Top posts

Featured Posts

Jurulatih legenda bolasepak Sabah Stanley Chew cadang formula penuhkan stadium


Penulis bersama Stanley Chew dalam "kupi-kupi" di Tuaran baru-baru ini.

Oleh Dr Kanul Gindol, 16-4-2025
AHAD lepas, 13 April, 2025, saya "kupi-kupi" lagi dengan jurulatih legenda bolasepak Sabah, Stanley Chew di Pekan Tuaran, kebetulan saya memang ingin lepak-lepak di Tuaran pada hari itu, bertemu beberapa kawan lama.

"Coach" (panggilan saya untuknya) bermurah hati belanja pisang goreng di satu kafe, macam ada sejam juga kali kami bercerita, mengenai bolasepak Sabah...

Dia pemain bolasepak Sabah sejak 1966 dan kemudian menjadi jurulatih pasukan negeri dari 1972 sehinggalah 1979. Kerjayanya dikira memuncak pada tahun 1979 bila mana gandingan padu anak didiknya, Hassan Sani dan James Wong turut memuncak, membawa kemenangan bersejarah Malaysia ke atas Korea Selatan 2-1, sekaligus menempah tempat di Sukan Olimpik Moskow 1980.

Malangnya Malaysia turut memboikot Moskow ketika itu atas sebab Soviet Union terlibat perang pendudukan Afghanistan, jadi pemain kita tidak berpeluang beraksi di Olimpik.
James Wong dan Hassan Sani dua pemain bolasepak Sabah dan Malaysia yang akan berada lama dalam ingatan ramai kerana gandingan cemerlang mereka.

Tahun-tahun itu juga saya yang masih remaja amat minat mengikuti siaran-siaran langsung (hanya melalui radio), perlawanan bolasepak yang melibatkan Sabah atau pemain-pemain Sabah yang bermain untuk pasukan negara.

Walaupun demikian, 1979 juga berakhir peranan Stanley sebagai jurulatih Sabah yang kemudian mengambil Gerd Schmidt, orang Jerman sebagai jurulatih negeri.

Stanley, kini Pengerusi Persatuan Jurulatih Bolasepak Sabah, percaya ada sesuatu yang perlu dilakukan oleh SAFA mahupun FAM atau kerajaan untuk mencungkil bakat-bakat seperti pemainnya James, Hassan, Peter Rajah, Awang Sabtu dan ramai lagi.

"Hari ini stadium kita pun kosong. Ketiadaan pemain tempatan yang handal telah mengurangkan minat orang ramai.

"Tahun lepas saya ada mencadangkan kepada FAM supaya bagi kejohanan kebangsaan, hanya dua atau tiga orang saja pemain import dibenarkan dalam pasukan negeri atau kelab.

"Ini supaya ramai pemain tempatan boleh muncul seperti dulu hingga boleh layak ke Sukan Olimpik," katanya menambah saranan itu dia sampaikan ketika menghadiri satu seminar kejurulatihan bolasepak antarabangsa pada 15 dan 16 November 2024.

Seminar dua hari di Hotel Armada, Kuala Lumpur itu dihadiri lebih 100 jurulatih bolasepak Malaysia dan beberapa negara lain turut dihadiri Setiausaha Persatuan Jurulatih Bolasepak Sabah, Amsir Abdullah.

"Saya juga telah mencadangkan agar seseorang dari Jepun, Masanaga Kageyama, salah seorang pembicara utama di seminar itu dilantik Pengarah Kejurulatihan FAM kerana bagi saya penyampaian beliau sangat impresif," kata Stanley lagi.

Ada dua lagi saranan "coach" untuk meningkatkan lagi kerancakan bolasepak Sabah khususnya.

Katanya, SAFA dan kerajaan Sabah patut mengadakan kejohanan bolasepak peringkat daerah dan kemudian peringkat zon bagi memilih bakat untuk diserap ke pasukan negeri Sabah.

"Macamana kita mencungkil bakat orang kita kalau tiada peluang pertandingan peringkat daerah dan zon? Takkan kita harap kepada pemain import saja, bukanya murah," ujarnya.

