Top posts

Featured Posts

Claiming innocence using MACC's statement is a new new, says Daniel John Jambun


By Daniel John Jambun, 19-2-2025
I find it deeply troubling that Kemabong assemblyman Datuk Rubin Balang and Sindumin assemblyman Datuk Dr. Yusof Yacob have rushed to declare themselves “innocent” following the Malaysian Anti-Corruption Commission’s (MACC) decision to dismiss the allegations against them. Let me make this clear—it is not MACC Chief Commissioner Tan Sri Azam Baki who determines innocence. Only the court of law has the authority to declare someone free from guilt after hearing all the evidence.

The claim by these assemblymen that they had “no wrongdoing in terms of all activities” is completely misleading. The reality is that they have simply been let off the hook by Azam Baki’s double standards in law enforcement. It is undeniable that the MACC has aggressively pursued cases against certain individuals in the past based on similar leaked evidence. Why is this case being treated differently?

The dismissal of the leaked video as “heavily edited” and lacking credibility raises serious concerns. Was an independent forensic analysis conducted? Were the individuals involved subjected to further questioning? Were financial records examined? A thorough investigation involves more than just dismissing key evidence—it requires a comprehensive review of all supporting materials, including financial transactions, witness testimonies, and any related documents. Why was this not done?

Datuk Yusof Yacob’s attempt to redefine corruption by claiming it requires a visible donor, a recipient, and evidence of money being exchanged is both misleading and an insult to the intelligence of the public. Corruption investigations do not rely solely on catching transactions in real-time—they involve tracing illicit activities, improper dealings, and abuse of power that may not always be captured in a single video.

If Datuk Rubin Balang and Datuk Yusof Yacob are so confident in their innocence, then why not lodge a police report and sue the whistleblower for defamation? If the allegations are false, they should have nothing to fear. After all, they have Azam Baki as their prime witness to back them up. So, what’s stopping them? Their reluctance to take legal action against the whistleblower only raises further doubts about their claims of innocence.

Furthermore, with a MACC chief like Azam Baki leading the country’s anti-corruption efforts, it is no surprise that Malaysia has topped the list of the most corrupt countries in the world in 2023. His leadership has only reinforced the public perception that corruption is not only tolerated but also protected when it involves certain individuals. This blatant disregard for transparency and accountability is exactly why Malaysia continues to struggle with systemic corruption.

The public must ask—if these assemblymen are truly innocent, why are they so eager to close the case instead of supporting a full, impartial investigation? If there is truly no wrongdoing, an open, transparent legal process should clear them, not a selective statement from the MACC.

This is yet another example of selective investigation and political favoritism by MACC under Azam Baki’s leadership. The people of Sabah and Malaysia deserve an anti-corruption body that enforces the law fairly, not one that shields certain individuals while selectively targeting others.

I call upon the MACC to reopen the investigation, allow an independent forensic review of the evidence, and ensure that all individuals involved are held accountable through due process in the court of law. Anything less is a betrayal of justice and the trust of the rakyat.

Whatever it is, the court of public opinion will make their own judgment and deliver their verdict in this coming Sabah state election to be held this year.

Daniel John Jambun is President of Borneo`s Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo).



Versi bahasa Melayu :

Kenyataan Akhbar
19 Februari 2025

Mendakwa Tidak Bersalah melalui Siasatan Terpilih SPRM dan Standard Berganda

Saya mendapati amat membimbangkan apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong, Datuk Rubin Balang dan ADUN Sindumin, Datuk Dr. Yusof Yacob tergesa-gesa mengisytiharkan diri mereka sebagai “tidak bersalah” selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memutuskan untuk menolak dakwaan terhadap mereka. Saya ingin menjelaskan satu perkara—bukan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, yang menentukan seseorang itu tidak bersalah. Hanya mahkamah yang berhak mengisytiharkan seseorang bebas daripada kesalahan selepas semua bukti dikemukakan dan dibicarakan.

