Terima kasih Dato Pengerusi memberi saya peluang berbahas Badjet Jabatan Perdana Menteri untuk tahun 2014. Saya ingin membawa beberapa perkara. Pertamanya B6, Jabatan Perdana Menteri, Butiran 200 000, Jabatan Perangkaan.
Rakyat kita sedang menghadapi masalah perumahan. Menteri Perumahan telah memberitahu kita bahawa 1 per empat daripada keluarga di Malaysia tiada memiliki rumah. Kita ada 6.4 juta keluarga di Malaysia. Ertinya 1.6 juta keluarga tidak punyai rumah mereka sendiri. Apakah pecahan pendapatan bulanan untuk 1.6 juta keluarga ini. Jika Jabatan Perangkaan dapat membekalkan kita matlumat ini baru kita akan dapat menangani masalah perumahan rakyat kita.