Oleh Raymond Tombung
Albert Polino kesal dengan AJK sambutan Pesta Kaamatan daerah Tuaran yang kurang pengetahuan dalam bidang protokol. |
TUARAN: Benarkah Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing tidak diberi penghormatan di Pesta Kaamatan peringkat Daerah Tuaran pada 10 Mei?
Seorang pemerhati, En. Albert Polinoh, di sini menyuarakan kekesalannya di atas apa yang dipanggilnya kegagalan di pihak Jawatankuasa Sambutan dan Protokol Pesta Kaamatan tersebut kerana tidak memberikan penghormatan yang sepatutnya kepada Bumburing yang masih memegang kedudukan sebagai Ahli Parliment P. 170 Tuaran. Bumburing juga adalah bekas Timbalan Ketua Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional Tuaran.
“Saya amat terkejut dan kecewa bila melihat ketika ketibaan Datuk Seri Panglima Wilfred bersama Datin Seri Panglima Rubinah,” kata Albert. “Tiada satu pun alat-alat muzik tradisional yang dibunyikan ketika mereka masuk ke dewan.