Oleh James Ait
Setelah Perjanjian Malaysia ditandatangani oleh wilayah Singapura, Malaya, Sabah dan Sarawak, maka dunia mencipta satu lagi sejarah selepas perang dunia di asia, ia itu penyatuan wilayah menjadi sebuah negara bernama Malaysia.
Agak sedih kerana tanpa pengetahuan Sabah dan Sarawak, Singapura samada dikeluarkan atau menarik balik atau sememangnya telah bermain wayang untuk memikat Sabah dan Sarawak supaya bersetuju membentuk Malaysia. Suatu tanda tanya yang tidak pernah terjawab samada oleh Singapura atau Malaya, ialah kenapa wilayah rakan kongsi Sabah dan Sarawak tidak dijemput berbincang mengenai Singapura tidak bersama-sama Malaysia.