Top posts

Featured Posts

Enough Lies — Stop Distorting Sabah’s Secular Foundation for Religious Propaganda



By Daniel John Jambun, 13-4-2025
WE strongly condemn the recent public remarks by the Mufti of Sabah, who irresponsibly claimed that Islam has been the official religion of Sabah since 1973. This is not just historical distortion — it is a deliberate attempt to rewrite Sabah’s constitutional identity and erase the secular foundation upon which this state was built.

Let us be clear: at the time of Malaysia’s formation in 1963, Sabah had no official religion. This was not an omission — it was a constitutional safeguard, embedded in the 20-Point Agreement, which governed Sabah’s terms of entry into the Federation.

Point 1 of the 20-Point Agreement stated clearly:

“While there is no objection to Islam being the national religion of Malaysia, there should be no State religion in North Borneo (now Sabah), and the provisions relating to Islam in the present Constitution of Malaya should not apply to North Borneo.”

This was the original deal — a solemn assurance to Sabahans of all faiths. The 1973 amendment that inserted Islam as the official religion of Sabah was passed 10 years after Malaysia was formed, without a referendum, and in complete violation of the founding agreement.

State-Sanctioned Mass Conversion: Demographic Engineering Disguised as Dakwah

What the Mufti fails to mention — and what Sabahans know all too well — is that this narrative of Islam as the “natural state religion” was made possible only through decades of aggressive, state-sponsored Islamisation policies.

Beginning in the late 1970s, and peaking during the Mahathir-era federal rule, hundreds of thousands of indigenous Sabahans — particularly Kadazandusun and Murut communities — were systematically converted, sometimes without their full understanding or consent.

Federal religious agencies, schools, and welfare departments were weaponised to incentivise conversions through promises of jobs, scholarships, and aid.

This was not “dakwah”. This was deliberate demographic engineering, with the sole purpose of reducing the non-Muslim majority and diluting Sabah’s Christian and animist heritage.

The result? A manufactured religious shift that has been used to justify unconstitutional amendments, religious dominance, and the erosion of Sabah’s multicultural identity.

To now invoke that manufactured demographic as proof of Islam’s rightful place as a state religion is not only dishonest — it is an insult to the people of Sabah who have been forcibly assimilated, misclassified, and ignored.

The 2019 Enactment: A Step Toward Religious Uniformity

The Mufti also glorifies the 2019 enactment that defines Islam in Sabah through the lens of Ahli Sunnah wal Jamaah, further tightening religious interpretation. But let us be clear: this is not about theology — this is about ideological enforcement.

By restricting Islam in Sabah to only one theological school, the state is no longer just administering religion — it is policing religious thought. That is not the Sabah way.

This Is Not Leadership — This Is Subjugation

We reject the Mufti’s historical revisionism and religious triumphalism. His statements are not only inflammatory — they are part of a wider federal project to erase Sabah’s pluralistic identity and recast it into the image of a monolithic Peninsular model.

Sabahans are not blind. We know our history. We know our rights under MA63. And we will not allow religious authorities to distort our past in order to dominate our future.

Conclusion: Sabah Belongs to All, Not to One Faith Alone

Sabah was never meant to be a religious state. Our strength lies in our diversity, our tolerance, and our founding commitment to coexistence.

We demand the Mufti of Sabah:

Retract his misleading statement immediately;

Respect the constitutional history of Sabah and MA63;

And stop abusing the pulpit to propagate federal religious propaganda.

Sabah must rise — not only to protect our rights, but to defend the very soul of our state.


Daniel John Jambun is President of Borneo's Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo).#


Versi Bahasa Malaysia:

KENYATAAN MEDIA

13 APRIL 2025
KOTA KINABALU

Cukup-Cukuplah Pembohongan — Hentikan Usaha Menyeleweng Asas Sekular Sabah Demi Agenda Agama

Kami mengecam sekeras-kerasnya kenyataan terbaru Mufti Sabah yang secara tidak bertanggungjawab mendakwa bahawa Islam telah menjadi agama rasmi Sabah sejak tahun 1973. Ini bukan sekadar penyelewengan fakta sejarah — ia adalah cubaan terancang untuk menulis semula identiti perlembagaan Sabah dan menghapuskan asas sekular yang menjadi tunjang negeri ini sejak merdeka.

Perlu dijelaskan tanpa berselindung: sewaktu pembentukan Malaysia pada tahun 1963, Sabah tidak mempunyai agama rasmi. Ini bukan kecuaian — ia adalah satu jaminan yang dirunding secara jelas, dan telah termaktub dalam Perkara 1 Perjanjian 20 Perkara, yang menjadi asas utama penyertaan Sabah ke dalam Persekutuan Malaysia.

