Oleh Daniel John Jambun, 28-3-2025
KEPUTUSAN terbaru kerajaan Sabah pimpinan GRS untuk memanjangkan sambutan Hari Jadi Tuan Yang Terutama (TYT) Sabah melebihi acara sehari yang lazim telah mencetuskan kebimbangan dan kritikan meluas daripada rakyat — dan ianya amat berasas.
Sambutan tersebut pada awalnya dirancang untuk berlangsung selama tiga bulan, satu tempoh yang amat keterlaluan. Selepas menerima bantahan awam, kerajaan tergesa-gesa menyemak semula tempoh itu kepada sebulan. Namun, alasan yang diberikan kononnya perbelanjaan kali ini adalah 30% lebih murah berbanding tahun-tahun sebelumnya adalah tidak masuk akal. Bagaimana mungkin sambutan selama sebulan menelan kos yang lebih rendah daripada sambutan sehari?
Lebih mengelirukan, tarikh rasmi Hari Jadi TYT ialah pada 30 Mac, namun sambutan dikatakan akan berlarutan sehingga bulan Jun. Apakah rasional di sebalik sambutan yang dilanjutkan selama tiga bulan ini? Kerajaan GRS perlu memberi penjelasan. Rakyat Sabah bukan bodoh. Kami berhak menuntut ketelusan dan pertanggungjawaban.
Sambutan mewah ini bukan soal menghormati TYT. Ia lebih menyerlahkan sandiwara politik, pemujaan ego, dan pembaziran wang rakyat—pada saat Sabah sedang berdepan dengan isu-isu sebenar yang lebih mendesak: sistem kesihatan yang kekurangan dana, sekolah-sekolah yang terabai, infrastruktur yang lemah, serta jurang pembangunan luar bandar yang semakin melebar.
Harus ditegaskan — tiada raja di dunia, hatta Yang di-Pertuan Agong sekalipun, yang diraikan secara berlebihan seperti ini. Bahkan Nabi Muhammad SAW juga hanya dikenang secara sederhana dan penuh penghayatan, bukan dengan sambutan sebulan lamanya. Ini sudah melampaui batas kewarasan.
Persoalannya: apa yang begitu istimewa tentang TYT sekarang ini berbanding semua TYT terdahulu?
Kerajaan GRS perlu tampil segera memberikan penjelasan berhubung keputusan ini atau hentikan terus pembaziran ini. Rakyat Sabah layak dipimpin oleh mereka yang berintegriti, bukan mereka yang gemar berdrama.
Daniel John Jambun ialah seorang aktivis Sabah dan Presiden Borneo's Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo).#
The English version :
28th March 2025
Sabah Deserves Better: Stop the Excessive TYT Birthday Celebrations
The recent decision by the GRS-led Sabah government to extend the Yang di-Pertua Negeri’s (TYT) birthday celebrations beyond the traditional one-day event has sparked widespread public concern—and rightly so.
Initially slated to last an outrageous three months, the celebrations were hastily revised to one month after public backlash. Even then, the justification was that the revised celebration would cost 30% less than previous years—a claim that defies logic. How can a one-month celebration cost less than a single-day event?
Even more puzzling is the timeline. The TYT’s official birthday falls on 30th March, so what possible justification is there for extending festivities into June? The GRS government owes the people an explanation. Sabahans are not a bunch of idiots. Sabahans has the right to demand transparency and accountability.
This lavish display is not about honoring the TYT. It reeks of political grandstanding, ego pampering, and the mismanagement of public funds—at a time when Sabah faces real, urgent problems: underfunded healthcare, neglected schools, poor infrastructure, and a widening gap in rural development.
Let us be clear—no monarch in the world, not even the Agong, enjoys this kind of excessive celebration. Not even Prophet Muhammad (PBUH) is commemorated with a month-long event. This is beyond reason.
In a nutshell what is so special with this present TYT as compared to all those previous TYT.
GRS government must immediately justify this decision or cancel the excessive spending altogether. The people of Sabah deserve leadership with integrity, not theatrics.
Daniel John Jambun is President of an NGO, Borneo's Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo).#
No comments:
Post a Comment