Top posts

Featured Posts

Pimpinan SEDAR Sabah melawat DUN Sungai Manila dan Gum-Gum, Sandakan

SANDAKAN : Pimpinan Parti Sedar Rakyat (Sedar) Sabah membuat lawatan ke DUN Sungai Manila dan juga DUN Gum-Gum dekat sini dalam usahanya menyediakan platform baru kepada rakyat di dua kawasan tersebut pada pilihanraya akan datang ini.

Tiga pimpinan kanan Sedar Sabah hadir pada lawatan ringkas di Cabang Gayan Baru di Kg Sibugal Besar, Sg Manila hari ini, 29 April 2024 di mana mereka turut menyerahkan 400 borang kepada cawangan tersebut.

Tiga mereka ialah pengerusi Sedar Sabah, Prof Dr Ariffin Willie Muhamad, timbalan pengerusi Dr Julia Emelda Ongkili dan setiausaha Sedar Sabah, Hj Husain Mohamad.

Menurut Dr Julia, ketua cabang Gayan Baru, Adisil Komong, menyambut dan memberi mereka taklimat yang antara lain DUN Sungai Manila bakal menjadi antara kawasan panas pada PRN akam datang.

"Parti Sedar akan menyusun lebih banyak cawangan memandangkan sambutan yang semakin menggalakkan dari rakyat," katanya kepada Borneo Herald.

Turut hadir dalam majlis itu ialah bekas ketua penerangan Umno Libaran, Musain Tanjil, yang kini dilantik ketua penerangan Sedar Sabah.

Semalam, mereka juga singgah beraya di rumah naib pengerusi Sedar Sabah, Hj Jasni Badali, di Kg Rosalinda Sungai Tiram di DUN Gum-Gum.

Berikut ialah gambar-gambar sekitar majlis itu yang membawa maksud tersendiri :

Dr Julia (tengah), Hj Husain (dua dari kanan),  Musain Tanjil (dua dari kiri) dan Adisil Komong (paling kanan).
Prof Dr Ariffin (empat dari kiri) dan isteri beliau, Ariani Mahali, di sebelahnya.
Di Kg Rosalinda Gum-Gum bersama Hj Jasni Badali (lima dari kanan).

Pelayanan masyarakat Dr Julia Ongkili semakin menyerlah

Oleh Jayden Lisandu
KOTA MARUDU : Pelayanan masyarakat bakal calon di DUN Tamparuli, Dr Julia Emelda Ongkili, memang menyerlah walaupun jarang diwar-warkan sebelum ini. Kini, kegiatan atau gerakan pelayanan yang beliau sertai dan pimpin mula mendapat perhatian sekeliling.

Hari ini, Ahad / 21 April 2024, ketika orang lain berehat, Dr Julia, anak mendiang Datuk Dr James Ongkili, turun ke Kota Marudu bersama rakan-rakannya dari Kelab Rotary Kota Kinabalu (RCKK Pearl) menjalankan program pemeriksaan mata dan katarak "Gift of Sight" kepada rakyat di daerah itu.

Seorang wanita berumur 50-an dari Tenghilan, Tamparuli yang hanya mahu dikenali sebagai Maria, memberitahu Borneo Herald dia begitu teruja membaca dan melihat foto-foto pelayanan masyarakat Dr Julia yang dikongsikan kawan-kawannya. 

"Saya belum pernah bertemunya hanya kenal dari nama keluarganya. Saya tertarik dengan pelayanannya walaupun dia tidak pernah mewar-warkan kegiatannya sebelum ini. Saya harap dia datang Tenghilan nanti.." kata Maria.

Sementara itu, seorang usahawan pertanian di Tamparuli Point yang ditemui Borneo Herald baru-baru ini berkata nama Dr Julia semakin meniti di bibir masyarakat tempatan meskipun ramai yang belum pernah berkesempatan menemui beliau.

"Pemimpin wanita seperti dialah yang sepatut diketengahkan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri, aktif melayani walaupun tiada gaji dari kerajaan, tidak memilih bulu seperti sesetengah pemimpin hanya layan ahli partinya..." katanya.

Usahawan berumur 60-an dan tidak mahu disebut namanya itu berasal dari Kiulu tapi kini mengundi di DUN Tamparuli, juga berkata "sudah tiba masanya Tamparuli diberi nafas baru oleh ADUN baru".

