Top posts

Featured Posts

Parti Sedar Rakyat sukses anjur kursus jahitan baju kurung dan skirt duyung

  Dari kanan, Prof Dr Ariffin, isterinya Maini Mahali, Dr Julia dan Richard Jimmy.

TAMPARULI : Parti Sedar Rakyat (SEDAR) yang baru bertapak di Sabah telahpun berjaya menganjurkan kursus jahitan baju kurung modern dan skirt duyung kepada 20 peserta di Tamparuli.

Bengkel jahitan kolaborasi dengan Niel Couture Design dan dibiayai sepenuhnya oleh SEDAR Tamparuli itu berlangsung tiga hari dari 16 Februari 2024, ditutup hari ini oleh pengerusi perhubungan SEDAR Sabah, Prof Dr Ariffin Willie Muhamad di Vista Melalin dekat sini.

Penganjur utama kursus, Dr Julia Ongkili, yang juga timbalan pengerusi SEDAR Sabah dan ketua bahagian SEDAR Tamparuli menyatakan rasa gembiranya atas sambutan baik kursus berkenaan.

"Saya amat gembira kerana kursus jahitan ini telah berjaya menambah ilmu kepada para peserta dan sudah tentu ini membantu meningkatkan lagi kemahiran kaum wanita kita," katanya.

Sementara itu Prof Dr Ariffin memuji usaha Dr Julia dan pasukannya kerana walaupun sibuk dengan tugas-tugas lain, tetap menyantuni masyarakat khususnya kaum wanita di Tamparuli.

Prof Ariffin menyampaikan sijil-sijil kepada peserta yang turut mempamerkan beberapa contoh hasil jahitan mereka pada majlis itu.#

Berikut gambar-gambar di majlis itu..




Larian Remaja Kanul Point berpotensi jadi larian terkenal

KOTA BELUD : Aktivis Sabah yang dikenali ramai, Kanul Gindol, menyatakan hasrat menganjurkan Larian Kanul Point setiap tahun di jalan lama Kelawat-Kinasaraban dekat sini selepas larian ulung itu selesai dengan amat berjaya di sini hari ini.

"Larian sejauh 8.5km ini kita mahu teruskan dan usaha kekalkan laluannya bermula di Perigi Mantub Kelawat ke check point dekat Gereja SDA Kinasaraban dan kembali ke penamat di stesen joging Kanul Point.

"Kita teruskan anjur Larian Kanul Point ini sehingga terkenal menjadi larian antarabangsa suatu hari nanti kerana laluannya di jalan lama sangat menarik dan sesuai sekali, dan setiap tahun akan ada keghairahan untuk mengatasi rekod pertama yang dicipta hari ini pada 2024, di samping ada hadiah yang menarik," katanya.

Kanul yang juga berasal dari Kelawat berucap pendek menutup Larian Kanul Point 2024 yang disertai 17 orang pelari muda lelaki tempatan berumur 13 hingga 22 tahun. Beliau kemudian menyampaikan hadiah wang tunai kepada 10 pelari terpantas.

Beliau juga berkata menimbang untuk menganjurkan Larian itu bagi kategori perempuan juga berumur 13-22 pada laluan yang sama iaitu 8.5km, seperti dicadangkan oleh pelari-pelari wanita tempatan.

Bagi tahun ini Fikri Haqimi Hasmi, 21, dari Kg Pangkalan Abai menjadi juara apabila mencatat 38 minit, 37 saat bagi larian 8.5km itu, sekaligus mencipta rekod sulung Larian Kanul Point. Fikri menerima trofi, wang tunai RM300 dan senaskhah buku.

Kanul bersama tiga terpantas Faiz, Fikri dan Cleve

Top 6 dari kiri: Hafiez, Cleve, Fikri, Faiz, Richy dan Darryl

Larian Kanul Point juga diadakan bersempena Hari Memberi Buku Antarabangsa yang disambut setiap 14 Februari.

