Top posts

Featured Posts

USLA hulur tangan kerjasama dengan NGO Lotud lain, kata Raymond


TUARAN: The United Sabah Lotud Association (USLA) is open to working with other Lotud associations for the sake of Lotud progress.

In his speech at USA’S first annual general meeting n Saturday, its founding president, Raymond Tombung, said that the association strongly objects to the accusations by some quarters here that USLA was formed to break up Lotud unity. 

“USLA was formed and registered in 1988, that was 35 years ago, long before other Lotud bodies were created,” he said. “Unfortunately, it was deregistered for some reasons. Now that we have revived USLA we are set to launch activities to help unte and develop the Lotuds in whatever ways we can afford.”

He said that USLA should be seen as an alternative channel for Lotuds to serve their community. “There is no intention to compete with other Lotud associations,” he assured. “In fact we have already started co-operating with other Lotud bodies, including the Sabah Suang Lotud Association (PSLS) and with the Unted Sabah Dusun Association (USDA), in the efforts to repair and maintain the Lotud’s Adat Centre Adat in Kg. Selupoh, Tuaran.” The Adat Centre was built with allocation by the state government during the PBS rule.

In the first AGM on Saturday the members decided not to hold any contest for posts until the Registrar of Societies approves the proposed constitutional amendments that were passed in the AGM. The amendments will allow for USLA’s present committee membership to increase from the present 9 to seventeen. 
“I am thankful that the reception to USLA has been very encouraging with new membership applications still coming in after our registration less than two months ago,” Raymond said. “We look forward to being active with sufficient funding and increasing our membership within the next few months .”#
………………………………………………………………
*USLA bersikap terbuka untuk bekerjasama dengan pertubuhan Lotud yang lain: Raymond*


TUARAN: Persatuan Lotud Bersatu Sabah (USLA) terbuka untuk bekerjasama dengan pertubuhan Lotud lain demi kemajuan komuniti Lotud. 

Dalam ucapan beliau semasa mesyuarat agung pertama USLA pada hari Sabtu di sini, Presiden pengasasnya, Raymond Tombung, menyatakan bahawa persatuan tersebut sangat menolak dakwaan beberapa pihak di sini bahawa USLA ditubuhkan untuk memecahkan perpaduan Lotud.

"USLA ditubuhkan dan didaftarkan pada tahun 1988, iaitu 35 tahun yang lalu, lama sebelum badan-badan Lotud lain ditubuhkan," katanya. "Malangnya, ia telah dibatalkan pendaftarannya atas beberapa sebab. Sekarang setelah kami berjaya menghidupkan semula USLA, kami bersedia untuk melancarkan aktiviti-aktiviti untuk membantu dan membangunkan komuniti Lotud setakat yang kami mampu." 

Beliau berkata USLA sepatutnya dilihat sebagai saluran alternatif bagi Lotud untuk berkhidmat kepada komuniti mereka. "Kami tiada niat untuk bersaing dengan pertubuhan Lotud lain," katanya memberi jaminan. "Sebenarnya, kami telah memulakan kerjasama dengan badan-badan Lotud lain, termasuk dengan Persatuan Suang Lotud Sabah (PSLS) dan dengan Persatuan Dusun Sabah Bersatu (USDA), dalam usaha membaiki dan menyelenggara Balai Adat Lotud di Kg. Selupoh, Tuaran." Pusat Adat tersebut dibina dengan peruntukan oleh kerajaan negeri semasa pemerintahan PBS. 

Dalam mesyuarat agung pertama pada hari Sabtu, ahli-ahli memutuskan untuk tidak mengadakan pertandingan untuk jawatan-jawatan sehingga Pendaftar Pertubuhan meluluskan pindaan perlembagaan yang telah dicadang dan diluluskan dalam mesyuarat agung tersebut. Pindaan-pindaan tersebut akan membolehkan keahlian jawatankuasa USLA ditingkatkan dari sembilan sekarang kepada tujuh belas orang. 

"Saya bersyukur kerana sambutan terhadap USLA sangat memberangsangkan dengan permohonan keahlian baru masih terus masuk selepas pendaftaran kami kurang dari dua bulan yang lalu," kata Raymond. "Kami berharap untuk aktif dengan dana yang mencukupi dan meningkatkan keahlian kami dalam beberapa bulan yang akan datang."#

Inquiry on "Sabahan" Peer Mohamad hit a snag


By Jayden Lisando, 27-9-2023
Kota Kinabalu : The inquiry on Indian-born Sabah MIC Chief Peer Mohamad Kadir — 600323-12-xxxx — on his "dubious" citizenship has hit a snag, at least for now.

The police has refused to release its investigation paper on the case which has been classified as Sulit (confidential), according to Sabah human rights advocate Daniel John Jambun who lodged a police report on Peer in August last year.

Jambun lodged the report to facilitate for an inquiry by a magistrate court here on how Peer, an Indian citizen, got his Malaysian documents including his Sabah IC which indicated he was born in Sabah when other documents show he was born outside of the state.

Peer is said to have entered Sabah in 1984 and obtained his Malaysia's document six years later in 1990.