Dr Julia ketika dihubungi portal berita ini berkata pemeriksaan mata dan katarak di Kota Marudu hari ini adalah kolaborasi RCKK Pearl bersama lapan lagi kelab Rotary yang lain.

"Sambutan masyarakat adalah amat menggalakkan di mana belum lagi kami mula pada jam 8 pagi sudah orang ramai menunggu kami di luar pintu sejak 7.30 pagi lagi.

"Target kami ialah 250 orang tapi sekarang baru jam 9.30am sudah 140 orang siap pemeriksaan mereka, syukurlah.." katanya lagi.

Pada masa ini Dr Julia merupakan Timbalan Pengerusi, Majlis Kerja Negeri, Parti Sedar Rakyat.#


BERIKUT gambar-gambar kegiatan Dr Julia dan rakan-rakannya di Dewan Kota Marudu yang menerangkan maksud tersendiri (a picture tells a thousands stories..) :

Program Wanita WCTTK di Kiulu kini 24 & 25 Jun 2024


     Dr Julia Ongkili (kiri) bersama Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag pada kunjungan hormat di Seri Gaya.

KIULU, Tamparuli : Program dua hari untuk wanita di Kiulu dan Tamparuli yang sepatut diadakan hari ini dan telah ditunda, kini dijadual diadakan pada 24 dan 25 Jun 2024 ini di tempat yang sama, Dewan Kiulu.

Menurut Pengarah Program, Dr Julia Ongkili, yang juga timbalan pengerusi Majlis Wanita KDCA Tamparuli-Tuaran-Kiulu (WCTTK)  yang menganjurkan program itu, penundaan dibuat sebab terlalu banyak program dalam April dan Mei ini.

"Pengisian program masih sama, antara lainnya ialah pertandingan ratu dalai biosfera Banjaran Crocker, anugerah ibu suri teladan, tiket bertuah dan peragaan busana rekaan wanita.

"Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag dijadual merasmikan program pada 20 Jun manakala Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau dijangka menutup program keesokan harinya," katanya.

Menurut Dr Julia, rombongan WCTTK diketuai pengerusinya Dr Rosalyn Gelumu, membuat kunjungan hormat kepada Datuk Juliah beberapa hari lepas dan telah membincangkan beberapa cadangan baru isteri ketua menteri untuk program tersebut.

Antara cadangan itu ialah mengadakan pemeriksaan percuma kesihatan untuk kaum wanita, pemeriksaan gigi, saringan kanser dan menambah gerak usahawan.

Menurut Dr Julia, program asal seperti ceramah motivasi mengenai "wanita bahagia, keluarga sejahtera", "perkahwinan bawah umur dari perspektif adat dan perundangan", serta "pertanian mensejahterakan keluarga" kekal diadakan.

Katanya pameran keusahawanan, kraf dalai dan produk kesihatan juga turut diadakan.

"Tema program tahun ini iaitu "mengarusperdanakan gender dalam pembangunan luar bandar" diangkat bagi memotivasi semua pihak menyedia ruang dan peluang kepada wanita turut seiring menyumbang dalam pembangunan khususnya di kawasan luar bandar.

"Orang ramai adalah dijemput datang ke program dua hari ini, bukan saja untuk memeriahkan lagi majlis tetapi juga untuk menimba ilmu dan bertukar-tukar pendapat sesama kita," kata Dr Julia lagi.#

Berikut gambar-gambar kunjungan hormat rombongan WCTTK kepada isteri ketua menteri di kediaman rasmi ketua menteri, Seri Gaya :

Amicable separation through Parliament act possible

https://focusmalaysia.my/rpk-msia-can-only-be-peaceful-if-non-muslim-citizens-accept-country-as-an-islamic-not-secular-state/

JOINT PRESS STATEMENTS 
April 11, 2024

MALAYSIA'S NATIONAL IDENTITY BEYOND TANAH MELAYU AND ISLAMIC STATE . . .


Raja Petra Kamarudin's recent pronouncements that there will be no peace untill non-Muslim accept Tanah Melayu and Islamic state are not only insensitive and threatening  but a blatant disregard for the very foundation of Malaysia. Here, we set the record straight.

Islam holds a sacred place for Malays, but Malaysia's legal system rests on the Constitution, guaranteeing secularism and equal rights for all, regardless of faith. Syariah law has its place, but it does not supersede the Constitution.

