulai 28 Mei, 2024.

Ia berikutan cuti rehat dan rawatan Prof Dr Ariffin Willie Muhamad selama tiga bulan.

Setiausaha MKN Sabah, Husain Mohamad, dalam satu kenyataan berkata, Dr Julia akan mengetuai Sedar Sabah sepanjang pengerusi bercuti rehat.

Dr Julia adalah timbalan pengerusi MKN Sabah parti blok Borneo itu, di samping turut mengetuai Sedar di DUN Tamparuli. Beliau adalah anak mendiang timbalan ketua menteri zaman Berjaya, Datuk Dr James Ongkili.

Ketika dihubungi Borneo Herald, Dr Julia berkata beliau akan memikul amanah pengerusi sebaik mungkin termasuk meneruskan program yang sudah dirancang untuk tiga bulan ini.

"Terima kasih atas kepercayaan ini serta sokongan padu dari pimpinan MKN, kita akan terus bekerja tiga bulan ini, dan kita tidak membuang masa," kata Dr Julia yang juga ketua KDMR parti itu.

Beliau yang sangat aktif melayani masyarakat juga adalah pemimpin pelbagai NGO termasuk Kelab Rotary dan sayap wanita KDCA, dan telah berkampung di Lamin Tuaran di pekarangan KDCA sepanjang Tadau Kaamatan yang baru selesai beberapa hari lepas.#


Berikut gambar-gambar beliau di Lamin Tuaran yang membawa maksud tersendiri :


The RM16b and the 40% are two separate issues, says BoPiMaFo

        Daniel John Jambun, presiden BoPiMaFo


https://www.nst.com.my/news/nation/2024/05/1057710/rm16-bil-federal-govt-allocation-sabah-may-be-more-40-pct-revenue-state


Press Statement 
2nd June 2024


ITEMISED THE RM 12.9 and 16 BILLION FEDERAL ALLOCATION TO SABAH - 2023 and 2024.


The PMX Anwar Ibrahim assertion that the RM16 billion allocated to Sabah, maybe more than the 40% revenue the state is seeking, refers.

The RM16b and 40% are separate issues.

The Sabah government does not control the RM16b.

The Sabah government would control the 40%.

The federal government must urgently provide full transparency regarding the RM 12.9 billion and RM 16 billion allocated to Sabah for the years 2023 and 2024, respectively. It is imperative that the purpose and figures of these allocations be itemized for public scrutiny. The amounts entering, if any, into the state coffers must also be clearly stated. There is a pattern where the federal government announces substantial allocations for Sabah, but upon closer inspection, these funds mysteriously fail to materialize.

Dear Prime Minister,

The concerned citizens of Sabah request comprehensive details regarding the federal allocations mentioned. Transparency in the allocation and utilization of these funds is crucial for maintaining public trust and ensuring accountability. Please provide answers to the following questions to address the concerns of Sabahans:

1. could you provide an itemized breakdown of the RM 12.9 billion allocated for 2023 and the RM 16 billion allocated for 2024? Please include the specific projects, their purposes, and the respective amounts allocated to each.

2. For each project funded by these allocations, could you specify the geographic location (district, town, or village) and the commencement and expected completion dates?

3. How much of the allocated funds have actually been received by the state coffers of Sabah for both years, if any? Please provide documentation or proof of these transactions.

4. For each project, could you provide detailed implementation plans, including the total cost, scope of work, contractors involved, and progress updates?

5. What mechanisms are in place to ensure that the allocated funds are used effectively and reach their intended purposes? How can citizens and independent bodies verify and monitor these expenditures?

6. What reporting structures and accountability measures are in place to track the progress and financial integrity of these projects? Will regular updates be made available to the public?

We believe that answering these questions will significantly enhance transparency and ensure that the allocated funds are utilized for the benefit of Sabahans. Your prompt and detailed response to these inquiries will be greatly appreciated by the people of Sabah.

Thank you for your immediate attention to this matter.

Sincerely,

Daniel John Jambun President Borneo's Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo)




VERSI BAHASA MALAYSIA:

Kenyataan Akhbar
2 Jun 2024


*Itemisasi RM 12.9 dan 16 Bilion Peruntukan Persekutuan kepada Sabah - 2023 dan 2024*

Kenyataan PMX Anwar Ibrahim bahawa peruntukan RM 16 bilion kepada Sabah mungkin melebihi 40% hasil yang diminta oleh negeri itu di-rujuk.

Isu RM16 bilion dan 40% adalah berasingan.

Kerajaan Sabah tidak mengawal RM16 bilion.

Kerajaan Sabah akan mengawal 40%.

Kerajaan Persekutuan mesti segera menyediakan ketelusan penuh mengenai RM 12.9 bilion dan RM 16 bilion yang diperuntukkan kepada Sabah bagi tahun 2023 dan 2024. Adalah penting tujuan dan angka peruntukan ini diperincikan untuk pengawasan awam. Jumlah yang memasuki, jika ada, ke dalam perbendaharaan negeri juga mesti dinyatakan dengan jelas. Terdapat corak di mana kerajaan persekutuan mengumumkan peruntukan besar untuk Sabah, tetapi apabila diteliti, dana ini secara misteri gagal sampai ke Sabah.


Perdana Menteri yang dihormati,

Rakyat Sabah yang prihatin memohon butiran lengkap mengenai peruntukan persekutuan yang disebutkan. Ketelusan dalam pengagihan dan penggunaan dana ini adalah penting untuk mengekalkan kepercayaan awam dan memastikan akauntabiliti. Sila berikan jawapan kepada soalan berikut untuk menangani kebimbangan rakyat Sabah:

1. Bolehkah YAB menyediakan perincian RM 12.9 bilion yang diperuntukkan untuk tahun 2023 dan RM 16 bilion yang diperuntukkan untuk tahun 2024? Sila sertakan projek tertentu, tujuannya, dan jumlah yang diperuntukkan kepada setiap satu.

2. Bagi setiap projek yang dibiayai oleh peruntukan ini, bolehkah YAB nyatakan lokasi geografi (daerah, bandar, atau kampung) dan tarikh mula serta tarikh jangkaan siap?

3. Berapa banyak daripada peruntukan yang telah diterima oleh perbendaharaan negeri Sabah untuk kedua-dua tahun tersebut, jika ada? Sila berikan dokumentasi atau bukti transaksi ini.

4. Bagi setiap projek, bolehkah YAB menyediakan rancangan pelaksanaan terperinci, termasuk kos keseluruhan, skop kerja, kontraktor yang terlibat, dan kemas kini kemajuan?

5. Apakah mekanisme yang ada untuk memastikan bahawa dana yang diperuntukkan digunakan dengan berkesan dan mencapai tujuan yang dimaksudkan? Bagaimana warga dan badan bebas boleh mengesahkan dan memantau perbelanjaan ini?

6. Apakah struktur pelaporan dan langkah-langkah akauntabiliti yang ada untuk mengesan kemajuan dan integriti kewangan projek-projek ini? Adakah kemas kini berkala akan disediakan kepada umum?

Kami percaya bahawa menjawab soalan-soalan ini akan meningkatkan ketelusan dengan ketara dan memastikan bahawa dana yang diperuntukkan digunakan untuk manfaat rakyat Sabah. Tindakan pantas dan jawapan terperinci YAB kepada pertanyaan ini akan sangat dihargai oleh rakyat Sabah.

Terima kasih YAB PMX atas perhatian segera anda terhadap perkara ini.

Yang benar,

Daniel John Jambun
Presiden Borneo's Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo)

Search This Blog