TENOM: Bahang Pilihanraya
umum kali ke-13 (PRU-13) semakin hangat dirasakan rakyat di seluruh
negara dimana diantaranya turut dirasai terutamanya dikawasan Dun
Melalap yang diramalkan pembangkang kononnya kawasan itu akan jatuh ke
tangan mereka selepas PRU-13.
Pembangkang beralasan
bahawa rakyat dikawasan sekitar Mukim Melalap yang penduduknya mencecah
lebih 5,000 orang marah kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) telah
gagal menunaikan beberapa pembangunan yang pernah dijanjikan mereka
sejak PRU-12 (Tahun 2008).