"Satu lagi ialah kita adakan balik Kejohanan Bolasepak Borneo misalnya sekarang kita ada Sabah, Sarawak, Brunei dan Indonesia tapi kita boleh juga jemput pasukan dari Filipina sebab mutu bolasepak mereka pun sudah meningkat sekarang," cadang Stanley lagi.

"Coach" Stanley, kini 79, sebenarnya berasal dari Kampung Kerukan, Kuala Penyu tetapi sudah lama menetap di Tuaran. Beliau bukan calang-calang, memiliki ijazah kejurulatihan sukan dari Leeds University dan ijazah sarjana sains sukan dari Leeds Metropolitan University, UK.

Pada artikel saya sebelum ini mengenai Stanley, saya telah menulis betapa beliau ini sepatutnya sekurang-kurangnya sudah dianugerahkan pingat P.G.D.K. yang membawa gelaran "Datuk", seperti pemain-pemain di bawah asuhannya ramai sudah bergelar Datuk.

Diharap Tuan Yang Terutama dan ada pemimpin kerajaan negeri membaca artikel itu dan yang ini untuk pertimbangan mereka." #BorneoHerald









Enough Lies — Stop Distorting Sabah’s Secular Foundation for Religious Propaganda



By Daniel John Jambun, 13-4-2025
WE strongly condemn the recent public remarks by the Mufti of Sabah, who irresponsibly claimed that Islam has been the official religion of Sabah since 1973. This is not just historical distortion — it is a deliberate attempt to rewrite Sabah’s constitutional identity and erase the secular foundation upon which this state was built.

Let us be clear: at the time of Malaysia’s formation in 1963, Sabah had no official religion. This was not an omission — it was a constitutional safeguard, embedded in the 20-Point Agreement, which governed Sabah’s terms of entry into the Federation.

Point 1 of the 20-Point Agreement stated clearly:

“While there is no objection to Islam being the national religion of Malaysia, there should be no State religion in North Borneo (now Sabah), and the provisions relating to Islam in the present Constitution of Malaya should not apply to North Borneo.”

This was the original deal — a solemn assurance to Sabahans of all faiths. The 1973 amendment that inserted Islam as the official religion of Sabah was passed 10 years after Malaysia was formed, without a referendum, and in complete violation of the founding agreement.

State-Sanctioned Mass Conversion: Demographic Engineering Disguised as Dakwah

What the Mufti fails to mention — and what Sabahans know all too well — is that this narrative of Islam as the “natural state religion” was made possible only through decades of aggressive, state-sponsored Islamisation policies.

Beginning in the late 1970s, and peaking during the Mahathir-era federal rule, hundreds of thousands of indigenous Sabahans — particularly Kadazandusun and Murut communities — were systematically converted, sometimes without their full understanding or consent.

Federal religious agencies, schools, and welfare departments were weaponised to incentivise conversions through promises of jobs, scholarships, and aid.

This was not “dakwah”. This was deliberate demographic engineering, with the sole purpose of reducing the non-Muslim majority and diluting Sabah’s Christian and animist heritage.

The result? A manufactured religious shift that has been used to justify unconstitutional amendments, religious dominance, and the erosion of Sabah’s multicultural identity.

To now invoke that manufactured demographic as proof of Islam’s rightful place as a state religion is not only dishonest — it is an insult to the people of Sabah who have been forcibly assimilated, misclassified, and ignored.

The 2019 Enactment: A Step Toward Religious Uniformity

The Mufti also glorifies the 2019 enactment that defines Islam in Sabah through the lens of Ahli Sunnah wal Jamaah, further tightening religious interpretation. But let us be clear: this is not about theology — this is about ideological enforcement.

By restricting Islam in Sabah to only one theological school, the state is no longer just administering religion — it is policing religious thought. That is not the Sabah way.

This Is Not Leadership — This Is Subjugation

We reject the Mufti’s historical revisionism and religious triumphalism. His statements are not only inflammatory — they are part of a wider federal project to erase Sabah’s pluralistic identity and recast it into the image of a monolithic Peninsular model.

Sabahans are not blind. We know our history. We know our rights under MA63. And we will not allow religious authorities to distort our past in order to dominate our future.