Being the state MIC head, he now sits on the Board of Sawit Kinabalu, a state-government-owned GLC (government-linked corporation).

Asked what his next course of action, Jambun said he is consulting his advisors and may file for a judicial review.

"I will have to write to the police again, then from there file a judicial review within three months," Jambun told Borneo Herald today.

The human rights advocate was following up on a statement by a Deputy Home Minister Jonathan Yassin in Parliament in Aug 2022. Jonathan was then replying to Kota Kinabalu MP Chan Foong Hin on the authenticity of the Malaysian citizenship held by Peer.

Yassin said that his Ministry had so far not received any complaint on the matter.

The human rights advocate believes, based on reliable sources, that the Sabah MIC Chief may have registered and obtained a late registration birth certificate in Sabah without the sanction of the court

Daniel has doubted that the late registration birth certificate was issued after verification by the Mobile Court System in Sabah.

According to details in the police report, Peer was a Witness at the 2012 Royal Commission of Inquiry (RCI) headed by Judge Steve Shim Lip Khiong. Peer, who testified on 12 Aug 2012, admitted that he came to Malaysia in the 1980s, and later gotten his Malaysian citizenship.

Citizenship in Malaysia, under the operation of law, isn’t by _jus soli_ (place of birth) but _jus sanguinis_ (descent from a citizen).

The National Registration Act 1959/1963 states that the onus is on a holder to prove that he or she was eligible to Apply for and entitled to hold a Malaysian personal document.#

Kenyataan Penuh Pendirian Warisan Ranau terhadap isu cari gali emas di kawasan Kg Bongkud, Ranau

           

             Markos Situn, Ketua Warisan Ranau

RAMAI orang tertanya tanya apakah pendirian Warisan Ranau terhadap isu lesen yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk mencari gali emas di Bukit Tompong, Kg Bongkud, Ranau, yang telah mengundang pelbagai reaksi baik daripada pihak individu, NGOs mahupun pihak yang mewakili parti parti politik. 

Sebagai seorang yang berasal dari Kg. Bongkud, saya terpanggil untuk membuat kenyataan ini bukanlah atas kepentingan politik tetapi atas keperihatinan terhadap kesan buruk yang bakal dihadapi oleh rakyat setempat akibat daripada aktiviti carigali yang bakal dilaksanakan. Kelambatan kenyataan ini adalah disebabkan bahawa Warisan amat berhati hati dalam apa jua yang diperkatakan demi mengelakkan daripada prasangka buruk serta diputar belitkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Warisan bukan seperti parti parti lain yang sanggup melakukan apa saja termasuk berbohong serta membuat fitnah dengan tujuan menjatuhkan pihak lawan demi agenda politik kotor mereka. Warisan berpegang teguh kepada prinsip kebenaran. Pendirian Warisan adalah jelas, kita sokong apa yang baik untuk rakyat. Di sebalik itu, kita akan bantah dan bangkang apa yang memudaratkan kesejejahteraan rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan.

Sebagai sebuah negeri yang sedang membangun, Kerajaan Negeri Sabah tidak kira siapa penerajunya mestilah berhak mencari jalan meningkatkan hasil pendapatan bukan hanya melalui pertanian, perdagangan, perindustrian dan pelancongan tetapi juga menerokai sumber sumber alam semulajadi seperti hasil perhutanan, minyak dan galian demi menampung serta membiayai kemajuan dan pembangunan fisikal yang diperlukan oleh rakyat Sabah yang semakin meningkat. Kita tidak pertikaikan usaha itu. Kita kena akur kerana itu adalah hakikat dan realitinya. Kita bersyukur kepada Tuhan kerana kita dianugerahkan kekayaan semulajadi yang tidak wujud di negeri negeri lain di Malaysia. Sayang sekali sekiranya kerajaan gagal untuk mengurus sumber tersebut untuk kepentingan rakyat.

Walaupun semua kegiatan ekonomi termasuk perlombongan itu perlu, tidak kira di manapun, namun ianya harus dilaksanakan secara berhati hati. Selain daripada mengkaji kesan dari segi baik buruknya, saya berpendapat bahawa kerajaan juga harus melibatkan rakyat terlebih dahulu melalui perbincangan demi mendapatkan persetujuan terutama di kawasan yang mempunyai densiti penduduk yang amat padat. Kekecohan yang berlaku sudah tentu tidak akan timbul sekiranya dalam apa juga perancangan kerajaan, sentiment rakyat harus diambil kira terlebih dahulu.

Lombong Tembaga Mamut sudah cukup untuk memberi kesedaran serta pengajaran kepada kita. Kesangsaraan yang dialami oleh rakyat akibat Lombong Tembaga Mamut adalah jauh lebuh buruk jika dibandingkan dengan menafaat yang dinikmati oleh rakyat Ranau. Masalah bekalan air, pencemaran alam sekitar, jangkitan pelbagai jenis penyakit kronik, kehilangan tanah, hakisan, bencana alam banjir, tanah runtuh dan ketidaktentuan iklim adalah antara gejala gejaja yang timbul akibat daripada lombong tersebut. Penderitaan itu akan kita rasai sehingga ke generasi generasi akan datang. Kita tidak mau kesangsaraan tersebut diburukkan lagi dengan kewujudan satu lagi aktiviti perlombongan, apa tah lagi ianya dijalankan ditengah tengah perkampungan.

