Top posts

Featured Posts

Sijil HALAL tak boleh dipaksakan, ia mungkin langgar Perlembagaan Persekutuan

Oleh Dr Julia Emelda Ongkili, 13-9-2024
SAYA menyokong pandangan ramai yang tidak menyokong cadangan Menteri Agama mewajibkan semua kedai yang tidak menjual alkohol dan babi supaya mendapatkan sijil halal JAKIM.

Bukan sahaja cadangan ini kurang praktikal, menyusahkan, bahkan ia mungkin bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan beragama.

Cadangan memandatori sijil halal kepada semua kedai asalkan ia tidak menjual arak atau babi, bagus untuk JAKIM kerana ia bakal mengutip hasil berbilion tetapi merugikan para peniaga.

Sijil halal patut terus opsional bukan wajib, lebih-lebih lagi Malaysia ini adalah negara berbilang kaum dan agama.

Negara-negara Islam lain pun tidak memaksakan persijilan halal, bahkan mereka amat menghormati sensitiviti kaum lain tidak seagama Islam. Ini yang patut kita contohi.

Lagipun kos konsultansi mendapatkan sijil halal dilaporkan boleh mencecah dari RM5,000 sehingga RM20,000 bergantung kepada jenis perniagaan.

Cara kerajaan menangani cadangan balas YB Teresa Kok juga tidak betul, sebab beliau hanya memberi maklum balas kepada cadangan Menteri Agama sebagai wakil rakyat yang kini terbukti disokong ramai.

Malaysia sepatutnya mengamalkan sikap lebih terbuka dan inklusif, bukannya semakin sempit dan memaksakan program agama kepada orang lain. Sekian.#

Dr Julia Emelda Ongkili adalah seorang aktivis masyarakat yang sangat aktif melayani komuniti terpinggir. Beliau masa ini juga Timbalan Pengerusi Majlis Kerja Negeri Sabah bagi Parti Sedar Rakyat .

No comments:

Post a Comment

Search This Blog