Perayaan Krismas merupakan perayaan universal yang disambut meriah dan penuh semangat muhibah pada tiap bulan Disember di seluruh dunia.
Di negara-negara Asia Barat atau Timur Tengah seperti Palestin, Lebanon, Jordan dan juga Turki, masyarakat Islam termasuklah para pemimpin politik dan agama Islam turut merayakan Krismas bersama-sama penganut Kristian.
Kita di Sabah cukup bertuah kerana memiliki masyarakat majmuk pelbagai agama yang hidup aman dan saling menghormati antara satu sama lain sejak peradaban moden mulai diperkenalkan di sini. Saya ingin menyeru semua lapisan masyarakat Sabah mesti terus berpegang kepada pendirian saling menghormati malah saling ingin mengenali peradaban antara satu sama lain.