PETALING JAYA: Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa larangan menggunakan ruang sidang akhbar di Parlimen oleh bukan anggota parlimen yang berkuatkuasa serta merta sengaja dibuat untuk menghadkan pergerakannya.
“Saya memang sudah menjangka tindakan seterusnya yang akan diambil oleh Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz adalah dengan menggunakan kuasanya untuk menghalang saya dari membuat sidang media di Parlimen.
“Beliau seharusnya sedar bahawa Parlimen adalah institusi tertinggi milik rakyat di negara ini. Ia wajar disemarakkan dengan isu rakyat baik di dalam atau luar dewan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Tegas beliau, “tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dan pengurusan Parlimen menghadkan akses rakyat biasa untuk ke Parlimen dan bersuara melalui sidang media hanya akan merendahkan martabat dan kedudukan Parlimen.