Penerangan yang diberikan oleh Yang Berhormat ADUN N38 Paginatan baru baru ini amat dialu alukan. Walau bagaimanapun kenyataannya bahawa lesen yang dikeluarkan oleh kerajaan itu hanyalah untuk mencarigali emas sahaja (prospecting for gold only) dan bukan melombong (not mining) adalah bagi saya tidaklah begitu meyakinkan. Harus diingat bahawa setiap kelulusan mencarigali itu sekiranya pencarian berhasil mesti diikuti dengan aktiviti melombong. Apa gunanya berbelanja besar untuk mencari emas sekiranya tidak bertujuan untuk melombong, tambahan pula sudah diketahui umum bahawa ada ura ura terdapatnya deposit emas di kawasan tersebut. Tidak wujud perbezaannya, sama ada lessen tersebut masih di peringkat prospecting atau melombong kerana kedua duanya tidak mendatangkan kebaikan. Bagi saya, lebih baik buat bantahan diperingkat awal daripada berbuat demikian apabila sudah terlambat.

Berdasarkan kepada faktor faktor yang disebutkan maka saya berpendapat bahawa bantahan keras terhadap pelaksanaan aktiviti carigali tersebut mempunyai justfikasi serta merit yang kukuh. Oleh yang demikian, ingin ditegaskan di sini bahawa Warisan Ranau akan sentiasa menyokong serta berdiri teguh di belakang rakyat terutama masyarakat Kg. Bongkud dan di sekitarnya untuk mendesak kerajaan supaya tidak meneruskan aktiviti cari gali itu demi kepentingan rakyat. Mengikut maklumat terbaru yang saya terima, kerajaan telah membuat keputusan untuk membatalkan lesen mencarigali tersebut. Sekiranya ini benar, maka saya menyeru masyarakat setempat tidak perlu lagi mengungkit isu tersebut demi keharmonian semua pihak. Saya berharap pengumuman tentang pembatalan lesen itu dapat dikeluarkan dalam masa yang terdekat demi meredakan keadaan.

Negeri Sabah sebenarnya mempunyai sumber kekayaan yang tiada tolok bandingnya dari segi nilai malahan lebih tinggi nilainya dari apa juga jenis sumber alam sama ada minyak, emas, berlian atau permata. Sekiranya kita perolehi sumber itu maka saya percaya dan yakin bahawa segala masalah rakyat Sabah, baik dari segi politik, ekonomi dan social akan dapat diselesaikan. Sumber kekayaan yang saya maksudkan adalah Perjanjian Malaysia 63 (MA63) asas pembentukan Malaysia. Tiada MA63 maka tiadalah Malaysia. Pendek kata, apa yang perlu adalah pelaksanaan MA63 secara keseluruhan demi melenyapkan suara suara sumbang yang menuntut bahawa negara Malaysia adalah milik satu satu bangsa sahaja.

Jika MA63 terlaksana kandungan pelbagai jenis galian seperti emas, tembaga, besi dan sebagainya tidak perlu digali. Kesemua itu boleh kita simpan dahulu untuk generasi akan datang. Pendapatan hasil daripada pelaksanaan syarat syarat dalam MA63 sudah memadai untuk menampung kesejahteraan hidup kita keakhir hayat. Kita sudah ada 20 peratus pendapatan minyak setiap tahun tidak termasuk tututan lebih satu trilion tunggakan semenjak 1976 dan hasil 40 peratus daripada kutipan cukai, hasil pertanian serta perladangan, pelancongan dan perikanan. Bayangkan menafaat yang dinikmati oleh rakyat jika perlaksaaan MA63 tercapai. Malahan rupa dan bentuk muka bumi Sabah pun akan berubah disebabkan oleh kemajuan dan pembangunan yang pesat.






Pencapaian perjuangan menuntut hak Sabah melalui pelaksanaan MA63 boleh dicapai sekiranya rakyat Sabah berbilang kaum bersatupadu dalam satu wadah perjuangan yang jitu.
Warisan adalah satu satunya parti tempatan tulin yang berpendirian tegas, ikhlas, dan konsisten memperjuangkan hak hak Sabah melalui pelaksanaan MA63. 

“WE ARE HERE TO BUILD A NATION, NOT A PARTICULAR RACE OR RELIGION”
“IN GOD WE TRUST, UNITE WE MUST”

MARKOS SITON
Ketua Bahagian 
Parti Warisan P. 179 Ranau

Kalau Singapura boleh, kenapa Sabah tidak boleh, kata aktivis-aktivis Sabah

KENYATAAN AKHBAR
25hb September 2023


*Kemerdekaan akan mengakhiri peranan Putrajaya sebagai ah long besar di bekas wilayah British Borneo*.

Sabah dan Sarawak, selepas kehilangan pendapatan dan sumber kepada Malaysia, terpaksa menanggung hutang Persekutuan!

Sabah dan Sarawak sepatutnya menuntut kemerdekaan melalui Parlimen Malaysia... dan tidak perlulah melalui Referendum.