Nostalgia for "Tanah Melayu" conveniently ignores the reality of MA63: the creation of a multicultural federation encompassing Malaya, Singapore (now independent), North Borneo (Sabah), and Sarawak. The Malaysia Agreement 1963 (MA63) an international treaty established this on a foundation of secularism and respect for diverse identities.

RPK's vision might be attainable, but not through intimidation. We, in the Borneo territories, will not be dictated to. We seek solutions through respectful dialogue, not divisive pronouncement.

 If Malaya truly desires a separate path, the proper course is a formal dissolution of MA63 through legal channels or parliamentary discussions with Borneo representatives.

Open communication with Malayan parliamentarians leading to a motion for MA63's dissolution, with genuine support from Sabah and Sarawak, could pave the way for an amicable separation. 

This would allow Malaya to pursue its vision of a Malay-majority, Islamic state, while Sabah and Sarawak establish themselves as independent, secular states. This win-win scenario is achievable, but only through mutual respect and a fair negotiation process, not through threats and pronouncements.


Signed by:

Daniel John Jambun, President Borneo's Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo)

Robert Pei, President Sabah Sarawak Rights Australia New Zealand (SSRANZ)

Jovilis Majami President Persatuan pembangunan sosial komunity Sabah (BANGUN)

Ricky Ganang Penasihat Forum Adat Dataran Tinggi Borneo (FORMADAT)

Voo Lee Shan President party Bumi Kenyalang Sarawak (PBK)

Bill Jugah, 
President Independent Council of Natives Sarawak (ICON)

Thomas Patrick Angus 
Persatuan Kebajikan Persaudaraan Sahabat, Sarawak 

Peter John Jaban Sarawak Association for People's Aspirations  (SAPA Sarawak)

Siti Kasim 
Malaysian Action for Justice and Unity (MAJU)

Apun Achong
Dayak Ritual Awareness Fellowship (DRAF)

Dato Petinggi Atama Katama @Andrew Ambrose
Permanent Representative of Dayak International Organisation to the United Nations. 



Versi bahasa Malaysia

KENYATAAN AKHBAR BERSAMA
11 April 2024

IDENTITI KEBANGSAAN MALAYSIA MELEBIHI "TANAH MELAYU" DAN NEGARA ISLAM . . .

Pengumuman terkini Raja Petra Kamarudin bahawa tidak akan ada perdamaian sehingga bukan-Muslim menerima Tanah Melayu dan negara Islam bukan sahaja tidak sensitif dan mengancam tetapi juga suatu penghinaan terhadap asas Malaysia itu sendiri. Di sini, kami menetapkan rekod yang betul.

Islam memegang tempat suci bagi Melayu, tetapi sistem undang-undang Malaysia bergantung pada Perlembagaan, yang menjamin sekularisme dan hak yang sama untuk semua, tanpa mengira agama. Undang-undang Syariah mempunyai tempatnya, tetapi ia tidak mengatasi Perlembagaan.

Rindu kepada "Tanah Melayu" dengan mudah mengabaikan realiti MA63: penciptaan persekutuan multikultural yang merangkumi Malaya, Singapura (kini merdeka), Borneo Utara (Sabah), dan Sarawak. Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), satu perjanjian antarabangsa yang ditubuhkan ini atas asas sekularisme dan penghormatan terhadap identiti yang berbeza.

Visi RPK mungkin boleh dicapai, tetapi bukan melalui ugutan. Kami, di wilayah Borneo, tidak akan diperintah. Kami mencari penyelesaian melalui dialog yang berhemah, bukan pengumuman yang memecahbelahkan.

Jika Malaya benar-benar menginginkan jalan yang berasingan, langkah yang betul adalah melalui pembubaran rasmi MA63 melalui saluran undang-undang atau perbincangan parlimen dengan wakil-wakil Borneo.

Komunikasi terbuka dengan ahli-ahli parlimen Malaya yang membawa kepada satu usul pembubaran MA63, dengan sokongan sebenar dari Sabah dan Sarawak, boleh membuka jalan untuk pemisahan yang mesra. 

Ini akan membolehkan Malaya untuk mengejar visi sebagai negara berkebanyakan Melayu, negara Islam, sementara Sabah dan Sarawak menubuhkan diri sebagai negara berdaulat, sekular. Kemenangan-untuk-kemenangan ini boleh dicapai, tetapi hanya melalui saling menghormati dan proses rundingan yang adil, bukan melalui ancaman dan pengumuman.


