Datuk Dr Jeffrey berucap ketika melancarkan Parti Star di DUN Kemabong. |
KEMABONG: Pemimpin terdahulu telah membuat keputusan tergesa-gesa dalam persetujuan pembentukan Malaysia melalui penyatuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Ini adalah antara punca utama hak asasi rakyat Sabah sepertimana yang terkandung dalam 20 Perkara mudah dimanipulasikan oleh pihak persekutuan.
Negara Brunei dan Singapura yang kini jauh lebih maju dan pesat membangun malah memiliki ekonomi yang jauh lebih baik berbanding Sabah selepas mereka tidak meneruskan untuk bersama dalam pembentukkan Malaysia pada ketika itu (Singapura keluar dari Malaysia tahun 1965).