Tempat kedua jatuh kepada Muhammad Faiz Haqeemi Abdul Adis, 20, dari Kg Wakap, yang mengekori rapat Fikri sepanjang larian dari mula, mencatat masa 38 minit, 42 saat. Faiz menerima wang tunai RM200 dan senaskhah buku.

Di tempat ketiga, Cleve Reo Handly, 14, dari Kg Tambulion, mencatat 42 minit, dan menerima wang tunai RM100 serta senaskhah buku.

Pemenang keempat sehingga kesepuluh menerima saguhati tunai RM50 setiap seorang dan senaskhah buku juga.

Tempat keempat ialah Mohd Hafiez Pengabian (45.57), kelima Darryl Spartye (47:32), keenam Richy Angelo Nixon, ketujuh Olano Bakker, kelapan Delcher Arther, kesembilan Hyder Dloves Saidi (57) dan kesepuluh Zachary Lawrence (59).

Kesemua peserta berjaya menamatkan larian 8.5km itu termasuklah Ober Carlson, Denilson Melson, Gareth Roy, Adry Adrian, Darel Danether, Leoran Petrus dan Inoven Carol.

Peserta terakhir yang menamatkan larian, Inoven Carol, dengan catatan 1 jam, 28 minit, mendapat pujian khas dari Kanul kerana berpandangan amat positif apabila berkata .."saya sudah membakar kalori (lemak) saya.."

Turut hadir ialah beberapa ibu bapa peserta serta pemimpin komuniti.#


Syarikat swasta mahu majukan sawah padi di Kota Belud yang semakin rendah tuaian kebekakangan ini

Kundian (kiri) dan Prof Dr Ariffin selepas menandatangani MoU di bilik mesyuarat Old Town Cafe Kota Belud.


KOTA BELUD : Sebuah syarikat swasta tempatan telah mengorak langkah membangunkan kawasan 292.6 ekar sawah padi di Kota Belud, dan jika usaha itu berjaya, ia akan diperluaskan.

Perkasa Megah Sdn Bhd menandatangani memorandum persefahaman dengan Koperasi Keluarga Dehamboi Gunsak Kota Belud Bhd yang mewakili 45 orang pemilik sawah di Kg Gontuong dan Kg Guong Rosok, Tempasuk di sini semalam, 7 Februari 2024.

Prof Dr Ariffin Willie Muhamad menandatangani bagi pihak Perkasa Megah manakala Kundian Durasim mewakili Koperasi, disaksikan pengurus usaha berkenaan, Rimin Maun, seorang bekas penolong pengarah Jabatan Pertanian Sabah.

Prof Dr Ariffin berkata sebagai permulaan, usahasama itu akan menambahmajukan sawah sedia ada serta membuka kawasan terbiar di Gontuong dan Guong yang sebelum ini memang diusahakan sebagai sawah padi.

"Jika usaha ini berjaya, pihak syarikat akan memperluas projek serupa bukan sahaja di Kota Belud tetapi di kawasan lain Sabah juga," katanya.#

Gambar-gambar pada majlis itu dan juga lawatan ke kilang padi di Kota Belud :


Daim kecam Anwar sedang peralat agensi kerajaan untuk dirinya

                         Tun Daim Zainuddin

*Kenyataan Media Tun Daim Zainuddin, 29 Januari 2024*


SAYA tidak akan berbicara mengenal tuduhan bermotifkan politik terhadap saya ini.

Saya tidak bersalah dan tidak sabar menunggu hari perbicaraan kelak.

Namun, saya ingin menyatakan sesuatu mengenai keadaan negara kita.

Seperti ramai yang lain yang mahukan sebuah Malaysia baharu, saya turut menyokong Pakatan Harapan dan Anwar Ibrahim pada 2018. Ketika itu, negara dihantui bayang-bayang skandal 1MDB.

Tetapi kini, kita dibayangi pula oleh sebuah pentadbiran yang menyalahguna kuasa, di samping janji-janji reformasi yang dimungkiri. Musang berbulu ayam bersorak reformasi tetapi melakukan
sebaliknya.