Conclusion: Sabah Belongs to All, Not to One Faith Alone

Sabah was never meant to be a religious state. Our strength lies in our diversity, our tolerance, and our founding commitment to coexistence.

We demand the Mufti of Sabah:

Retract his misleading statement immediately;

Respect the constitutional history of Sabah and MA63;

And stop abusing the pulpit to propagate federal religious propaganda.

Sabah must rise — not only to protect our rights, but to defend the very soul of our state.


Daniel John Jambun is President of Borneo's Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo).#


Versi Bahasa Malaysia:

KENYATAAN MEDIA

13 APRIL 2025
KOTA KINABALU

Cukup-Cukuplah Pembohongan — Hentikan Usaha Menyeleweng Asas Sekular Sabah Demi Agenda Agama

Kami mengecam sekeras-kerasnya kenyataan terbaru Mufti Sabah yang secara tidak bertanggungjawab mendakwa bahawa Islam telah menjadi agama rasmi Sabah sejak tahun 1973. Ini bukan sekadar penyelewengan fakta sejarah — ia adalah cubaan terancang untuk menulis semula identiti perlembagaan Sabah dan menghapuskan asas sekular yang menjadi tunjang negeri ini sejak merdeka.

Perlu dijelaskan tanpa berselindung: sewaktu pembentukan Malaysia pada tahun 1963, Sabah tidak mempunyai agama rasmi. Ini bukan kecuaian — ia adalah satu jaminan yang dirunding secara jelas, dan telah termaktub dalam Perkara 1 Perjanjian 20 Perkara, yang menjadi asas utama penyertaan Sabah ke dalam Persekutuan Malaysia.

Perkara 1 Perjanjian 20 Perkara menyatakan:

> “Walaupun tiada bantahan jika Islam dijadikan agama rasmi Persekutuan, tidak seharusnya ada agama rasmi di Borneo Utara (Sabah), dan peruntukan berkaitan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu tidak boleh digunapakai di Sabah.”

Ini adalah janji asal — satu komitmen yang suci antara pemimpin Sabah dengan kerajaan pusat. Pindaan Perlembagaan Negeri Sabah pada tahun 1973 yang memasukkan Islam sebagai agama rasmi negeri dibuat 10 tahun selepas pembentukan Malaysia, tanpa pungutan suara rakyat, dan jelas melanggar semangat serta syarat asal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Penukaran Agama Beramai-Ramai: Proses Islamisasi Terancang untuk Mengubah Demografi Sabah

Apa yang langsung tidak disebut oleh Mufti ialah fakta sejarah yang sengaja disembunyikan daripada pengetahuan umum — bahawa naratif kononnya Islam “sememangnya agama rasmi Sabah” hanya wujud selepas berdekad-dekad pelaksanaan dasar Islamisasi tajaan kerajaan persekutuan.

Bermula lewat 1970-an dan memuncak pada era pentadbiran Tun Dr Mahathir, ratusan ribu rakyat asal Sabah — khususnya kaum Kadazandusun dan Murut — telah dikonversikan secara beramai-ramai, ada yang tanpa kefahaman atau persetujuan sepenuhnya.

Agensi persekutuan, sekolah, jabatan kebajikan dan jabatan agama digunakan untuk menawarkan ganjaran pekerjaan, biasiswa dan bantuan sebagai umpan penukaran agama.

Ini bukan dakwah — ini adalah kejuruteraan demografi terancang, bertujuan untuk mengurangkan populasi bukan Islam dan menghakis warisan Kristian dan animisme Sabah.

Hari ini, perubahan demografi yang dilaksanakan secara sistematik ini digunakan sebagai hujah kononnya Islam adalah “semula jadi” sebagai agama negeri — sedangkan hakikatnya ia didorong oleh paksaan politik dan tidak mencerminkan kehendak sebenar rakyat Sabah.

Enakmen 2019: Langkah Menyempitkan Kepelbagaian Pemikiran Islam di Sabah

Mufti juga memuji Enakmen 2019 yang mentakrifkan Islam di Sabah mengikut fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah, mazhab Syafi’i dan tarekat tertentu. Tetapi ini bukan semata-mata soal akidah — ini adalah cubaan menyempitkan tafsiran agama dan memonopoli pemikiran Islam secara tersirat.

