Pemimpin SEDAR letak jawatan


                 Muhammad Ridzuan Abdullah

Oleh Jayden Lisandu, 5-11-2024
BELURAN : Parti Sedar Rakyat (SEDAR) cawangan Sabah kehilangan dua pemimpin tertinggi parti itu di sini apabila dua Ketua Bahagiannya dilaporkan meninggalkan parti itu.

Muhammad Ridzuan Abdullah, Ketua Bahagian Sugut, dalam satu kenyataan pendek hari ini mengumumkan beliau mengundurkan diri sebagai ahli SEDAR sekali gus Ketua Bahagian Sugut, berkuat kuasa 4hb November, 2024. 

"Saya menghargai pengalaman yang saya perolehi selama memegang jawatan dalam SEDAR dan berterima kasih atas kesempatan itu," katanya ringkas tanpa menyatakan langkah beliau seterusnya. 

Muhammad Ridzuan Abdullah ( yang bertanda ) meninggalkan SEDAR. Marx Henry Lim(berdiri paling kiri) juga dilaporkan meninggalkan parti asal Sarawak itu.

Bagaimanapun ketika dihubungi Borneo Herald, Muhammad Ridzuan, berkata beliau akan terus aktif melayani masyarakat khususnya di Sugut.

Sementara itu, Ketua Bahagian SEDAR di Labuk, Marx Henry Lim, juga disebut-sebut sudah meninggalkan parti SEDAR untuk menyertai semula Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan dilaporkan kelihatan bersama-sama pimpinan KDM dalam jelajahnya termasuk di Kota Belud baru-baru ini.#


No comments:

Post a Comment