Top posts

Featured Posts

Pimpinan SEDAR Sabah melawat DUN Sungai Manila dan Gum-Gum, Sandakan

SANDAKAN : Pimpinan Parti Sedar Rakyat (Sedar) Sabah membuat lawatan ke DUN Sungai Manila dan juga DUN Gum-Gum dekat sini dalam usahanya menyediakan platform baru kepada rakyat di dua kawasan tersebut pada pilihanraya akan datang ini.

Tiga pimpinan kanan Sedar Sabah hadir pada lawatan ringkas di Cabang Gayan Baru di Kg Sibugal Besar, Sg Manila hari ini, 29 April 2024 di mana mereka turut menyerahkan 400 borang kepada cawangan tersebut.

Tiga mereka ialah pengerusi Sedar Sabah, Prof Dr Ariffin Willie Muhamad, timbalan pengerusi Dr Julia Emelda Ongkili dan setiausaha Sedar Sabah, Hj Husain Mohamad.

Menurut Dr Julia, ketua cabang Gayan Baru, Adisil Komong, menyambut dan memberi mereka taklimat yang antara lain DUN Sungai Manila bakal menjadi antara kawasan panas pada PRN akam datang.

"Parti Sedar akan menyusun lebih banyak cawangan memandangkan sambutan yang semakin menggalakkan dari rakyat," katanya kepada Borneo Herald.

Turut hadir dalam majlis itu ialah bekas ketua penerangan Umno Libaran, Musain Tanjil, yang kini dilantik ketua penerangan Sedar Sabah.

Semalam, mereka juga singgah beraya di rumah naib pengerusi Sedar Sabah, Hj Jasni Badali, di Kg Rosalinda Sungai Tiram di DUN Gum-Gum.

Berikut ialah gambar-gambar sekitar majlis itu yang membawa maksud tersendiri :

Dr Julia (tengah), Hj Husain (dua dari kanan),  Musain Tanjil (dua dari kiri) dan Adisil Komong (paling kanan).
Prof Dr Ariffin (empat dari kiri) dan isteri beliau, Ariani Mahali, di sebelahnya.
Di Kg Rosalinda Gum-Gum bersama Hj Jasni Badali (lima dari kanan).

Pelayanan masyarakat Dr Julia Ongkili semakin menyerlah

Oleh Jayden Lisandu
KOTA MARUDU : Pelayanan masyarakat bakal calon di DUN Tamparuli, Dr Julia Emelda Ongkili, memang menyerlah walaupun jarang diwar-warkan sebelum ini. Kini, kegiatan atau gerakan pelayanan yang beliau sertai dan pimpin mula mendapat perhatian sekeliling.

Hari ini, Ahad / 21 April 2024, ketika orang lain berehat, Dr Julia, anak mendiang Datuk Dr James Ongkili, turun ke Kota Marudu bersama rakan-rakannya dari Kelab Rotary Kota Kinabalu (RCKK Pearl) menjalankan program pemeriksaan mata dan katarak "Gift of Sight" kepada rakyat di daerah itu.

Seorang wanita berumur 50-an dari Tenghilan, Tamparuli yang hanya mahu dikenali sebagai Maria, memberitahu Borneo Herald dia begitu teruja membaca dan melihat foto-foto pelayanan masyarakat Dr Julia yang dikongsikan kawan-kawannya. 

"Saya belum pernah bertemunya hanya kenal dari nama keluarganya. Saya tertarik dengan pelayanannya walaupun dia tidak pernah mewar-warkan kegiatannya sebelum ini. Saya harap dia datang Tenghilan nanti.." kata Maria.

Sementara itu, seorang usahawan pertanian di Tamparuli Point yang ditemui Borneo Herald baru-baru ini berkata nama Dr Julia semakin meniti di bibir masyarakat tempatan meskipun ramai yang belum pernah berkesempatan menemui beliau.

"Pemimpin wanita seperti dialah yang sepatut diketengahkan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri, aktif melayani walaupun tiada gaji dari kerajaan, tidak memilih bulu seperti sesetengah pemimpin hanya layan ahli partinya..." katanya.

Usahawan berumur 60-an dan tidak mahu disebut namanya itu berasal dari Kiulu tapi kini mengundi di DUN Tamparuli, juga berkata "sudah tiba masanya Tamparuli diberi nafas baru oleh ADUN baru".

Dr Julia ketika dihubungi portal berita ini berkata pemeriksaan mata dan katarak di Kota Marudu hari ini adalah kolaborasi RCKK Pearl bersama lapan lagi kelab Rotary yang lain.

"Sambutan masyarakat adalah amat menggalakkan di mana belum lagi kami mula pada jam 8 pagi sudah orang ramai menunggu kami di luar pintu sejak 7.30 pagi lagi.

"Target kami ialah 250 orang tapi sekarang baru jam 9.30am sudah 140 orang siap pemeriksaan mereka, syukurlah.." katanya lagi.

Pada masa ini Dr Julia merupakan Timbalan Pengerusi, Majlis Kerja Negeri, Parti Sedar Rakyat.#


BERIKUT gambar-gambar kegiatan Dr Julia dan rakan-rakannya di Dewan Kota Marudu yang menerangkan maksud tersendiri (a picture tells a thousands stories..) :

Search This Blog