Top posts

Featured Posts

PBM Sabah lebih aktif selepas mendapat Pengerusi baru

Jayden Lisando, 30-5-2023
Kota Marudu : Parti Bangsa Malaysia (PBM) cawangan Sabah dijangka melaksanakan lebih banyak aktiviti dalam bulan-bulan akan datang ini.

Ketuanya, Jupperi Lenson, memberitahu Borneo Herald, beliau menjangka lebih banyak program PBM Sabah dibuat dengan kerjasama PBM Pusat.

"Kita akan umumkan program-program berkenaan selepas kunjungan hormat pimpinan negeri beserta Presiden PBM, Datuk Larry Sng kepada Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor," katanya.

Tarikh kunjungan hormat itu bagaimanapun belum dimuktamadkan.

Demikian juga dengan sambutan Tadau Kaamatan PBM di Kota Marudu belum diumumkan.

Sementara itu, dalam diam-diam, Jupperi dan pimpinan PBM Sabah aktif merekrut ahli baru dan mengambil bahagian dalam majlis politik di seluruh negara termasuk Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Kuala Lumpur 14 Mei baru-baru ini.

PBM Sabah kini ada kira-kira 25,000 orang ahli dengan 14,000 darinya adalah di Bahagian Kota Marudu yang diketuai sendiri oleh Jupperi.

Berikut gambar-gambar bercerita mengenai aktiviti Jupperi..#

Tommy T. Gedeus juara Mr Kaamatan (MRK) Sabah 2023

                         Tommy T. Gedeus

Penampang : Wakil KDCA Putrajaya, Tommy T. Gedeus, asal Kg Bolotikon, Papar, dipilih "buvazoi tavantang" atau Mr Kaamatan (MRK) peringkat negeri Sabah sempena Tadau Kaamatan tahun ini 2023.
                            Deaigo Emanuel

Wakil KDCA Pulau Pinang, Deaigo Emanuel, 22, asal Kota Marudu, pula naib johan manakala peserta mewakili KDCA Lembah Kelang, Lexterinus Harris, asal Keningau, di tempat ketiga.

           MRK...tampan, segak, petah & menarik
Pemilihan Mr Kaamatan itu julung kali diadakan di Dewan KDCA Penampang semalam dihadiri ramai peminat yang memenuhi dewan. Tiket masuk RM15 dikatakan laris.
MRK kini menjadi salah satu tarikan utama pada perayaan dua hari di Dewan KDCA, mendampingi pemilihan Unduk Ngadau atau Ratu Pesta Kaamatan pada kemuncak sambutan esok, 31 Mei, 2023.#


What was the Article 6(7) of Sabah Constitution recently repealed by the GRS-controlled DUN


MUCH have been said about the recent amendment or rather repeal of Article 6(7) of the Sabah Contitution. But what it is actually? The said article was initiated and passed during the PBS government and meant to guide the state TYT in the appointment of a Chief Minister immediately after a state general election.
Here is one view on the said repeal pushed by  the current GRS government and passed, as GRS commands two third majority in the State Assembly. Opposition Warisan however voted against the repeal..    Editor

Reaction&Comment

Reaksi&Komen

Reaksi&Komen

PBM Sabah ada 25,000 orang ahli masa ini

  Jupperi mempengerusi mesyuarat PBM Sabah
                                  hari ini.

Kota Kinabalu : Parti Bangsa Malaysia (PBM) kini mempunyai 25,000 orang ahli, dengan 14,000 darinya adalah dari kawasan Kota Marudu.

Demikian kata Pengerusi PBM Sabah, Jupperi Lenson, kepada Borneo Herald, selepas mempengerusikan mesyuarat parti itu di sini hari ini.

Jupperi, yang juga Ahli Majlis Tertinggi PBM, berkata mesyuarat hari ini antara lain membincangkan sambutan Tadau Kaamatan PBM yang dijadual diadakan di Kota Marudu dan dan akan dihadiri Presiden PBM, Datuk Larry Sng.

Katanya, mesyuarat juga membincang penyusunan lebih banyak Bahagian parti itu di Sabah serta menambah ahli.
Jupperi (tiga dari kiri) menerima borang              permohonan ahli dari Osman Marajin dari Ranau.

Jupperi, 47, yang juga Ketua Bahagian PBM Kota Marudu dan merupakan seorang jurutera awam, sebelum ini Naib Pengerusi PBM Sabah dilantik Pengerusi menggantikan Rahimah Majid selepas krisis melanda parti itu baru-baru ini.