Demi mencapai jawatan Perdana Menteri, Anwar melantik seorang individu berdepan tuduhan rasuah sebagai Timbalan Perdana Menteri. Tidak lama kemudian, seperti silap mata, 47 pertuduhan rasuah timbalan perdana menteri itu digugurkan. Inikah Malaysia baharu yang dijanjikan?

Kejujuran, integriti dan tadbir urus baik semuanya ke laut. Institusi bebas seperti SPRM, Peguam Negara dan LHDN diperalatkan dengan mudah dalam mengejar musuh politik.

Inikah Malaysia baharu yang dijanjikan? Akta Hasutan, Akta Komunikasi dan Multimedia, Akta Perhimpunan Aman digunakan sewenang-wenangnya terhadap mereka yang lantang bersuara atau mengkritik kerajaan atau Anwar, malah menteri mengeluarkan ugutan menghantar kereta polis ke rumah mereka.

Inikah Malaysia baharu yang dijanjikan? Seharusnya Anwar mesti sedar yang semua ini ada tempiasnya.

Ketika sibuk melunaskan dendam yang lampau, ringgit terus merosot, ekonomi terbantut dan penderitaan rakyat biasa berterusan.

Inikah Malaysia baharu yang dijanjikan?

Dalam usia yang lanjut, di mana saya tidak lagi mempunyai kekuatan seperti dulu, keyakinan saya tetap tidak goyah.

Saya tidak peduli sangat nasib saya, biarlah Anwar melemparkan segala-galanya terhadap saya.

Tetapi saya khuatir nasib negara saya.

Jadi, saya menyeru anda melakukan apa yang terdaya dalam memelihara dan menyelamatkan negaraini.

Jangan takut bersuara terhadap Anwar dan rejimnya. Sesebuah kerajaan bertanggungjawab
kepada rakyatnya, bukan sebaliknya. Seperti kata pepatah, "Untuk memenangkan kejahatan, cukup sekadar orang baik tidak melakukan apa-apa," Rakyat layak mendapat yang dijanjikan.

Kepada sahabat lama saya, Anwar Ibrahim, ingatlah akan firman Allah swt dalam Surah al-Nur, bahawa mereka yang menyebarkan fitnah keji di kalangan orang-orang mukmin akan mendapat balasan pedih di dunia dan akhirat. Dan bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.

*Daim Zainuddin*
*29 Januari 2024*

PBK questions legality of appointment of Sarawak new Governor

                           Wan Junaidi in 2023


PRESS STATEMENT

28 January, 2024

Re: Is the appointment of Tun Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar's Appointment as 8th  Governor (TYT) constitutional?

 A question is now posed by many is that whether the appointment of Tun Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar as the 8th Governor to replace Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, constitutional? 

Another issue of much talk now is that did Tun Pehin Patinggi Taib Mahmud resigned or been removed as governor by the DYMM Agong? If he was removed, was the power to remove him by DYMM Agong been correctly exercised in accordance with the Sarawak Constitution?

The press mentioned that Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud resigned as governor ahead of the appointment of Tun Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar as the 8th Governor to replace him but, there seems no official announcement of this by the state and federal governments or by Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud himself. 

In the absence of any official announcement, it was not sure whether Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud did or not resigned as governor. The people of Sarawak are kept in the dark. They have a right to know.

If Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud had not resigned and Tun Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar had received the Letter of Appointment or Watiqah from DYMM Agong, then, a constitutional issue arises. That is, whether the appointment, in the absence of official resignation by Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud addressed to DYMM Agong, made the appointment of Tun Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar by DYMM Agong, constitutional?

Under Article 1 (2) Sarawak Constitution, the Governor is appointed by DYMM Agong for a period of four years and the Governor can choose to resign before his term is over by tendering a letter to DYMM Agong. Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud's term as governor shall only expire at the end of February, 2024.

