RAYUAN Ketua Menteri Datuk Hajiji Mohd Noor supaya diberi sekali lagi peluang memerintah selepas Pilihanraya Negeri (PRN) nampaknya ditolak lebih 90% daripada netizen yang mengomen rayuannya seperti tersiar di facebook.
Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) membuat rayuan itu semalam pada satu perhimpunan pemimpin-pemimpin GRS bersama kira-kira 7,000 pegawai dan kakitangan kerajaan di SICC Kota Kinabalu.
"Dengan hati dan minda yang terbuka, saya berharap kerajaan ini akan diberi peluang sekali lagi oleh rakyat untuk meneruskan pemerintahan di negeri ini.." antara lain rayuan Hajiji yang disiar pelbagai media termasuk oleh Sabah News Today.
Bagaimanapun, 95% pengomen di halaman fb Sabah News Today menolak rayuan Ketua Menteri itu malah ramai yang membidas dan memandang remeh rayuan ketua GRS itu yang juga presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS).
Ramai yang menuduh bukan saja kerajaan GRS pimpinan Hajiji sebagai gagal mentadbir negeri tetapi membiarkan rasuah dan salah guna kuasa berleluasa.
Hajiji adalah ADUN Sulaman selama tujuh penggal sejak 1990 dan telah memegang banyak portfolio sebelum menjadi Ketua Menteri pada 2020.
Seorang yang bernama Sabtu Rani, mengomen: "Tiada sudah peluang ke 2 selepas apa yang berlaku sekarang.. Yb2 makin kaya rakyat terus menderita, kalau pasal makan tiada masalah tapi keperluan seharian spt jalanraya, air dan elektrik teruk betul masa GRS jadi kerajaan".
"Cukuplah sudah apa yang Sabahan rasa 5 tahun memerintah.. kemas2 la pezabat kamu tu ya.." kata seorang netizen bernama Abdul Malek bin Midi.
Berikut beberapa paparan skrin komen netizen di fb supaya pembaca boleh membuat sendiri kesimpulan :
No comments:
Post a Comment