Dakwaan oleh kedua-dua ADUN ini bahawa mereka “tidak melakukan sebarang kesalahan dalam semua aktiviti” adalah sangat mengelirukan. Hakikatnya, mereka hanya dilepaskan kerana standard berganda dalam penguatkuasaan undang-undang oleh Azam Baki. Tidak dapat dinafikan bahawa SPRM sebelum ini telah bertindak agresif dalam menyiasat individu lain berdasarkan bukti yang bocor. Mengapa kes ini dilayan secara berbeza?

Penolakan video bocor sebagai “suntingan berat” dan tidak mempunyai kredibiliti menimbulkan persoalan serius. Adakah analisis forensik bebas telah dijalankan? Adakah individu yang terlibat telah disoal siasat dengan lebih lanjut? Adakah rekod kewangan diperiksa? Siasatan yang menyeluruh memerlukan lebih daripada sekadar menolak bukti utama—ia perlu melibatkan semakan terperinci terhadap semua bahan sokongan, termasuk transaksi kewangan, keterangan saksi, dan dokumen berkaitan. Mengapa semua ini tidak dilakukan?

Percubaan Datuk Yusof Yacob untuk mentakrifkan rasuah sebagai sesuatu yang hanya boleh dibuktikan dengan kewujudan penderma, penerima, serta bukti pertukaran wang adalah satu penyelewengan fakta dan penghinaan terhadap kecerdikan rakyat. Siasatan rasuah tidak semata-mata bergantung kepada tangkapan secara langsung dalam transaksi—ianya melibatkan penjejakan aktiviti haram, urus niaga yang mencurigakan, dan penyalahgunaan kuasa yang mungkin tidak sentiasa dapat dirakam dalam satu video.

Jika Datuk Rubin Balang dan Datuk Yusof Yacob begitu yakin dengan kejujuran mereka, mengapa mereka tidak membuat laporan polis dan menyaman pemberi maklumat atas fitnah? Jika dakwaan itu tidak benar, mereka tidak mempunyai sebab untuk takut. Lagipun, mereka mempunyai Azam Baki sebagai saksi utama untuk menyokong mereka. Jadi, apa yang menghalang mereka? Keengganan mereka untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemberi maklumat hanya menimbulkan lebih banyak keraguan terhadap dakwaan mereka bahawa mereka tidak bersalah.

Tambahan pula, dengan seorang Ketua SPRM seperti Azam Baki yang mengetuai usaha membanteras rasuah di negara ini, tidak mengejutkan apabila Malaysia tersenarai sebagai antara negara paling korup di dunia pada tahun 2023. Kepimpinannya hanya mengukuhkan persepsi rakyat bahawa rasuah bukan sahaja dibenarkan tetapi turut dilindungi apabila melibatkan individu tertentu. Sikap tidak peduli terhadap ketelusan dan akauntabiliti inilah yang menyebabkan Malaysia terus bergelut dengan masalah rasuah sistemik.

Rakyat perlu bertanya—jika benar ADUN-ADUN ini tidak bersalah, mengapa mereka begitu tergesa-gesa mahu menutup kes ini daripada menyokong siasatan penuh dan tidak berat sebelah? Jika benar tiada kesalahan dilakukan, proses undang-undang yang terbuka dan telus seharusnya membersihkan nama mereka, bukannya kenyataan terpilih daripada SPRM.

Ini sekali lagi merupakan contoh siasatan terpilih dan layanan istimewa oleh SPRM di bawah kepimpinan Azam Baki. Rakyat Sabah dan Malaysia berhak mendapat sebuah badan anti-rasuah yang melaksanakan undang-undang dengan adil, bukan yang melindungi individu tertentu sambil menyasarkan yang lain.

Saya menggesa SPRM untuk membuka semula siasatan, membenarkan semakan forensik bebas terhadap bukti, dan memastikan semua individu yang terlibat dihadapkan ke muka pengadilan melalui proses perundangan yang sewajarnya. Sebarang tindakan kurang daripada ini adalah satu pengkhianatan terhadap keadilan dan kepercayaan rakyat.

Apa pun, mahkamah pendapat umum akan membuat keputusan mereka sendiri dan memberikan hukuman dalam pilihan raya negeri Sabah yang bakal diadakan tahun ini.

Daniel John Jambun
Presiden
Borneo’s Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo)#

No comments:

Post a Comment

Search This Blog