Was Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud removed as governor by the DYMM Agong? Under Article 1(2) of the Sarawak Constitution, the removal of governor from office before his term expires could be made by DYMM Agong in pursuance of an address by the Dewan Undangan Negri supported by the votes of not less than two-thirds of the total number of the members thereof. Therefore, DYMM Agong could not simply remove Tun Patinggi Taib Mahmud as governor without first pursuant to a vote taken by members of the SARAWAK Legislature before DYMM Agong could remove him before the expiry of his term of office. It seems that DYMM Agong could not bypass the Sarawak Legislature to remove the Governor.
  
The process of appointment of the governor is mentioned in Article 1(1) of the Sarawak Constitution. Although DYMM Agong has the power to appoint but the appointment could only be done with the consultation with the Chief Minister (Premier). 

It is noted that the Sarawak Constitution does not provide for any room for the prime minister to know or to interfere in the selection and appointment of the governor.

While premier and cabinet ministers were dumb concerning the replacement of Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud as governor, the Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said that the appointment process was presented by the Sarawak Premier and the prime minister confirmed that he had submitted Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar's name to the Yang di-Pertuan Agong as the successor to incumbent governor Tun Abdul Taib Mahmud– see MalayMail January 22, 2024.

The issue now is that why and how the prime minister came to know about the change of governor and was there interference by the prime minister leading to the appointment of Tun Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar as governor? Was there, as required by Article 1(1) of the Sarawak Constitution, any communication about this matter between the premier and DYMM Agong over the appointment of Tun Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Hj Jafaar as governor?

Talks are around that Premier and prime minister took to themselves in deciding all things leading to the appointment of Tun Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar as 8th governor as the Sarawak Legislature had not debate on the matter. 

Law and procedures have to be followed and respected else, failure to do so can lead to a dangerous political game, given the fact that the Dayaks had been waiting to be appointed to this post even before Malaysia was formed. 

This is a potential "political time bomb" that can pile up unhappiness on the ground to spark unrests in Sarawak at any time. There are growing numbers of people who  simply are not happy now over this matter.


 
VOON LEE SHAN
President Parti Bumi Kenyalang

Why not a Dayak TYT for Sarawak?, top activist Peter John Jaban suggests


Here is a full
Press Statement by activist Peter John Jaban


Review political appointment of Sarawak Governor
23 January 2024

SAPA (Sarawak Association for People’s Aspirations) Publicity Chief Peter John Jaban is calling for a review in the context for appointing the Sarawak Governor after the chaos that has surrounded this round of nominations and the ongoing debate among citizens and netizens alike over the system in place.

Peter John said: “Sarawak, Penang, Melaka and Sabah are the only four states in Malaysia without a Sultan. We remain unrepresented in the Council of Rulers. Of these four, only Sarawak and Sabah were constituent partners of the Malaysia Agreement 1963. Already, we begin to see various issues emerge. The Yang di-Pertuan Agong does not appoint the Sultans of other states. These take their position according to the history and context of each individual state. Sarawak, as a signatory to the founding document of the nation, should have no less control over its Governor. In fact, it should have more.”

“The appointment of Taib Mahmud in the last cycle caused widespread consternation as he transitioned directly from the Chief Minister’s position, currently in control of the nomination process, into the Governor’s post. In this round, we see another political figure taken directly from a position in the house into this vital balancing role. Not only does this now precipitate a search for his replacement, removing a Sarawakian from his position as Dewan Negara President, but also it risks entrenching a dangerous precedent for who should be under consideration.”

“Furthermore, in this round, we have witnessed the leaking of private correspondence to the press exposing the name of the nominee in question before an official announcement can be made. Then, after the Premier of Sarawak, the Deputy Premier and the Minister of Tourism, Creative Industry and Performing Arts all declined to comment on the appointment, the Prime Minister decides to confirm the nominee in the same breath as he asks us to expect an official announcement.” 

“Either the Yang di-Pertuan Agong decides this or the Premier of Sarawak. One thing is certain, the Prime Minister does not have a constitutional role in this process. At best, he is an intermediary between our Premier and the Agong. He certainly should not be releasing information that the Premier has seen fit to withhold.”

“Finally, we come to the context of the decision in question. Now we see the current appointment blatantly ignoring the convention that dates back to the formation of Malaysia in which the Governor is chosen from among illustrious Dayak candidates when the sitting Premier is a Malay and vice versa.” 