Kemerdekaan perlu selepas Malaysia tidak mematuhi MA63 selama 60 tahun... dan tidak akan mematuhi walaupun selepas 60 tahun lagi.

Parlimen Malaysia sebenarnya boleh memberikan kemerdekaan kepada Wilayah Borneo.

Singapura diberikan kemerdekaan pada tahun 1965 oleh Parlimen Malaysia.

Kalau Singapura boleh, kenapa pula Sabah tidak boleh? Sabah dan Singapura adalah setara sebagai pengasas bersama Persekutuan Malaysia pada 1963.

Rancangan Malaysia Ke-12 juga adalah tentang memberi pinjaman wang kepada negeri-negeri. Kemerdekaan akan mengakhiri peranan Putrajaya sebagai ah long besar di bekas wilayah British Borneo.


Daniel John Jambun
Presiden Yayasan Borneo's Plight is Malaysia (BoPiMaFo)

Disokong Oleh :

1. Kanul Gindol Pengerusi Inisiatif Gindol untuk Masyarakat Madani Borneo

2. Jose Telado
Aktivis Hak Asasi Manusia Penampang

3. Wainin Setimin Presiden Pertubuhan Prihatin Mualaf Sabah 

4. Jovilis Majami Presiden Persatuan Pembangunan Sosial Komuniti Sabah 

5. Cleftus Stephen Mojingol Presiden Pertubuhan Kebajikan Rumpun Dayak Sabah (PKRDS)

6. Ricky Ganang Penasihat Persatuan Kebudayaan Orang Darat Sabah

7. Amru Kadir 
Aktivis Hak Asasi Manusia, Ranau

8. Zamal Intim
Aktivis Hak Asasi Manusia, Kota Belud

9. Jasmin Dulin
Aktivis Hak Asasi Manusia, Tuaran




English version Full text :

Press statement 
September 24th, 2023


Independence will end Putrajaya's role as great Ah Long in former British Borneo


Sabah and Sarawak, having lost revenue and resources to Malaysia, are saddled with Federal debts!

Sabah, Sarawak should form strong pressure lobby for independence through Malaysia Parliament .....no need Referendum.

Independence because Malaysia didn't comply with MA'63 even after 60 years ... and will never comply even for another 60 years  

Malaysia Parliament can grant
independence to the   Borneo territories. 

Singapore was granted independence in 1965 by Malaysia Parliament.

If Singapore can be granted independence by Malaysia Parliament, so can Sabah and be too as they stood equal in the federation unlike other states within Malaya. 

The 12th Malaysia Plan is about lending money to the states. Independence will end Putrajaya's role as great Ah Long in former British Borneo. 


Endorsed by;

1. Kanul Gindol Chairman Gindol Initiative for Civil Society Borneo 

2. Jose Telado
Human Rights Activist, Penampang

3. Wainin Setimin President Pertubuhan Prihatin Mualaf Sabah 

4. Jovilis Majami President Persatuan pembangunan sosial komunity Sabah 

5. Cleftus Stephen Mojingol President Pertubuhan kebajikan Rumpun Dayak Sabah 

6. Ricky Ganang Penasihat Persatuan Kebudayaan orang darat Sabah

7. Amru Kadir 
Human Rights Activist, Ranau

8. Zamal Intim
Human Rights Activist, Kota Belud

9. Jasmin Dulin
Human Rights Activist, Tuaran

Raymond Tombung berjaya hidupkan semula pertubuhan Lotud USLA

Once deregistered Lotud body, USLA, revived

TUARAN: A Lotud NGO, the United Sabah Lotud Association (USLA) which was once registered and deregistered in 1988 has now been brought back to life, thanks to the effort of an enterprising group of LotudS here.

The President of the revived body, Raymond Tombung, announced that the representative of the protem committee had already received USLA’s registration certificate from the office of the Registrar of Societies in Menara MAA, Kota Kinabalu, on August 8.
“Last month we realised that the strong name of USLA should be an effective platform for Lotud people to cooperate for community development,” Raymond said. “We thought we should take the opportunity for the Registrar’s permission to revive old deregistered organisations with certain conditions, so we submitted our application.”

Having received the registration certificate, he said that USLA is looking forward to be aggressive in launching its missions to achieve its stated objectives and visions.

He calls on all Lotuds above the age of 18 fill up the USLA’s membership application form because “With a sizable membership we can voice our desires in one united voice,” he said. “United, we surely can achieve something positive and overcome whatever shortcomings we been having as a community.”

USLA’s Officer Bearers are: Raymond Tombung (Presiden), Richard Libun Adou (Deputy President), Bamuel Stephen Bioh (Vice President), Ewon Raman Nasip (Secretary), Ompipil Asal (Treasurer), and Committee Members are Bibiana Uril Orow, Helena Baneh Johari, Ansayoh P. Ogos, and Margaret Runtih Banawa. 

.........................................................

USLA yang pernah dibatal pendaftaran dihidup semula 

TUARAN: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Lotud, Persatuan Lotud Bersatu Sabah (USLA) yang pernah didaftar dan kemudian dibatal pendaftarannya pada tahun 1988 kini telah dihidupkan semula, berkat usaha kumpulan satu kumpulan pemimpin Lotud di sini.

