A Joint Statement by Borneo NGO leaders, 24-3-2025
KOTA KINABALU : WE the Borneo NGOs issues this statement in response to the ongoing betrayal of Sabah by the Federal Government—specifically over the unresolved 40% net revenue entitlement under the Malaysia Agreement 1963 (MA63). After six decades of deception, delay, and disrespect, we say this loud and clear: Enough is enough.
Despite being a founding partner of Malaysia, Sabah has been treated as a stepchild in this Federation—denied our constitutional rights, exploited for our resources, and fed with crumbs while we continue to suffer under the worst poverty, infrastructure, and public service indicators in the nation.
The most glaring and insulting example is the Federal Government’s persistent failure to resolve the 40% net revenue owed to Sabah, a commitment clearly enshrined in MA63 and the Federal Constitution. Thirteen times Sabah has asked. Thirteen times we have been ignored.
Deputy Chief Minister Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan has now given a final deadline: June 30, 2025. The Federal Government must deliver a clear, binding resolution. No more “technical committees.” No more interim payments. No more excuses.
If the Federal Government Fails, Sabah Will Act
Should Putrajaya fail—again—to deliver justice to Sabah, Warisan supports and demands the following actions:
1. Appoint an Independent International Assessor
A neutral, internationally-recognized assessor must be engaged to calculate what is rightfully owed to Sabah. We will no longer trust the hand that has repeatedly cheated us.
2. Review MA63 at the United Nations
MA63 is not just a domestic document—it is an international treaty registered at the United Nations. If the Federal Government of Malaysia continues to violate its terms, Sabah reserves the right to bring the matter to the UN for review and intervention. The world must know the truth.
3. Refer the Case to the International Court of Justice (ICJ)
A continued breach of MA63 constitutes a violation of international law. Sabah is prepared to escalate this matter to the ICJ to uphold our sovereign rights and expose the illegitimacy of the Federal Government’s actions.
4. Mobilize the People
We will take this fight to the streets, to the villages, to the youth. If the Federal Government won’t listen to our leaders, then it will hear the united roar of Sabahans demanding justice. This is no longer a political issue—it is a people’s movement.
5. Enact State Laws to Assert MA63 Rights
Sabah must begin asserting its constitutional rights through its own legislative authority. We will pursue state laws that reclaim control over our natural resources, taxation, and administrative powers—even without federal consent. The time for polite begging is over.
Final Message to the Federal Government:
Sabah is not a colony. We are not your ATM. We are not your afterthought.
If the Federal Government refuses to honour MA63 by June 30, it will mark a point of no return. Warisan will lead a new chapter in Sabah’s struggle—one that no longer waits for permission to claim what is already ours.
After all MA63 is already in terminal breach and we are entitled to seek as alternative resolutions.
Justice delayed is justice denied. And we will be denied no longer.
Daniel John Jambun President Borneo's Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo)
Robert Pei President Sabah Sarawak Rights Australian New Zealand (SSRANZ)
Moses Anap President Republic of Sabah North Borneo (RSNB)
Jovilis Majami President Persatuan Pembangunan Sosial Komuniti Sabah (BANGUN)
Ricky Ganang Penasihat Forum Adat Masyarakat Dataran Tanah Tinggi Sabah (FORMADAT)
Cleftus Stephen Mojingol President Pertubuhan Kebajikan Rumpun Dayak Sabah (PKRDS)#
Versi Bahasa Melayu:
KENYATAAN MEDIA BERSAMA
24 Mac 2024
"60 Tahun Pengkhianatan: Sabah Tidak Akan Terus Berdiam Diri"
Kota Kinabalu: Kami, NGO-NGO Borneo, mengeluarkan kenyataan ini sebagai respon kepada pengkhianatan berterusan Kerajaan Persekutuan terhadap Sabah—khususnya mengenai kegagalan menyelesaikan isu tuntutan 40% hasil bersih yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Selepas enam dekad penipuan, kelewatan, dan penghinaan, kami nyatakan dengan jelas: Cukuplah!