Sabah mempunyai pelbagai tradisi Islam — namun dengan definisi ini, apa yang sedang dilakukan ialah mengawal cara berfikir, bukan hanya cara beribadah. Itu bukan jalan Sabah.

Ini Bukan Kepimpinan — Ini Adalah Penaklukan Budaya dan Ideologi

Kami menolak sekeras-kerasnya cubaan Mufti Sabah untuk menunggang institusi agama bagi menghalalkan penyelewengan sejarah. Kenyataannya bukan sahaja bersifat tidak beretika dan berat sebelah, tetapi ia juga merupakan sebahagian daripada projek sistematik kerajaan pusat untuk mengubah identiti Sabah yang majmuk dan sekular menjadi negeri yang tunduk kepada acuan teokrasi Semenanjung.

Rakyat Sabah tidak bodoh. Kami tahu sejarah kami. Kami tahu hak kami di bawah MA63. Dan kami tidak akan berdiam diri apabila hak kami cuba dipadam dan diganti dengan tafsiran sempit yang tidak mencerminkan realiti sosial dan budaya negeri ini.

Kesimpulan: Sabah Milik Semua, Bukan Milik Satu Agama Sahaja

Sabah tidak pernah dimaksudkan untuk menjadi negeri agama. Kekuatan Sabah terletak pada kepelbagaian, toleransi dan keharmonian antara komuniti.

Kami menuntut agar:

Mufti Sabah menarik balik kenyataan mengelirukan ini secara terbuka;

Menghormati sejarah sebenar penubuhan Sabah dan kandungan Perjanjian MA63;

Dan berhenti menggunakan kedudukan agama untuk menyebar propaganda politik yang menyesatkan.


Sabah mesti bangkit — bukan sekadar untuk mempertahankan hak, tetapi untuk melindungi jiwa sebenar negeri ini.

Daniel John Jambun ialah Presiden Borneo's Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo).#BorneoHerald

Sabah’s Education System Must Emulate Sarawak’s to Restore National Identity



                          Daniel John Jambun

By Daniel John Jambun, 4-4-2025
WE strongly echo the sentiments shared by heritage advocate Lai King Hang regarding the deep flaws in Sabah’s current education system, which have contributed significantly to the erosion of local identity and, by extension, national unity.

Lai, founder of the Sandakan Heritage Trail, was responding to the Education Ministry’s directive on March 25, requiring all students nationwide to wear the Jalur Gemilang badge on their uniforms beginning April 21, as a move to instill national pride. While the intention is appreciated, symbols alone cannot foster patriotism when the historical narrative behind them is missing or misunderstood.

Sabah’s younger generation is growing up disconnected from their roots. Many do not know that Sabah was not a passive entrant into the Federation of Malaysia but a founding partner in 1963. This critical piece of our national story has been diluted—or in some cases omitted—due to the long-standing exclusion of local historical content in our education syllabus since the mid-1960s.

In contrast, Sarawak has made substantial progress by establishing its own Ministry of Education, Innovation and Talent Development (MEITD), giving it greater autonomy to shape its curriculum and prioritize local history, culture, and identity. This model has enabled Sarawak to instill a more meaningful sense of state and national belonging among its youth.

Sabah must consider a similar path. Currently, our state’s education matters fall under the Science, Technology and Innovation Ministry, which offers no direct authority over curriculum content. This structural limitation prevents us from including essential historical context in classrooms, including our role in the Malaysia Agreement 1963 (MA63), the Cobbold Commission, and the unique path Sabah took toward federation.

Heritage advocate Lai has demonstrated through the Sandakan Heritage Trail how experiential learning can spark curiosity and pride among students. These local efforts, when backed by institutional support, can become powerful tools for civic and national education.

We therefore urge:

1. The establishment of a dedicated Sabah education authority, or reforms granting more autonomy to the Sabah Education Department.

2. The immediate reintegration of Sabah-centric historical content in the curriculum.

3. Support for co-curricular initiatives—such as heritage clubs, storytelling sessions, and historical field visits—that connect students with their communities and origins.