Presiden badan yang dihidupkan semula, Raymond Tombung, mengumumkan yang wakil-wakil jawatankuasa protem telah menerima sijil pendaftaran USLA daripada Pejabat Pendaftar Pertubuhan di Menara MAA, Kota Kinabalu, pada 8 Ogos.

"Sebulan lalu, kami sedar bahawa nama  USLA yng berwibawa itu sepatutnya menjadi platform yang berkesan bagi orang Lotud untuk bekerjasama dalam pembangunan komuniti," kata Raymond. "Kami berpikir bahawa kami sepatutnya mengambil peluang ini untuk memanfaatkan kebenaran Pendaftar untuk menghidupkan semula pertubuhan lama yang dibatal pendaftaran dengan syarat-syarat tertentu, maja kami kemukakan permohonan kami."

Setelah kini menerima sijil pendaftaran, Raymond berkata USLA berhasrat untuk menjadi agresif dalam melancarkan misi-misinya untuk mencapai objektif dan visinya yang disuratkan.

Beliau mengajak semua orang Lotud yang berusia 18 tahun ke atas untuk mengisi borang permohonan keahlian USLA kerana "Dengan keahlian yang besar, kita dapat menyuarakan kehendak kita dengan suara bersatu yang berkesan," katanya. "Dengan bersatu-padu, pasti kita boleh mencapai sesuatu yang positif dan mengatasi kelemahan-kelemahan yang kita sudah lama hadapi sebagai sebuah komuniti."

Para Pemegang Jawatan USLA adalah: Raymond Tombung (Presiden), Richard Libun Adou (Timbalan Presiden), Bamuel Stephen Bioh (Naib Presiden), Ewon Raman Nasip (Setiausaha), Ompipil Asal (Bendahari), dan Ahli-ahli Jawatankuasa ialah Bibiana Uril Orow, Helena Baneh Johari, Ansayoh P. Ogos, dan Margaret Runtih Banawa.

Anwar memperlahan dana pembangunan Sabah ?



 Daniel John Jambun, 31-8-2023

 

 ANWAR Ibrahim telah memperlahankan dana untuk Sabah; khuathir dana akan dicuri seperti yang berlaku dalam skandal Jabatan Air Sabah.

 Pemimpin Sabah harus memulangkan dana yang dicuri, dan berjanji akan menggunakan dana Persekutuan dengan betul.

 Adalah jelas, berdasarkan kenyataan Ketua Menteri, bahawa kerajaan Persekutuan tidak mengeluarkan dana tepat pada masanya untuk projek pembangunan atau tidak mengeluarkan dana langsung.

 Pada akhir tahun ini, kerajaan Persekutuan akan mengatakan bahawa "dana yang tidak digunakan" mesti dikembalikan kepada Kementerian Kewangan Persekutuan.

 Ini adalah percanggahan dari segi istilah.

 "Penemuan yang tidak digunakan" hanya boleh dikembalikan jika diterima.  Anda tidak boleh memulangkan "dana yang tidak digunakan" jika tidak diterima.

 Kerajaan Sabah baru-baru ini berkata bahawa Tabung Amanah akan ditubuhkan dengan "dana yang tidak digunakan".  Sekali lagi, ini tetap bercanggah dari segi istilah.  Tabung Amanah tidak boleh ditubuhkan dengan "dana yang tidak digunakan" jika tidak diterima.

 Kerajaan Sabah harus memberitahu Anwar Ibrahim bahawa Tabung Amanah akan ditubuhkan dengan "dana yang tidak diterima".

 Amat meragukan bahawa Anwar akan menyerahkan "dana yang tidak diterima" untuk Tabung Amanah.  Dia mungkin tidak mempunyai wang.  Jika dia ada, ia adalah kes tidak mahu memenuhi komitmen kewangan kepada Sabah.

 Kerajaan Sabah sepatutnya memberitahu rakyat cerita sebenar mengenai dana pembangunan daripada kerajaan Persekutuan.

 Begitu juga, IDS melakukan banyak kajian projek.

 Kajian-kajian ini mengumpulkan habuk di suatu tempat di rak kerajaan.

 Walaupun diluluskan, tiada dana dikeluarkan daripada kerajaan Sabah dan Persekutuan.  Kerajaan Sabah tidak mempunyai wang untuk projek IDS.  Kerajaan Persekutuan mungkin tidak mahu membiayai projek yang dikenal pasti oleh kajian IDS.

 Peringatan lembut untuk kerajaan GRS supaya bersungguh-sungguh meneruskan pembatalan perintah yang dikeluarkan oleh Yang di Pertuan Agong berhubung dengan PU(A)119/2022 bagi membolehkan kerajaan Sabah menuntut haknya seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 112C;  hak asasi Sabah yang perlu dibayar sejak 1974.

 Kerajaan Persekutuan sepatutnya menjalankan Kajian Kedua di bawah Perkara 112(D) pada tahun 1974 tetapi diabaikan atas sebab yang paling mereka ketahui dan menyebabkan Sabah kerugian besar dan kehilangan peluang dari 1974 hingga 2022.