Meskipun menjadi rakan pengasas Malaysia, Sabah telah dilayan seperti anak tiri dalam Persekutuan ini—hak perlembagaan dinafikan, hasil negeri dieksploitasi, dan hanya diberikan sisa, sementara rakyat Sabah terus menderita dengan kadar kemiskinan, infrastruktur, dan perkhidmatan awam terburuk dalam negara.
Contoh paling ketara dan menghina adalah kegagalan Kerajaan Persekutuan menyelesaikan isu tuntutan 40% hasil bersih yang dijanjikan kepada Sabah—komitmen yang telah dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian MA63. Tiga belas kali Sabah meminta. Tiga belas kali juga kami diabaikan.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan telah menetapkan tarikh akhir: 30 Jun 2025. Kerajaan Persekutuan mesti memberikan penyelesaian yang jelas dan mengikat. Tiada lagi 'jawatankuasa teknikal'. Tiada lagi bayaran interim. Tiada lagi alasan.
Jika Kerajaan Persekutuan Gagal, Sabah Akan Bertindak
Sekiranya Putrajaya sekali lagi gagal memberikan keadilan kepada Sabah, kami menyokong dan menuntut tindakan-tindakan berikut:
1. Melantik Penilai Bebas Antarabangsa
Seorang penilai bebas yang diiktiraf di peringkat antarabangsa mesti dilantik untuk mengira jumlah sebenar yang sepatutnya dibayar kepada Sabah. Kami tidak akan lagi mempercayai tangan yang telah berulang kali menipu kami.
2. Semakan MA63 di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
MA63 bukan hanya dokumen domestik—ia adalah perjanjian antarabangsa yang didaftarkan di PBB. Jika Kerajaan Persekutuan terus melanggarnya, Sabah berhak membawa perkara ini ke PBB untuk disemak dan dikaji semula. Dunia perlu tahu kebenaran.
3. Rujuk Kes ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)
Pelanggaran berterusan terhadap MA63 adalah satu kesalahan undang-undang antarabangsa. Sabah bersedia untuk membawa kes ini ke ICJ bagi mempertahankan hak kedaulatan dan mendedahkan ketidaklegitiman tindakan Kerajaan Persekutuan.
4. Mobilisasi Sokongan Rakyat
Perjuangan ini akan dibawa ke jalanan, ke kampung-kampung, dan kepada golongan muda. Jika pemimpin tidak didengari, biar suara rakyat yang menggegar Putrajaya. Ini bukan lagi isu politik—ini adalah gerakan rakyat.
5. Menggubal Undang-Undang Negeri untuk Tegaskan Hak MA63
Sabah mesti mula menegaskan haknya melalui kuasa legislatif negeri. Undang-undang yang mengembalikan kuasa ke atas hasil bumi, cukai, dan pentadbiran akan digubal—walaupun tanpa restu Persekutuan. Masa untuk merayu secara sopan telah tamat.
Pesanan Terakhir kepada Kerajaan Persekutuan:
Sabah bukan jajahan. Kami bukan mesin wang anda. Kami bukan sisa dalam perancangan nasional.
Jika Kerajaan Persekutuan gagal menghormati MA63 sebelum 30 Jun, ia akan menandakan titik tanpa kembali. Kami akan memulakan fasa baharu dalam perjuangan Sabah—satu fasa yang tidak lagi menunggu izin untuk menuntut hak yang sememangnya milik kami.
Keadilan yang ditangguh adalah keadilan yang dinafikan. Dan kami tidak akan terus dinafikan lagi.
Daniel John Jambun
Presiden Borneo's Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo)
Robert Pei
Presiden Sabah Sarawak Rights Australian New Zealand (SSRANZ)
Moses Anap
Presiden Republic of Sabah North Borneo (RSNB)
Jovilis Majami
Presiden Persatuan Pembangunan Sosial Komuniti Sabah (BANGUN)
Ricky Ganang
Penasihat Forum Adat Masyarakat Dataran Tanah Tinggi Sabah (FORMADAT)
Cleftus Stephen Mojingol
Presiden Pertubuhan Kebajikan Rumpun Dayak Sabah (PKRDS)
No comments:
Post a Comment