Top posts

Featured Posts

Berita bergambar sekitar "Taklimat Peguam : Dokumen Untuk Semua" di Kota Belud

26-10-2024
BERIKUT gambar-gambar "Taklimat Peguam : Dokumen Untuk Semua" yang berlangsung di Kota Belud hari ini. Peguam Jo Anne Jameson menyampaikan penerangan mengenai hak dan cara mendapatkan dokumen pengenalan serta  kewarganegaraan Malaysia.

Seramai 30 peserta hadir termasuk Ketua Anak Negeri (KAN), beberapa Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN), Ketua Kampung dan pemimpin komuniti. Taklimat dianjurkan bersama oleh Salvation Army Kota Belud dan sebuah NGO, Inisiatif Gindol Untuk Masyarakat Madani Borneo.

Turut hadir Envoy Andrew Sogindal dari Salvation Army, Dr Kanul Gindol dari NGO berkenaan dan KAN Walter Kandayon.

Dr Kanul dalam ucapan ringkasnya pada majlis itu memuji pelayanan masyarakat Jo Anne dalam hal membantu mendapatkan dokumen termasuk warganegara bagi mereka yang layak, dan yakin penerangan dan tindakan susulan beliau akan menyelesaikan banyak kes tidak berdokumen di pelbagai daerah termasuk Kota Belud.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog