Bengkel jahitan kolaborasi dengan Niel Couture Design dan dibiayai sepenuhnya oleh SEDAR Tamparuli itu berlangsung tiga hari dari 16 Februari 2024, ditutup hari ini oleh pengerusi perhubungan SEDAR Sabah, Prof Dr Ariffin Willie Muhamad di Vista Melalin dekat sini.
Penganjur utama kursus, Dr Julia Ongkili, yang juga timbalan pengerusi SEDAR Sabah dan ketua bahagian SEDAR Tamparuli menyatakan rasa gembiranya atas sambutan baik kursus berkenaan.
"Saya amat gembira kerana kursus jahitan ini telah berjaya menambah ilmu kepada para peserta dan sudah tentu ini membantu meningkatkan lagi kemahiran kaum wanita kita," katanya.
Sementara itu Prof Dr Ariffin memuji usaha Dr Julia dan pasukannya kerana walaupun sibuk dengan tugas-tugas lain, tetap menyantuni masyarakat khususnya kaum wanita di Tamparuli.
Prof Ariffin menyampaikan sijil-sijil kepada peserta yang turut mempamerkan beberapa contoh hasil jahitan mereka pada majlis itu.#
Berikut gambar-gambar di majlis itu..