Top posts

Featured Posts

Salvation Army Sabah anjur Bazar Amal 16 September ini

INANAM : Salvation Army (SA) Sabah akan menganjurkan Bazar Amal pada 16 September 2024 ini di pekarangan pejabatnya di Taman Seri Kionsom dekat sini.

Bazar sehari itu akan bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam 1 petang. Pelbagai juadah, kuih, buah-buahan, minuman, alat mainan kanak-kanak dan "bundle" akan dijual pada hari itu.

Orang ramai yang ingin membeli kupon bernilai RM20 satu kupon atau RM200 sebuku kupon boleh menghubungi Envoi SA, Andrew Sogindal di talian 011-64883321.

Ahli Dewan Undangan Negeri Inanam, Peto Galim, dijadual merasmikan bazar berkenaan.

Salvation Army mengadakan bazar amal sebagai antara programnya untuk memperkasa pelayanan masyarakat di Sabah.#


No comments:

Post a Comment

Search This Blog