20-9-2024
KOTA BELUD : World Cleanup Day yang mula disambut sebagai hari rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) setiap 20hb September tahun ini turut diadakan di Kota Belud.Kanul Point, stesen joging komuniti di Kelawat dekat sini hari ini menjadi hos kepada kumpulan kecil lapan orang sekeluarga Gindol yang menjalankan pengutipan sisa sampah sekitar laluan joging terbabit.
Program ringkas namun cukup berimpak itu diketuai aktivis Sabah, Dr Kanul Gindol, yang turut mengutip sampah di kiri kanan jalan lama Kelawat yang kini menjadi laluan joging, berbasikal dan berjalan oleh para pencinta alam.
"Tahun ini kita hanya lapan orang, tapi pada masa hadapan World Cleanup Day pasti akan melibatkan lebih ramai orang dan disambut di banyak tempat," katanya selepas program 45 minit itu tamat.
Berikut gambar-gambar di program ringkas itu yang membawa maksudnya tersendiri :#
No comments:
Post a Comment