KOTA KINABALU: Presiden Parti Kerjasama Anak Negeri (ANAK NEGERI), Datuk Henrynus Amin, menyifatkan saman undang-undang Persatuan Undang-undang Sabah (SLS) terhadap Kerajaan Negeri dan Persekutuan berhubung kegagalan membayar 40% hak hasil Negeri sebagai ibu kepada semua saman undang-undang dan berikrar untuk membantu SLS memperjuangkan kes tersebut dengan meningkatkan kesedaran awam dan menggerakkan sokongan orang ramai untuk tujuan murni.
Henrynus berkata, ANAK NEGERI, sebuah parti politik tempatan, telah bercadang untuk memfailkan kes mahkamah mengenai tuntutan 40% Negeri berikutan penarikan balik kes itu baru-baru ini oleh 12 pemimpin PH Sabah.
Bagaimanapun, selepas berunding dengan Pengerusi SLS Datuk Roger Chin dan dua peguam kanan SLS yang lain mengenai perkara itu hari ini, Henrynus bersetuju untuk tidak meneruskan tindakan undang-undang selepas mendapat taklimat dan jaminan tegas bahawa saman SLS adalah kukuh, merangkumi kebanyakan isu mengenai tuntutan 40% dan akan diteruskan seperti yang dijadualkan.
"ANAK NEGERI sebaliknya akan membantu SLS untuk meningkatkan kesedaran orang ramai dan menggerakkan sokongan orang ramai terhadap kes itu di semua 22 daerah di Sabah demi kepentingan awam."
Henrynus berkata bahawa berikutan penarikan balik saman undang-undang oleh 12 pemimpin PH Sabah, rakyat Sabah kini hanya boleh bergantung kepada saman undang-undang SLS untuk memperjuangkan tuntutan hak pendapatan 40% negeri di mahkamah.
Turut hadir semasa pertemuan dengan SLS ialah Daniel John Jambun, seorang aktivis terkenal Borneo yang juga Presiden Borneo's Plight in Malaysia Foundation, NGO yang berdedikasi memperjuangkan hak Orang Asal Sabah.
Henrynus dan Daniel telah bersetuju untuk bekerjasama dengan parti2 politik dan NGO lain yang berfikiran sama dalam menyokong SLS dengan menjalankan kempen kesedaran awam mengenai isu kelayakan hasil negeri 40%.
Henrynus bersetuju dengan Dr David Fung, salah seorang peguam SLS yang mengendalikan kes kelayakan hasil Negeri 40%, bahawa memenuhi tuntutan kelayakan 40% tersebut adalah komponen yang sangat penting dalam Perjanjian Malaysia yang merupakan hak perlembagaan Negeri.
"Kita tidak boleh kehilangan 40% kelayakan hasil negeri kita," kata Henrynus dalam mengulangi ucapan Dr David Fung yang amat berpegang teguh pada hak perlembagaan Negeri mengenai kewangan.
Oleh itu, Henrynus menggesa semua rakyat Sabah supaya tidak terlepas pandang tentang kepentingan 40% hak hasil negeri, dan tidak mengambil mudah, kerana undang-undang yang berkaitan mengenai 40% hak kewangan Sabah telah ditulis dalam Perlembagaan Persekutuan kerana kebijaksanaan dan pandangan jauh nenek moyang kemerdekaan Sabah.
"Kami berterima kasih kepada SLS kerana mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Negeri dan Persekutuan kerana tidak mematuhi dan tidak membayar wang yang terhutang kepada Sabah berdasarkan formula 40%.
Henrynus berkata saman undang-undang SLS adalah menuntut semakan kehakiman terhadap 40% kelayakan Negeri Sabah dan menyeru agar Kerajaan Persekutuan mematuhi undang-undang berkaitan di bawah Perkara 112C dan Bahagian IV, Seksyen 1(2) Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan.
Walaupun ANAK NEGERI mengalu-alukan jaminan berulang kali oleh pemimpin2 Negeri Sabah bahawa mereka masih komited dalam mengejar 40% hak hasil Negeri, Henrynus berkata parti beliau menuntut dan mengharapkan tindakan nyata oleh kerajaan negeri Sabah, bukan hanya jaminan lisan atau kenyataan dalam akhbar.
"Rakyat Sabah tidak lagi menerima janji lisan semata-mata oleh pemimpin Negeri atau Persekutuan yang disifatkan Henrynus sebagai guruh di langit tetapi selama 60 tahun masih tiada hujan."#
The full text in English 👇
PARTI KERJASAMA ANAK NEGERI (ANAK NEGERI)
PRESS STATEMENT
9 October 2023
KOTA KINABALU - President of Parti Kerjasama Anak Negeri (ANAK NEGERI), Datuk Henrynus Amin, has described the Sabah Law Society (SLS) legal suit against the State and Federal Governments on the non payment of the 40% state revenue entitlement as the mother of all legal battles and vowed to help SLS fight for the case by raising public awareness and mobilizing public support for the noble cause.
Henrynus said, ANAK NEGERI, a local political party, has intended to file a court case on the state's 40% revenue entitlement following the recent withdrawal of the case by 12 Sabah PH leaders.
However, after consulting the SLS Chairman Datuk Roger Chin and two other SLS senior lawyers on the matter today, Henrynus agreed not to pursue the legal option after getting the briefing and firm assurances that the SLS suit is solid, covers most of the issues on the 40% claims and will proceed as scheduled.
ANAK NEGERI, he said, will instead help SLS to raise public awareness and mobilize public support for the case in all the 22 districts in Sabah.
Henrynus noted that following the withdrawal of the legal suit by 12 Sabah PH leaders, Sabahans now can only rely on the SLS legal suit to fight for the state's 40% revenue entitlement in court.
Also present during the meeting with SLS was Daniel John Jambun, a top activist who heads Borneo's Plight in Malaysia Foundation, an NGO dedicated to fight for indigenous rights.
Henrynus and Daniel have agreed to work together with other like minded political parties and NGOs in support of SLS by conducting a public awareness campaign on the 40% state revenue entitlement issue.
Henrynus agreed with Dr David Fung, one of the SLS lawyers who undertook the 40% state revenue entitlement case, that the fulfillment of the 40% state revenue entitlement is a very crucial component of the Malaysia Agreement which is a state constitutional right.
"We must not lose our 40% state revenue entitlement," said Henrynus in echoing remarks by Dr David Fung who felt very strongly about the state constitutional rights on finance.
Henrynus therefore urged all Sabahans not to lose sight of the significance of the 40% state revenue entitlement, and not to take matter lightly, as the relevant laws on Sabah's 40% financial entitlement were written into the Federal Constitution due to the wisdom and far sightedness of Sabah's independence forefathers.
"We are thankful to SLS for taking legal action against the State and Federal government for non compliance and non payment of the money due to Sabah based on the 40% formula."
Henrynus said the SLS legal suit seeks a judicial review of the 40% entitlement and calls for Federal compliance of the relevant laws under Article 112C and Part IV, Section 1(2) of the Tenth Sechedule of the FC.
While ANAK NEGERI welcomes repeated assurances by the Sabah state leaders that they are still committed in pursuing the 40% state revenue entitlement, Henrynus said the Party demands and expects tangible actions by the Sabah state government, not just verbal assurances or statements in the press.
Sabahans no longer accept mere verbal promises by the State or Federal leaders which Henrynus described as mere thunder in the sky but no rain for the last 60 years.
DATUK HENRYNUS AMIN
President
Parti Kerjasama Anak Negeri (ANAK NEGERI)