Kami tukar Usno, kami tukar Berjaya, kami tukar PBS, kata seorang pemandu teksi rakyat Sabah. |
PETALING JAYA: Ristol Nebeng agak kecewa kerana masih ramai rakyat Malaysia yang menganggap rakyat Sabah masih tidak matang berpolitik serta muda dibeli dengan janji-janji manis dalam pilihanraya yang bakal menjelang tiba.
Pemandu teksi yang berasal dari Sandakan ini memberitahu bahawa anggapan sedemikian sudah lama dilemparkan oleh pendududk dari Semenanjung termasuk rakan-rakannya sendiri.
Ristol berusia dalam lingkungan 40 tahun bekerja sebagai pemandu teksi sejak 15 tahun dan sekarang tnggal di Cheras di Kuala Lumpur. Beliau sudah berkeluarga dan mempunyai lima anak antara 10 dan 20 tahun. Isterinya berasal dari Tawau, sabah.