Top posts

Featured Posts

Sabah's Future Lies in the Hands of Capable Leaders Committed to Good Governance



From right : Daniel John Jambun, Ir Jovilis Majami and Dr Kanul Gindol having discussion in Inanam recently on how to stop corrupt leaders being perpetually elected and help propel new leaders with bright ideas.

By Daniel John Jambun, 25-4-2025
FOR far too long, Sabah has been a victim of weak leadership, systemic corruption, and chronic abuse of power. The people of this state deserve better. We cannot build a just and prosperous Sabah on the foundations of patronage, cronyism, and opaque decision-making. The time has come to restore trust, rebuild institutions, and reclaim our rights through the principles of good governance.

Good governance is not a slogan—it is a necessity. It means transparency in how public resources are allocated. It means holding leaders accountable for every decision made in the name of the people. It means rejecting nepotism and political interference in favour of professionalism and public interest. And most importantly, it means putting the welfare of the people and the protection of our natural heritage above personal or political gain.

Sabah’s current challenges—such as the awarding of 43 timber concessions under the Sustainable Forest Management Licence Agreement (SFMLA), spanning durations of 30 to 100 years—are glaring examples of leadership that lacks accountability and integrity. These long-term agreements, made without meaningful public scrutiny or transparent tender processes, raise serious questions about the exploitation of Sabah’s forests and the erosion of our environmental sovereignty.

While our rural communities remain trapped in poverty, and indigenous rights over native lands continue to be ignored, vast swathes of our forest reserves are quietly handed over for decades to politically connected companies. This is not governance—it is extraction masked as sustainability.

But this is not our destiny.

The future of Sabah must be led by competent and principled leaders who understand the weight of public trust. Leaders who serve with honesty and humility. Leaders who will fight corruption, not protect it. Leaders who will champion transparency, uphold environmental justice, and defend the rights of Sabahans under the Malaysia Agreement 1963 (MA63).

We envision a Sabah that is governed by:

Transparent institutions free from political interference.

A civil service that rewards performance, not loyalty.

Development policies rooted in fairness, sustainability, and equity.

A government that listens, not dictates.

And a state where every child has a future based on opportunity, not privilege.

This is the Sabah we fight for. A Sabah where governance is not used as a weapon to suppress, but as a tool to uplift. A Sabah where leaders fear the wrath of the people—not the other way around.

Let this be a rallying call. Good governance is not optional—it is the only way forward. The time for reform is now. The time for accountable leadership is now. The time for Sabah to rise is now.

Daniel John Jambun is President of Borneo's Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo)



Versi Bahasa Malaysia:


Kenyataan Media
25hb April 2025

"Masa Depan Sabah Terletak di Tangan Pemimpin Berwibawa yang Komited kepada Tadbir Urus Baik"

SUDAH terlalu lama Sabah menjadi mangsa kepimpinan lemah, korupsi sistemik dan penyalahgunaan kuasa yang berterusan. Rakyat negeri ini berhak mendapat yang lebih baik. Kita tidak boleh membina sebuah Sabah yang adil dan makmur di atas dasar kronisme, politik balas budi dan keputusan tertutup. Sudah tiba masanya untuk kita mengembalikan kepercayaan, memperkukuh institusi, dan menuntut hak kita melalui prinsip tadbir urus baik.

Tadbir urus baik bukan sekadar slogan—ianya satu keperluan. Ia bermaksud ketelusan dalam penggunaan sumber awam. Ia bermaksud setiap pemimpin mesti dipertanggungjawabkan atas setiap sen yang dibelanjakan. Ia bermaksud keutamaan diberikan kepada kelayakan, bukan hubungan politik. Ia bermaksud menjunjung undang-undang dan bukan memperalatkannya untuk kepentingan peribadi. Dan yang paling utama, ia bermaksud meletakkan kepentingan rakyat melebihi segala-galanya.

Cabaran yang sedang dihadapi Sabah hari ini—seperti penganugerahan 43 konsesi balak di bawah Perjanjian Lesen Pengurusan Hutan Mampan (SFMLA) dengan tempoh antara 30 hingga 100 tahun—adalah contoh nyata kepimpinan yang gagal mengamalkan kebertanggungjawaban dan integriti. Pemberian konsesi jangka panjang ini, yang dibuat tanpa tender terbuka atau penelitian awam yang telus, menimbulkan persoalan serius tentang penjarahan khazanah hutan kita serta pengabaian terhadap kedaulatan alam sekitar negeri ini.

Sedangkan masyarakat luar bandar masih hidup dalam kemiskinan dan hak pribumi ke atas tanah adat terus diketepikan, ribuan hektar hutan simpan diserahkan kepada syarikat berkepentingan politik. Ini bukan tadbir urus—ini adalah pengautan hasil yang diselindungi dengan nama kelestarian.

Namun ini bukan takdir kita.

Masa depan Sabah mesti dipimpin oleh pemimpin yang berwibawa dan berprinsip, yang memahami erti amanah rakyat. Pemimpin yang jujur dan merendah diri. Pemimpin yang melawan rasuah, bukan melindunginya. Pemimpin yang menjunjung ketelusan, keadilan alam sekitar, dan mempertahankan hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Kami membayangkan sebuah Sabah yang ditadbir dengan:

Institusi yang bebas dari campur tangan politik;

Perkhidmatan awam yang menghargai prestasi, bukan kesetiaan;

Dasar pembangunan yang adil, lestari dan saksama;

Sebuah kerajaan yang mendengar suara rakyat, bukan mengarahkan sesuka hati;

Dan sebuah negeri di mana setiap anak Sabah mempunyai masa depan berdasarkan peluang, bukan keistimewaan.

Inilah Sabah yang kami perjuangkan. Sebuah Sabah di mana tadbir urus digunakan untuk membela, bukan menindas. Sebuah Sabah di mana pemimpin takut kepada rakyat—bukan rakyat takut kepada pemimpin.

Ini adalah seruan perubahan. Tadbir urus baik bukan satu pilihan—ia satu-satunya jalan ke hadapan. Masa untuk reformasi ialah sekarang. Masa untuk kepimpinan yang bertanggungjawab ialah sekarang. Masa untuk Sabah bangkit ialah sekarang.

Daniel John Jambun adalah Presiden Borneo's Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo).™Borneo Herald

No comments:

Post a Comment

Search This Blog