Top posts

Featured Posts

PBS nafi ingin bersama Warisan, PBS komited bersama GRS, kata Presidennya


            Datuk Dr Joachim Gunsalam, Presiden PBS merangkap Timbalan Ketua Menteri Sabah.


3-10-2024
KOTA KINABALU : Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Dr Joachim Gunsalam, menafikan laporan atau khabar angin yang Majlis Tertinggi partinya berharap PBS, StarSabah dan Warisan akan dapat membentuk kerjasama sebagai alternatif baru.

"Tiada kebenaran laporan ini. PBS kekal dan komitted bersama GRS", kata Dr Joachim ketika dihubungi Borneo Herald hari ini.

Dr Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata ada pihak yang cuba mengelirukan orang-ramai dalam hal itu.

"Ini cubaan mengelirukan rakyat Sabah," katanya ringkas.

PBS dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara itu hari ini.

Khabar-khabar angin bertiup kebelakangan ini bahawa ada usaha menyatukan Warisan, PBS, StarSabah dan KDM untuk menentang Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada pilihanraya negeri yang bakal diadakan pada bila-bila masa.

Kononnya salah satu sebab utama usaha itu ialah keangkuhan rakan dalam GRS terutama PGRS pimpinan Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor yang enggan memberi lebih banyak kerusi untuk ditandingi PBS dan StarSabah pada PRN mendatang.

Satu lagi sebab ialah penegasan Hajiji bahawa GRS akan tetap bekerjasama dengan parti-parti dari Malaya seperti DAP, PKR dan Amanah menerusi Pakatan Harapan yang juga turut dianggotai Upko.

Hari ini, viral satu laporan oleh laman yang bernama MalaysianSpeaks memetik sumber dalaman PBS berkata parti itu ingin mencari rakan baru kerana kebersamaan dalam GRS tidak menguntungkan PBS malah akan mengecilkan lagi parti yang sudah berusia menjangkau 40 tahun itu.

Seorang pemimpin lain PBS yang dihubungi Borneo Herald pula berkata "biarlah presiden atau setiausaha agung yang mengeluarkan kenyataan mengenai hal ini."

"Tidak dinafikan, ada yang berpendapat terus bersama GRS tidak menguntungkan PBS dan boleh menghancurkan PBS, tapi biarlah presiden yang ulas perkara ini," katanya sambil meminta namanya tidak disiarkan.#


No comments:

Post a Comment

Search This Blog