Jupperi yang juga Presiden Persatuan Kontraktor Sabah (PKS) adalah seorang yang aktif dalam masyarakat dan dunia perniagaan.
Baru-baru ini beliau menjadi speaker jemputan pada Minggu Kewangan dan Pelaburan 2023 di Universiti Malaysia Sabah (UMS).#

Jupperi Lenson ketuai Parti Bangsa Malaysia (PBM) Sabah


               

Jayden Lisando, 26-5-2023
Kota Kinabalu : Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang dilanda krisis baru-baru ini, kini diketuai orang baru di Sabah iaitu Jupperi Lenson, 47, dari Kota Marudu.

                                             Jupperi Lenson

Jupperi, seorang usahawan, menggantikan Rahimah Majid yang sebelum ini bersama Datuk Zuraidah Kamarudin dalam perselisihannya dengan Datuk Larry Sng, presiden PBM.
Larry dijadual menemui ketua-ketua bahagian PBM Sabah esok di Penampang dan kemudian dijangka bertemu Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor.#


Anti-hop law does not guarantee stability, Article 6(7) should have been retained

                         Daniel John Jambun


Daniel John Jambun, 26-5-2023
Kota Kinabalu :  Article 6(7) of the Sabah Constitution isn't about simple majority, it does not rule out minority gov't.

Simple majority can come, through coalition, after minority gov't was sworn in.

Under Article 6(7), only Pairin and Shafie Apdal qualified. Pairin, in fact, even still qualified after there were two defections from his gov't in 1994. Sakaran, who succeeded Pairin in 1994, did not qualify under Article 6(7).

In short, all Chief Ministers in Sabah between Pairin and Shafie Apdal and after the latter were unlawfully appointed.

That's the real reason why Article 6(7) was deleted from the Sabah Constitution. It's also because Article 6(7) was observed in the breach after Pairin and after Shafie Apdal.

Article 6(7) was introduced by Pairin for political stability. It was followed by the first anti hop law in M'sia. The anti hop law was struck down by the High Court before the 1994 early election on the grounds that "an inferior law was null and void to the extent of its inconsistency with a superior law". Parliament had no anti hop law.

Although the Pairin gov't fell in 1994 because of the anti hop law being struck down, Pairin could have still stayed on as Chief Minister because of Article 6(7).

It's surprising that Pairin, a lawyer and the Architect of Article 6(7) and the anti hop law, caved in amidst pressure from the Mahathir gov't.

The new anti hop law in Sabah doesn't solve anything.

If anything, there would be even greater political instability.

The new anti hop law is unconstitutional since Article 10 in the Federal Constitution cannot be amended under the Basic Features Doctrine (BFD) which permeates the Constitution.

A seat, under Article 5, Article 8 and Article 13, belongs to the holder. It cannot belong to a party.

There's no "race", religion and political party in the legislature.

The law may strip a lawmaker of seat, i.e. if amendment to Article 10 isn't declared unconstitutional, but it cannot strip a lawmaker of property rights. The seat is the property of the lawmaker. The gov't would have to compensate a lawmaker if his or her seat is vacated.#

Daniel John Jambun currently is president of Borneo's Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo)




Hajiji meradang orang luar pengaruhi penduduk tunjuk perasaan depan pejabatnya di Likas

                                 Hajiji Noor

Jayden Lisando, 25-5-2023
Kota Kinabalu : Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor, tidak dapat menyembunyikan kemarahannya terhadap satu protes aman di depan pejabatnya tiga hari lalu.

Borneo Herald antara media paling awal menyiarkan kejadian itu pada tengah hari berkenaan.
Katanya dia tahu siapa dalang dari luar dalam protes itu, yang dipercayai berhubung isu berebut tanah antara penduduk dengan syarikat kroni di Pedalaman Sabah.
Kerajaan memberi amaran supaya orang luar tidak menghasut rakyat Sabah, ujarnya dalam ucapan penggulungan untuk usul terima kasih kepada ucapan TYT Yang di-Pertua Negeri di Dewan Undangan Negeri di Likas dekat sini semalam.

Amaran itu membayangkan Hajiji boleh bakal menggunakan kuasa autonomi imigresen Ketua Menteri Sabah melarang orang luar daripada masuk ke negeri ini.

Dianggarkan 100 penunjuk perasaan secara aman itu membawa pelbagai sepanduk sambil menari-nari tarian tradisi anak negeri Sabah, sementara mereka menunggu wakil mereka menyerahkan memorandum bantahan kepada Ketua Menteri di pejabatnya di Menara Kinabalu.

Turut kelihatan berucap berapi-api pada tunjuk perasaan itu ialah Setiausaha Agung MHO atau Malaysia International Humanitarian Organisantion, Dato Hishamuddin Hashim dan pegawai-pegawai MHO Sabah yang semuanya memakai uniform NGO mereka berwarna hitam biru.
   Dato Hishamuddin (dua dari kiri) dan Kapt (B)    Jerry Jaimeh (tengah), Penyelaras MHO Sabah

Penasihat MHO ialah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.#

Search This Blog