“Citizens of Sarawak are now hotly debating the missed opportunity to show a different attitude to representation in Malaysia after a year which has seen Lim Kit Siang hauled up by police to answer his all-too-correct description of the current constitution and calls for a ‘Malay-only PM’ as a result, threatening to disenfranchise all the other Bumiputera communities in Malaysia.”

Malaysia should be upholding its principles of Malaysia Madani under its unity government. Sarawak should be leading the way in its race relations. This is one of the bases for its continuing calls for greater autonomy. This is why we need to set a better example in transparency and in our representative processes. This was the context for the Malaysia Agreement and should be the context for the future of Sarawak.

Peter John Jaban
016 860 5272

Bukan duit atok kamu.. Wang rakyat milik rakyat, jangan paksa ikut parti kamu baru bantu.. ulas dua aktivis ada YB bantu ahli partinya saja





            Aktivis Kanul Gindol dari Kota Belud


Berikut Kenyataan penuh dua aktivis berkenaan..
22 Januari 2024


Kanul Gindol
Pengerusi
Inisiatif Gindol untuk Masyarakat Madani Borneo 
&
Daniel John Jambun
Presiden
Yayasan Penderitaan Borneo di Malaysia (BoPiMaFo)

         Aktivis Daniel John Jambun dari Inanam

*PERLAKUKAN SEMUA SAMA APABILA BERURUSAN DENGAN DANA AWAM, INI BUKAN DUIT DATUK ATAU NENEK ANDA, AKTIVIS BERITAHU YBS SABAH YANG INSIST MENGGANTI ALLEGIANS SEBAGAI SYARAT BANTUAN*


1. Kami telah menerima laporan lisan dan juga melihat pelbagai aduan di media sosial bahawa beberapa pemimpin Sabah masih mengamalkan taktik victimisasi lama yang sudah ketinggalan zaman di mana hanya mereka dari parti politiknya akan mendapat bantuan tertentu daripadanya.

2. Mereka memaksa orang untuk menyertai parti mereka terlebih dahulu agar lebih mudah mendapatkan bantuan atau dana dari pejabat mereka sebagai wakil rakyat terpilih atau tokoh penting dengan peranan dalam kerajaan semasa.

3. Lelaki dan wanita mereka bergerak "memberi nasihat" kepada rakyat jika mereka ingin mendapatkan bantuan dari YBs, mereka harus menukar kesetiaan kepada parti politik semasa YBs tersebut.

4. Ini sepatutnya tidak berlaku. Pertama, YBs atau menteri ini ada di sana untuk membantu setiap rakyat tanpa mengira perbezaan politik, bangsa atau agama. Kedua, dana awam yang didistribusikan oleh menteri atau YBs ini milik rakyat pada umumnya, bukan duit datuk atau nenek YBs.

5. Taktik-taktik tidak etika ini adalah penyalahgunaan kuasa, bersifat diktatorial, kurang pengetahuan dan hormat terhadap sistem demokrasi, mentaliti feudal, dan meletakkan rakyat dalam risiko.

6. Kami ingin tahu pendirian kerajaan negeri semasa terhadap tren ini, yang dilaporkan kuat di bahagian utara Sabah, tetapi kami percaya berdasarkan laporan, ia juga meluas di tempat-tempat lain di Sabah.

7. Ini juga merupakan bentuk rasuah, dan oleh itu, SPRM/MACC boleh dan sepatutnya menyiasat di mana-mana laporan sedemikian ditekankan.

8. Kami tahu bahawa kerajaan boleh melakukan apa sahaja yang diinginkan, walaupun di atas kertas, kecuali dibatasi oleh mahkamah. Mantera Sabah Sarawak, "Siapa Menang, Kami Sokong" (Siapa pun menang di Putrajaya, kami sokong) adalah berkaitan.


Terima kasih.



Ditandatangani
KANUL GINDOL
012 885 6465

DANIEL JOHN JAMBUN
010 878 6934

Search This Blog