 Bagi 40%, tiada harapan!


Daniel John Jambun adalah Presiden Borneo's Plight in Malaysia Foundation

Peguam terkemuka Sarawak usul pinda Perlembagaan Persekutuan untuk betulkan kuasa Peguam Negara

                             Voon Lee Shan

KENYATAAN AKHBAR
Oleh Voon Lee Shan, 22-8-2023


CADANGAN PINDAAN PERKARA 145(3) Perlembagaan Persekutuan


 Pada masa ini, Peguam Negara, yang juga pendakwa raya, diberi kuasa oleh Perkara 145(3) perlembagaan persekutuan untuk memulakan prosiding jenayah boleh di bawah Perkara yang sama ini, bersama-sama dengan seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah, menghentikan atau menarik balik mana-mana prosiding jenayah yang  berada di hadapan mahkamah.


 Jika tiada kes prima facie, mengapa perlu memulakan prosiding jenayah?


 Untuk meminta pemberhentian prosiding jenayah dengan cara ini oleh pendakwa raya, adalah satu pembaziran dana awam, dan mahkamah dilihat sebagai sarkas oleh orang ramai.  Seperti sekarang, Peguam Negara sebagai pendakwa raya lebih berkuasa daripada mahkamah.  Pemberhentian prosiding jenayah adalah prerogatif badan kehakiman, bukan hak pendakwa.  Apabila mahkamah memutuskan bahawa pertuduhan jenayah dan usaha pendakwaan tidak mempunyai merit, mahkamahlah yang memutuskan sebagai fungsi kehakiman di bawah Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan.


 Kuasa pemberhentian Peguam Negara ini berpotensi menggoyahkan keyakinan orang ramai dan pelabur Malaysia terhadap kebebasan Jabatan Peguam Negara dan Badan Kehakiman daripada Eksekutif.


 Peguam Negara yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri kerajaan pada masa itu menjadikan tempoh jawatan ini secara perlembagaan tidak selamat.  Hal ini diakui sangat mengganggu pentadbiran keadilan.  Kebelakangan ini diperhatikan bahawa dengan setiap kerajaan baharu, Malaysia mempunyai Peguam Negara baharu, menggantikan yang telah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong semasa kerajaan terdahulu.

 Kuasa untuk menghentikan prosiding jenayah di bawah Perkara 145(3) perlembagaan persekutuan sebenarnya adalah bertentangan dengan konsep pengasingan kuasa.  Sebaik sahaja kes dimulakan di hadapan mahkamah, mahkamah mengambil alih kawalan dan pihak pendakwaan tidak seharusnya dibenarkan menarik balik atau menghentikan kes itu berdasarkan kehendak dan khayalannya, tetapi, harus menyerahkan perkara itu kepada mahkamah untuk memutuskan sama ada terdapat alasan untuk  kes ditarik balik atas hujahan oleh peguam bela.


 Apabila permohonan dibuat untuk menarik balik atau menghentikan prosiding jenayah, pihak pendakwaan mempunyai kewajipan dan hak untuk membantah permohonan yang dibuat.


 Parti Bumi Kenyalang(PBK) oleh itu, menyeru Parlimen untuk menghapuskan kuasa yang termaktub dalam Perkara 145(3) perlembagaan persekutuan, untuk memulakan dan menghentikan atau menarik balik prosiding jenayah di mahkamah oleh pendakwa raya.  Kuasa budi bicara ini baru-baru ini menyaksikan banyak kes berprofil tinggi yang melibatkan ahli politik yang berkuasa dan beberapa tokoh masyarakat bebas.

 Kuasa untuk memulakan prosiding jenayah sepatutnya terletak pada agensi penyiasat, bukan Peguam Negara kerana agensi penyiasat tidak mahu kerja mereka menjadi sia-sia apabila kes dengan bukti kukuh tidak didakwa jika pendakwa raya menggunakan budi bicaranya untuk tidak mendakwa kes itu.


 Pejabat Pengarah Pendakwaan Awam juga perlu wujud, yang tugasnya selain menasihati agensi penyiasat undang-undang dan bukti yang dikumpul juga harus merangkumi kuasa untuk mendakwa kes itu sebaik sahaja kes itu dimulakan di hadapan mahkamah.  Sekali lagi, menghentikan atau meneruskan sesuatu kes terletak pada badan kehakiman dan bukannya Pengarah Pendakwaan Awam.


 Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara, dan oleh itu ia mesti mengekalkan ketuanannya walaupun ia memerlukan pindaan untuk menyesuaikan diri dengan senario sosio-ekonomi dan geo-politik semasa.


