Oleh Ezra Haganez
KOTA BELUD : Lima tahun sudah berlalu namun tiada apa yang hebat berlaku kepada "janji-janji dicapati" BN mahu jadikan Kota Belud "jelapang padi" negeri Sabah.
Peguam terkenal, Peter Marajin, yang buat masa ini bersama SAPP, membidas pimpinan BN Kota Belud kerana gagal tunaikan janji itu selepas lima tahun lagi berlalu.
"Pada awal penggal, gerombolan pemimpin BN dari Kota Belud, Sabah dan juga Persekutuan sibuk mencanang kononnya padi sawah akan diperluas, pengairan di perluas dan hasil padi dinaikkan dari 3.5 tan metrik kepada 10 tan metrik sehektar.