Patriotism cannot be built on superficial gestures alone. It must be anchored in knowledge, memory, and context. As Lai rightly said, “Patriotism without memory is fragile.” We owe it to the next generation of Sabahans to ensure they wear the national flag not just with pride—but with understanding.

Daniel John Jambun is President of Borneo's Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo).



Versi Bahasa Malaysia:

KENYATAAN MEDIA  
Untuk Siaran Segera  
Tarikh: 4 April 2025  

Sistem Pendidikan Sabah Perlu Mencontohi Sarawak untuk Memulihkan Identiti Nasional 

KAMI menyokong sepenuhnya pandangan yang dikongsi oleh pejuang warisan, Lai King Hang, mengenai kelemahan mendalam dalam sistem pendidikan Sabah yang telah menyumbang kepada hakisan identiti tempatan dan, seterusnya, perpaduan nasional.  

Lai, pengasas Sandakan Heritage Trail, mengulas mengenai arahan Kementerian Pendidikan pada 25 Mac yang mewajibkan semua pelajar di seluruh negara memakai lencana Jalur Gemilang di uniform mereka mulai 21 April, sebagai langkah untuk memupuk semangat kebangsaan. Walaupun niat ini dihargai, simbol semata-mata tidak dapat menanamkan patriotisme jika naratif sejarah di sebaliknya tiada atau disalahfahami.  

Generasi muda Sabah membesar tanpa kaitan dengan asal-usul mereka. Ramai tidak tahu bahawa Sabah bukanlah penyertaan pasif ke dalam Persekutuan Malaysia, tetapi rakan pengasas pada tahun 1963. Fakta penting dalam sejarah negara ini telah dicairkan—atau dalam beberapa kes, diabaikan—akibat ketiadaan kandungan sejarah tempatan dalam sukatan pelajaran sejak pertengahan 1960-an.  

Sebaliknya, Sarawak telah membuat kemajuan besar dengan menubuhkan Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) sendiri, memberikan autonomi lebih besar untuk membentuk kurikulum mereka dan memprioritaskan sejarah, budaya, dan identiti tempatan. Model ini membolehkan Sarawak menanamkan rasa kekitaan negeri dan nasional yang lebih bermakna dalam kalangan anak muda mereka.  

Sabah perlu mempertimbangkan pendekatan serupa. Pada masa ini, hal ehwal pendidikan negeri di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, yang tidak mempunyai kuasa langsung ke atas kandungan kurikulum. Batasan struktur ini menghalang kita daripada memasukkan konteks sejarah penting dalam bilik darjah, termasuk peranan kita dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Suruhanjaya Cobbold, dan laluan unik Sabah ke arah pembentukan persekutuan.  

Pejuang warisan Lai telah menunjukkan melalui Sandakan Heritage Trail bagaimana pembelajaran melalui pengalaman boleh menimbulkan rasa ingin tahu dan bangga dalam kalangan pelajar. Usaha tempatan seperti ini, jika disokong oleh institusi, boleh menjadi alat yang kuat untuk pendidikan sivik dan kebangsaan.  

Oleh itu, kami menyeru:  

1. Penubuhan sebuah badan pendidikan khusus Sabah, atau reformasi yang memberikan lebih autonomi kepada Jabatan Pendidikan Sabah.  

2. Penyepaduan semula kandungan sejarah berfokuskan Sabah dalam kurikulum dengan segera.  

3. Sokongan terhadap inisiatif kokurikulum—seperti kelab warisan, sesi bercerita, dan lawatan sejarah—yang menghubungkan pelajar dengan komuniti dan asal-usul mereka.  

Patriotisme tidak boleh dibina atas dasar lambang semata-mata. Ia mesti berakar pada pengetahuan, ingatan, dan konteks. Seperti yang diungkapkan Lai dengan tepat, "Patriotisme tanpa ingatan adalah rapuh." Kita berhutang dengan generasi muda Sabah untuk memastikan mereka memakai bendera negara bukan sekadar dengan bangga—tetapi dengan kefahaman.  

Daniel John Jambun
Presiden  
Borneo's Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo).#

Search This Blog