Oleh Daniel John Jambun, 21-2-2025
PENDEDAHAN terbaru oleh YB Junz Wong mengenai projek konsesi air bernilai RM15 bilion di Sabah telah membongkar rasuah terang-terangan, penyalahgunaan kuasa, dan ketidaktelusan yang dilakukan oleh kerajaan negeri ketika ini.
Projek sebesar ini—yang secara langsung mempengaruhi akses rakyat kepada air bersih—sedang dipertimbangkan untuk diswastakan tanpa melalui proses tender terbuka. Ini adalah satu pengkhianatan terhadap kepercayaan rakyat.
Penglibatan syarikat meragukan, Jagat Potency, yang tidak mempunyai rekod pencapaian atau keupayaan kewangan yang terbukti, menimbulkan tanda tanya besar. Bagaimana syarikat tanpa kepakaran dalam pengurusan air boleh diberi kepercayaan untuk menjalankan projek sebesar ini?
Mengapa kontrak ini tidak dibuka untuk tender bagi menarik syarikat yang mempunyai keupayaan kewangan dan kepakaran teknikal yang diperlukan bagi menjamin bekalan air yang berkualiti untuk Sabah? Ini tidak lain hanyalah satu rancangan jahat untuk mengkayakan kroni dengan mengorbankan rakyat.
Lebih membimbangkan lagi, Sabah Credit Corporation (SCC), sebuah GLC milik kerajaan negeri, turut dipaksa untuk membiayai projek ini. Jika syarikat yang dipilih mempunyai dana yang mencukupi dan rekod prestasi yang baik dalam industri air, maka penglibatan SCC tidak akan diperlukan sama sekali.
Mengapa sumber kewangan awam digunakan untuk membiayai syarikat yang tidak dikenali dan tidak layak? Ini adalah satu perjudian yang tidak bertanggungjawab terhadap dana negeri—dana yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan sebenar, bukan untuk menyelamatkan urus niaga korporat yang mencurigakan.
Lebih teruk lagi, individu di sebalik Jagat Potency termasuk empat individu yang mempunyai nama keluarga Teo, menimbulkan kebimbangan mengenai kemungkinan kaitan mereka dengan skandal Sabah Watergate, kes rasuah terbesar dalam sejarah Malaysia.
Adakah kita sedang menyaksikan satu lagi bencana berbilion ringgit yang bakal berlaku? Rakyat Sabah menuntut jawapan, dan kami mahukannya sekarang!
Selain itu, percanggahan kenyataan antara Menteri Kewangan Datuk Masidi dan Sabah Credit Corporation menunjukkan satu usaha yang dirancang untuk mengelirukan rakyat.
Walaupun Datuk Masidi mendakwa tiada penglibatan, dokumen rasmi membuktikan bahawa wakil SCC hadir dalam mesyuarat berkaitan projek ini. Pembohongan ini jelas menunjukkan kerajaan sedang menyembunyikan kebenaran daripada rakyat.
Rakyat Sabah berhak mendapat sebuah kerajaan yang telus dan bertanggungjawab, bukan kerajaan yang diam-diam berunding mengenai kontrak bernilai berbilion ringgit dengan syarikat tidak berwibawa yang ada kaitan dengan skandal rasuah lampau.
Kerajaan GRS-PH perlu dipertanggungjawabkan atas penyalahgunaan kuasa ini. Kami menuntut jawapan segera daripada Datuk Hajiji, Datuk Masidi, dan Datuk Shahelmey—mengapa perjanjian ini dipertimbangkan? Siapa yang akan mendapat keuntungan? Dan lebih penting, mengapa rakyat tidak diberi maklumat yang jelas?
Projek RM15 bilion ini, jika disalah urus, akan menyebabkan kenaikan tarif air yang drastik, membebankan rakyat Sabah untuk tempoh yang panjang. Rakyat Sabah tidak akan membiarkan kerajaan ini memperjudikan keperluan asas kami hanya untuk kepentingan segelintir pihak berkepentingan.
Kami menuntut ketelusan sepenuhnya, penghentian segera perjanjian ini, serta pembebasan segera semua dokumen berkaitan dengan skim penswastaan ini. Cukup sudah. Hentikan pembohongan, hentikan rasuah, dan hentikan penjualan masa depan Sabah!
Daniel John Jambun ialah Presiden
Borneo's Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo)#
The English version:
Press Statement
Sabah State Government’s RM15 Billion Water Scandal: A Clear Case of Corruption and Abuse of Power
The recent revelations by YB Junz Wong surrounding the RM15 billion water concession project in Sabah expose the blatant corruption, abuse of power, and lack of transparency by the current state government. The fact that a project of this magnitude—one that directly affects the people’s access to clean water—is being considered for privatization without an open tender process is a complete betrayal of public trust.
The involvement of a dubious company, Jagat Potency, which lacks any proven track record and financial capability, raises serious red flags. How can a company with no expertise in water management be entrusted with a project of this scale? Why was this contract not put up for open tender to invite established companies with the financial strength and technical know-how to deliver a reliable water supply for Sabah? This is nothing short of a deliberate scheme to enrich cronies at the expense of the rakyat.
What is even more alarming is the fact that Sabah Credit Corporation (SCC), a state-owned GLC, is being dragged into financing this project. If a company with adequate funds and a proven track record in the water industry had been appointed, there would be absolutely no need for Sabah Credit Corporation to get involved. Why should public resources be used to finance an unknown and unqualified company? This is an irresponsible gamble with state funds—funds that belong to the people of Sabah and should be used for genuine development, not for bailing out shady corporate dealings.
Worse still, the individuals behind Jagat Potency include four individuals carrying the surname Teo—raising serious concerns about their potential links to the infamous Sabah Watergate scandal, the largest corruption case in Malaysian history. Are we witnessing another multi-billion ringgit disaster in the making? The people of Sabah demand answers, and we demand them now.
Furthermore, the blatant contradiction in statements from Finance Minister Datuk Masidi and Sabah Credit Corporation suggests an orchestrated attempt to mislead the public. While Datuk Masidi claims no involvement, official documents show that Sabah Credits Corporation was represented at a meeting discussing this very project. This deception is proof that the government is hiding the truth from the people.
Sabahans deserve a transparent and accountable government, not one that secretly negotiates billion-ringgit contracts with shell companies linked to past corruption scandals. The GRS-PH government must be held responsible for this outrageous abuse of power. We demand immediate answers from Datuk Hajiji, Datuk Masidi, and Datuk Shahelmey—why was this deal even considered in the first place? Who stands to benefit? And more importantly, why is the public being kept in the dark?
This RM15 billion project, if mismanaged, will lead to a catastrophic rise in water tariffs, burdening Sabahans for decades. The people of Sabah will not allow this government to gamble with our basic necessities to serve the interests of a select few.
We demand full transparency, an immediate halt to this reckless deal, and the immediate release of all documents related to this privatization scheme. Enough is enough. Stop the lies, stop the corruption, and stop selling out Sabah’s future.
Daniel John Jambun
President
Borneo`s Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo)
[21/02, 4:25 pm] Daniel John Jambun: Kenyataan Akhbar
21hb Februari 2025#
No comments:
Post a Comment