 Undang-undang tertinggi negara adalah cerminan dan peringatan yang sebenarnya kepada dunia pada umumnya tentang apa yang Malaysia maksudkan sebagai tempat perlindungan yang selamat dan terjamin untuk rakyatnya, pelabur asing dan mereka yang ingin menjadikan Malaysia rumah kedua mereka.#

Voon Lee Shan, seorang peguam dari Sarawak, adalah juga Presiden Parti Bumi Kenyalang
 

Aktivis veteran Borneo jawab hasrat NGO Melayu mahu tubuh kerajaan mutlak Melayu-Islam di Malaysia


Kenyataan Bersama Aktivis Borneo

17 Ogos 2023

Daniel John Jambun 
Presiden 
Yayasan Cabaran Borneo di Malaysia (BoPiMaFo)

Peter John Jaban 
Timbalan Presiden 
Persekutuan Hak Asasi Manusia Global Malaysia (GHRF)
            Kanul Gindol          Daniel John Jambun


Kanul Gindol 
Pengerusi 
Inisiatif Gindol utk Masyarakat Madani Borneo 

*Tidak ada perbezaan kaum, agama, dan parti politik di Parlimen, hanya wakil rakyat*
                         Peter John Jaban

Prinsip perundangan tetap menjadi asas Perlembagaan di Malaysia. Ia buta warna, sekular, dan menjamin kebebasan hati nurani, ucapan, pertubuhan, dan perhimpunan.

Usul yang "syiok sendiri" yang dicadangkan oleh beberapa NGO Muslim untuk menubuhkan kerajaan Melayu-Muslim tanpa kepelbagaian DAP, nampaknya terasing daripada realiti politik dan mungkin tidak akan berlaku.

Jika berlaku, terpulanglah. 

Apabila politik masuk melalui pintu, ekonomi akan terbang keluar tingkap. Rakyat di kampung akan menderita yang paling teruk.

Tidak ada perbezaan kaum, agama, dan parti politik di Parlimen, hanya wakil rakyat. Wakil rakyat dipilih oleh semua, dan berjanji dengan sumpah, mesti melayani semua.

Rakyat patut menghindari pengkultusan personaliti politik seperti wabak, parti politik, politik parti, dan keahlian dalam parti politik di bawah bentuk-bentuk baru kabilah dan feudalisme di bawah jubah demokrasi sebagai pengudah.

Mereka yang digerakkan oleh naluri asal menyokong kabilah dan feudalisme di bawah jubah demokrasi.

Demokrasi bukanlah hanya tentang mengundi sekali dalam lima tahun dan pulang ke rumah serta tidur sehingga pilihan raya seterusnya.

Demokrasi hanya berjalan jika rakyat turut serta.

Rakyat perlu membentuk gerakan atas isu-isu dan turun ke jalan selepas media sosial jika kerajaan menutup pintu perbincangan dan/atau mahkamah menolak untuk mendengar kes.

Negara Islam tidak akan berlaku di Malaysia kerana Islam, yang berdasarkan konsep dosa, menafikan prinsip perundangan.

Negara Islam mungkin berlaku di sebahagian Malaya jika berlaku Revolusi seperti di Iran yang bersifat Syiah. Malaysia adalah Sunni.

Fokus patut diberikan kepada pilihan raya kerajaan tempatan untuk pergerakan berasaskan demokrasi.

Kerajaan tempatan akan membantu membawa perubahan yang lebih baik. Pengurusan cukai akan lebih baik, memberi tumpuan kepada pembangunan tempatan, dan pembahagian kek oleh syarikat dengan kerajaan dan komuniti tempatan.

Walaupun begitu, tidak semuanya hilang. Bagi usulan oleh NGO Muslim untuk menubuhkan kerajaan Melayu-Muslim tanpa DAP berlaku di Malaya, MA63 mesti berakhir secara rasmi, Sabah dan Sarawak perlu keluar dan meninggalkan persekutuan Malaysia dan membiarkan rakyat Malaya melakukan apa yang terbaik untuk diri mereka sendiri.

Sebagai fakta, pemisahan yang disepakati bersama adalah penyelesaian yang adil bagi kedua-dua Malaya dan Wilayah Borneo kerana kedua-dua pihak mendapat apa yang diingini - Malaya mendapat kerajaan Melayu-Muslim dan Wilayah Borneo mendapat kerajaan sekular yang buta warna.

https://focusmalaysia.my/ngo-muslim-cadangkan-penubuhan-kerajaan-melayu-muslim-tanpa-dap/

Daniel John Jambun 
010 878 6993 

Peter John Jaban 
0168605272

Kanul Gindol 
0128856465

Diluluskan oleh,

1. Robert Pei
Presiden 
Hak Sabah Sarawak Australia New Zealand (SSRANZ)

2. Ricky Ganang Penasihat Persatuan Kebudayaan orang darat Sabah.

3. Jovilis Majami Presiden Persatuan pembangunan sosial komuniti Sabah (BANGUN)

4. Cleftus Stephen Mojingol 
Presiden Pertubuhan kebajikan Rumpun Dayak Sabah

5. Wainin Setimin Presiden Pertubuhan Prihatin Mualaf Sabah

6. Bill Jugah, Pengasas Industrious Council of Natives, ICON Sarawak

7. Domnique Ng
Presiden SAPA, Persatuan Aspirasi Rakyat Sarawak

8. Luke Jabing
Setiausaha Agung 
Persatuan Etnik Dayak Asal Sarawak

9. Paul Rajah 
Presiden Kongres Kebangsaan Dayak.

Perang propaganda Warisan lwn GRS semakin memanas

Jayden Lisando, 17-7-2023
Kota Kinabalu : Perang propaganda menggunakan media sosial kini meletus antara Warisan dan GRS di Sabah.