Dimeterai oleh:*

Daniel John Jambun Presiden Borneo's Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo)

Robert Pei Presiden Sabah Sarawak Rights Australia New Zealand (SSRANZ)

Jovilis Majami Presiden Persatuan Pembangunan Sosial Komuniti Sabah (BANGUN)

Ricky Ganang Penasihat Forum Adat Dataran Tinggi Borneo (FORMADAT)

Bill Jugah, Presiden
Independent Council Of Natives Sarawak( ICON )

Thomas Patrick Agus
Persatuan Kebajikan Persaudaraan Sahabat Sarawak

Peter John Jaban
Sarawak Association for People's Aspiration ( SAPA Sarawak )

Siti Kasim
Malaysian Action for Justice and Unity ( MAJU )

Voon Lee Shan Presiden Parti Bumi Kenyalang Sarawak (PBK)

Apun Achong
Dayak Ritual Awareness Fellowship ( DRAF )

Dato Petinggi Atama Katama @ Andrew Ambrose
Permanent Representative of Dayak International Organisation to the United Nations.



https://focusmalaysia.my/rpk-msia-can-only-be-peaceful-if-non-muslim-citizens-accept-country-as-an-islamic-not-secular-state/

Al-Quran Bukan Perlembagaan Malaysia ... Kedaulatan Undang-Undanglah Asas Perlembagaan Malaysia

KENYATAAN MEDIA BERSAMA

Tarikh: 7 April 2024


Merujuk kepada kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, mengenai kritikan terhadap pindaan 355, organisasi bukan kerajaan (NGO) mengeluarkan kenyataan bersama seperti berikut:

- Ahli-ahli Parlimen yang bersumpah setia kepada Perlembagaan, jika melanggar sumpah tersebut, Speaker harus menangguhkan atau membuang mereka dari jawatan. Speaker mempunyai kuasa budi bicara yang bebas. Menurut Perkara 63, mahkamah tidak akan campur tangan dalam prosedur Parlimen.

- Orang Islam bebas untuk beriman atau tidak, selagi mereka tidak melanggar peruntukan Perlembagaan, Parlimen, dan mahkamah.

- Institusi seperti Perlembagaan, Parlimen, dan mahkamah, berdasarkan konsep pembahagian kuasa British, mengecualikan undang-undang agama (contohnya, tidak boleh melibatkan teologi).

- Pindaan 355 adalah usaha tersembunyi untuk mengislamkan. Ia cuba memaksakan hukum Islam yang diinterpretasikan oleh orang Melayu kepada seluruh Malaysia. Ini melanggar Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) atau perjanjian antarabangsa yang ditandatangani antara Malaya, Singapura (yang merdeka pada tahun 1965), Sabah, Sarawak, dan Britain.

- Pindaan 354 telah membatalkan kebebasan beragama dan hak asasi lain yang diberikan oleh "MA63" (keselamatan tanah air (perubahan sempadan sebelum MA63), pembahagian kerusi, hak tanah, sumber dan kawalan kewangan).

- Seperti yang dijelaskan oleh Ketua Hakim Negara Tun Maimun Tuan Mat ketika menghapuskan 16 Perintah Hudud di Kelantan, Mahkamah Syariah Malaysia tidak berdasarkan kepada Allah SWT.

- Undang-undang jenayah Malaysia di bawah kuasa Persekutuan.

- Undang-undang Islam (kecuali undang-undang jenayah) dilaksanakan berdasarkan kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan kepada Raja-raja Melayu.

- Islam yang berasaskan konsep dosa bukanlah undang-undang.

- Undang-undang Islam yang diterima secara sukarela oleh individu juga bukanlah undang-undang. Memaksakan undang-undang Islam kepada sesiapa pun adalah melanggar Perlembagaan.

- Dari segi jurisprudensi, Allah bukanlah sumber undang-undang. Undang-undang harus mempunyai sumber untuk mempunyai bidang kuasa, kewibawaan, dan kuasa.

- Undang-undang sentiasa ada, dan ia berasaskan akal, nilai-nilai universal, dan prinsip keadilan semula jadi.

- Orang Islam mendakwa campur tangan bukan Islam.

- Orang bukan Islam berkata "jangan melanggar Perlembagaan".