Perkara 1 Perjanjian 20 Perkara menyatakan:

> “Walaupun tiada bantahan jika Islam dijadikan agama rasmi Persekutuan, tidak seharusnya ada agama rasmi di Borneo Utara (Sabah), dan peruntukan berkaitan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu tidak boleh digunapakai di Sabah.”

Ini adalah janji asal — satu komitmen yang suci antara pemimpin Sabah dengan kerajaan pusat. Pindaan Perlembagaan Negeri Sabah pada tahun 1973 yang memasukkan Islam sebagai agama rasmi negeri dibuat 10 tahun selepas pembentukan Malaysia, tanpa pungutan suara rakyat, dan jelas melanggar semangat serta syarat asal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Penukaran Agama Beramai-Ramai: Proses Islamisasi Terancang untuk Mengubah Demografi Sabah

Apa yang langsung tidak disebut oleh Mufti ialah fakta sejarah yang sengaja disembunyikan daripada pengetahuan umum — bahawa naratif kononnya Islam “sememangnya agama rasmi Sabah” hanya wujud selepas berdekad-dekad pelaksanaan dasar Islamisasi tajaan kerajaan persekutuan.

Bermula lewat 1970-an dan memuncak pada era pentadbiran Tun Dr Mahathir, ratusan ribu rakyat asal Sabah — khususnya kaum Kadazandusun dan Murut — telah dikonversikan secara beramai-ramai, ada yang tanpa kefahaman atau persetujuan sepenuhnya.

Agensi persekutuan, sekolah, jabatan kebajikan dan jabatan agama digunakan untuk menawarkan ganjaran pekerjaan, biasiswa dan bantuan sebagai umpan penukaran agama.

Ini bukan dakwah — ini adalah kejuruteraan demografi terancang, bertujuan untuk mengurangkan populasi bukan Islam dan menghakis warisan Kristian dan animisme Sabah.

Hari ini, perubahan demografi yang dilaksanakan secara sistematik ini digunakan sebagai hujah kononnya Islam adalah “semula jadi” sebagai agama negeri — sedangkan hakikatnya ia didorong oleh paksaan politik dan tidak mencerminkan kehendak sebenar rakyat Sabah.

Enakmen 2019: Langkah Menyempitkan Kepelbagaian Pemikiran Islam di Sabah

Mufti juga memuji Enakmen 2019 yang mentakrifkan Islam di Sabah mengikut fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah, mazhab Syafi’i dan tarekat tertentu. Tetapi ini bukan semata-mata soal akidah — ini adalah cubaan menyempitkan tafsiran agama dan memonopoli pemikiran Islam secara tersirat.

Sabah mempunyai pelbagai tradisi Islam — namun dengan definisi ini, apa yang sedang dilakukan ialah mengawal cara berfikir, bukan hanya cara beribadah. Itu bukan jalan Sabah.

Ini Bukan Kepimpinan — Ini Adalah Penaklukan Budaya dan Ideologi

Kami menolak sekeras-kerasnya cubaan Mufti Sabah untuk menunggang institusi agama bagi menghalalkan penyelewengan sejarah. Kenyataannya bukan sahaja bersifat tidak beretika dan berat sebelah, tetapi ia juga merupakan sebahagian daripada projek sistematik kerajaan pusat untuk mengubah identiti Sabah yang majmuk dan sekular menjadi negeri yang tunduk kepada acuan teokrasi Semenanjung.

Rakyat Sabah tidak bodoh. Kami tahu sejarah kami. Kami tahu hak kami di bawah MA63. Dan kami tidak akan berdiam diri apabila hak kami cuba dipadam dan diganti dengan tafsiran sempit yang tidak mencerminkan realiti sosial dan budaya negeri ini.

Kesimpulan: Sabah Milik Semua, Bukan Milik Satu Agama Sahaja

Sabah tidak pernah dimaksudkan untuk menjadi negeri agama. Kekuatan Sabah terletak pada kepelbagaian, toleransi dan keharmonian antara komuniti.

Kami menuntut agar:

Mufti Sabah menarik balik kenyataan mengelirukan ini secara terbuka;

Menghormati sejarah sebenar penubuhan Sabah dan kandungan Perjanjian MA63;

Dan berhenti menggunakan kedudukan agama untuk menyebar propaganda politik yang menyesatkan.


Sabah mesti bangkit — bukan sekadar untuk mempertahankan hak, tetapi untuk melindungi jiwa sebenar negeri ini.

Daniel John Jambun ialah Presiden Borneo's Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo).#

No comments:

Post a Comment

Search This Blog