Kota Kinabalu : Seorang aktivis pro-GRS dijadual membuat laporan polis hari ini terhadap Warisan gara-gara Ketua Menteri yang menangis sedu ketika merasmi Wisma Usno dua hari lalu 25 Jun 2023 di Donggongon Avenue.
Datuk Zulkarnain Mahdar, Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), dijadual membuat laporan polis itu jam 1.30pm ini di balai polis Kota Kinabalu.
Laporan itu ekoran siaran video tular yang dikatakannya dari jentera parti Warisan yang menyifatkan Datuk Hajiji Noor sebagai munafik sambil mengomen "dah tua pun bodoh".
Hajiji yang juga Pengerusi GRS, menangis ketika mengenang sejarah awal penglibatannya dalam politik di mana pengasas Usno sendiri, allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun memanggilnya untuk bertanding sebagai calon Usno di Sulaman pada tahun 1990.
Berikut surat jemputan kepada media dari Zulkarnain :
*SURAT JEMPUTAN*
Ybhg Dato",Datuk, Tuan, Puan
Rakan Editor, Wartawan.
(Mohon kongsikan kepada rakan-rakan media)
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
*JEMPUTAN HADIR SIDANG AKHBAR*
Perkara dibawah berkaitan:
*Laporan Polis ke atas jentera Parti Warisan Sabah kerana secara sengaja dan berniat jahat memfitnah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Haji Noor kononnya sengaja menipu menangis dan tangisan ini adalah merupakan seorang munafiq*
*Sebaran video YAB Ketua Menteri Hajiji menangis dengan ditokok tambah ayat "DAH TUA PUN BODOH" adalah jelas satu perbuatan yang sangat jijik dan tidak boleh diterima*
*Untuk makluman YAB Datuk Seri Hajiji secara spontan telah menangis semasa berucap merasmikan Wisma Parti USNO di Donggongon Avenue Jalan Penampang pada 25 Jun 2023*.
Justeru satu laporan Polis akan dibuat esok ditempat seperti yang berikut:-
Tempat:
*Balai Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu*
*Jln. Pahlawan, 88200 Kota Kinabalu, Sabah* *( Bersebelahan Ibu Pejabat Polis Sabah di Kepayan)*
Tarikh:
*27 Jun 2023 (Selasa)*
Masa:
*1.30 pm*
Pelapor:
*Datuk Zulkarnain Mahdar*
*Pengerusi*
*Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57)*
Hotline: *+6-0169556655*