- Islam, undang-undang Islam, dan peristiwa 7 Oktober semuanya merupakan pelanggaran terhadap kedaulatan undang-undang (iaitu asas Perlembagaan). Islam dan undang-undang Islam tidak menerima kedaulatan undang-undang.

- Islam hanya melihat teks undang-undang itu sendiri sebagai undang-undang dan/atau kedaulatan undang-undang. Semua ini bukanlah undang-undang.

- Kedaulatan undang-undang membenarkan negara untuk mempertahankan diri. Semua ancaman keselamatan akan dihapuskan. Legitimiti negara, kedaulatan, dan integriti wilayah semuanya terancam.

- Tumpuan harus diberikan kepada penyelesaian yang berdasarkan kedaulatan undang-undang.

- Memaksakan penafsiran undang-undang Islam kepada bukan Islam melanggar terma Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Perjanjian itu menjamin konsep Malaysia yang sekular dan berbilang budaya, yang diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan.

- Penubuhan Malaysia berasaskan prinsip ia akan menjadi sebuah negara sekular. Sekarang, Pindaan 355 yang berkuatkuasa sedang cuba meminda perjanjian antarabangsa yang menggabungkan empat negara iaitu Tanah Melayu, Singapura (yang telah keluar dan merdeka pada tahun 1965), Borneo Utara dan Sarawak. Ini akan merosakkan konsep MA63 dan Malaysia sekular.

- Rakyat Sabah dan Sarawak telah menyatakan sejak hari pertama Malaysia diusulkan bahawa mereka tidak mahu sebuah negara Islam. Jika Melayu mahu sebuah negara Islam, maka Malaysia tidak akan wujud lagi, dan Sabah dan Sarawak akan bebas untuk mengakhiri hubungan persekutuan mereka dengan Tanah Melayu.

- Dalam keadaan sedemikian, orang Melayu boleh memiliki negara Islam mereka, dan Sabah dan Sarawak boleh memiliki negara sekular merdeka mereka sendiri. Lautan telah memisahkan kita, jadi ini hanya akan memutuskan hubungan politik dengan Tanah Melayu.

Terima kasih.

Tandatangan:

Daniel John Jambun, Presiden, Borneo's Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo)

Jovilis Majami, Presiden, Persatuan Pembangunan Sosial Komuniti Sabah (BANGUN)

Ricky Ganang 
Penasihat Forum Adat Masyarakat Dataran Tinggi Borneo (FORMADAT)

Disahkan oleh;
Voon Lee Shan, Presiden, Parti Bumi Kenyalang (PBK)

Robert Pei, Presiden, Sabah Sarawak Rights Australia New (SSRANZ)

Ratu Dalai Biosfera Banjaran Crocker 2024 di Kiulu 20 April ini


                        Dr Julia Emelda Ongkili

TAMPARULI : KDCA Women Council Tuaran Tamparuli Kiulu (WCTTK) dijadual menganjurkan satu program menarik untuk kaum wanita di sekitar Kiulu dan Tamparuli di Dewan Kiulu pada 19 dan 20 April 2024 ini.

Menurut Pengarah Program, Dr Julia Ongkili, yang juga timbalan pengerusi Majlis Wanita KDCA Kiulu-Tamparuli-Tuaran, pelbagai acara menarik diadakan sepanjang program dua hari itu.

"Antara acara menarik ialah pertandingan ratu dalai biosfera Banjaran Crocker, anugerah ibu suri teladan, tiket bertuah dan peragaan busana rekaan wanita.

"Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag dijadual merasmi program pada 19 April manakala Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau dijangka menutupnya keesokan harinya," katanya.

Menurut Dr Julia lagi, beberapa ceramah motivasi mengenai "wanita bahagia, keluarga sejahtera", "perkahwinan bawah umur dari perspektif adat dan perundangan", serta "pertanian mensejahterakan keluarga" juga turut diadakan.

Katanya pameran keusahawanan, kraf dalai dan produk kesihatan juga turut diadakan.

"Tema program tahun ini iaitu "mengarusperdanakan gender dalam pembangunan luar bandar" diangkat bagi memotivasi semua pihak menyedia ruang dan peluang kepada wanita turut seiring menyumbang dalam pembangunan khususnya di kawasan luar bandar.

"Orang ramai adalah dijemput datang ke program dua hari ini, bukan saja untuk memeriahkan lagi majlis tetapi juga untuk menimba ilmu dan bertukar-tukar pendapat sesama kita," kata Dr Julia lagi.#

Search This Blog