Media sosial seperti grup-grup WhatsApp dan juga facebook menjadi medan mereka berbalas tuduhan dan komen bagi menjatuhkan satu sama lain.
Perang ini tercetus sejak beberapa minggu lalu sebaik PGRS/GRS mengarahkan jentera parti itu digerakkan bagi menghadapi pilihanraya negeri yang dikatakan mungkin diadakan awal dari 2025.

Seperti biasa Warisan diserang kononnya mesra pendatang haram (PTI) manakala pihak GRS diserang sebagai lembab dan tidak mempunyai keberanian serta halatuju.
Para pemimpin GRS digambarkan gagal menegakkan hak Sabah termasuk isu tuntutan 40% hasil cukai yang dikutip atau dicuri Kerajaan Persekutuan.

Kerajaan GRS juga dituduh pelbagai kegagalan mengurus infrastruktur utama iaitu bekalan air, jalanraya yang tidak terselenggara, dan bekalan elektrik.
Kebetulan juga buat pertama kali dalam sejarah Sabah, seluruh jalanrayanya berlubang-lubang rosak teruk sebaik GRS mengambil alih pemerintahan, dan lebih teruk lagi, tiada usaha mengatasi masalah itu dari awal.

Pihak dipercayai dari penyokong Warisan juga menuduh GRS cuba mengambil kredit terhadap kesinambungan program diusahakan Warisan ketika sempat memerintah 20 bulan sebelum GRS mengambil-alih selepas PRN Sabah pada 2020.
Perseteruan propaganda antara dua pihak ini dijangka berterusan dengan lebih deras dan keras sehingga hujung tahun ini sebelum memuncak menjelang pembubaran DUN yang dijangka ramai pemerhati bakal diumum tahun depan, 2024.

Adalah dijangka pihak yang dapat membawa mesej serta kupasan yang meyakinkan dan memberikan gambaran sebenar, akan menerima sokongan baru terutama sekali dari golongan pengundi pertama kali atau yang berumur 18 hingga 25 tahun, dan secara amnya mereka yang berumur 45 tahun ke bawah.  

Kebanyakan mesej p&"':  by,: la m, gex *-" ropaganda yang ada pada masa ini berupa memburuk-burukkan pihak lawan, dan membanding-bandingkan antara dua pihak. Dijangka pada masa pilihanraya sebenar barulah gabungan-gabungan ini akan membuat mesej yang lebih positif termasuk menggariskan dasar dan program yang hendak mereka buat jika mereka diberi mandat memerintah.#


my, we, 

 see

Aktivis sokong lebih banyak saman difailkan untuk tuntut hak Sabah


Kenyataan Bersama Media

Sdra Daniel John Jambun
Presiden
Borneo's Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo) 

&
Sdra Kanul Gindol
Pengerusi
Gindol Initiative for Civil Society Borneo
Kota Kinabalu
25hb Julai, 2023


*MENYOKONG SAMAN SLS, MUNGKIN LEBIH BANYAK SAMAN PERLU DIFAILKAN DI MAHKAMAH, KATA AKTIVIS SABAH*


1. Selepas beberapa masa menemui rakan aktivis dan pemimpin masyarakat, kami boleh membuat kesimpulan bahawa usaha SLS (Sabah Law Society) memfail saman terhadap Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri bagi mendapatkan komitmen 40% hasil cukai Sabah mesti dikembalikan setiap tahun kepada Sabah, telah mendapat sokongan 99% rakyat Sabah.

2. Oleh yang demikian kita menyeru pimpinan kerajaan GRS di Sabah mestilah benar-benar secara terbuka memberi sokongan kepada usaha SLS kerana ini untuk masa depan rakyat Sabah, dan tidak menentang saman ini.

3. Kenyataan lisan Ketua Menteri dan Timbalan Ketua Menteri I bahawa Kerajaan Sabah memberi jaminan tidak akan berhenti menuntut hak Sabah terhadap 40% cukainya, walaupun ia bersetuju menerima geran tahunan RM300 juta sebagai ganti sementara hak 40% cukai, masih kurang meyakinkan.

4. Kami berpendapat Kerajaan Sabah, seperti Sarawak juga, patut lebih bertegas dan cukup menegaskan berhubung hak Sabah, ini termasuklah bersuara dalam kabinet, membuat usul melalui DUN, mengambil tindakan pentadbiran dan perundangan serta tidak menjadi penghalang kepada mana-mana usaha SLS dan pihak lain dalam meneruskan tuntutan berperlembagaan Sabah.

5. Kami juga berpendapat lebih banyak tindakan mahkamah dalam negara bahkan di mahkamah antarabangsa perlu terus dibuat bagi membela Sabah dan Sarawak dari dibuli Kerajaan Pusat yang sentiasa didominasi ahli dan parti politik dari Malaya.

6. Kami juga sedia menyokong dan menjadi sebahagian dalam saman pada masa depan.

Sekian.

Search This Blog