Festival Momogun cadangan OAS disokong USLA



 Richard Libun Adou (kiri) bersama Stephen Nogiris pada pertemuan Sabtu lalu di Wisma Kinsabina, Penampang.

KOTA KINABALU: Persatuan Lotud Sabah Bersatu (USLA) memberikan sokongan penuh untuk penganjuran sambutan perayaan baru bagi masyarakat Momogun, yang akan dikenali sebagai Festival Momogun (Momogun Festival).

Timbalan Presiden USLA, Richard Libun Adou, dalam satu kenyataan d sini bahawa sambutan tahunan baharu ini merupakan tambahan yang sangat baik kepada Pesta Kaamatan yang dibiayai kerajaan pada masa kini.

"Dengan penganjuran Festival Momogun, orang Momogun akan dapat meningkatkan lagi identiti kolektif mereka," kata Adou. "Kami juga akan dapat mempunyai lebih kebebasan dalam menyusun format festival itu mengikut citarasa budaya asli tulen setiap daerah d mana festival itu akan dianjurkan.

Festival ini sebenarnya hasil idea Pertubuhan Orang Asal Momogun Sabah (OAS). Dalam mengumumkan sambutan budaya baharu ini pada "Perbincangan Agenda Pembangunan Momogun" yang dianjurkan oleh Kongres Kebangsaan Momogun (MNC) dan diadakan di bangunan Kinsabina di Penampang pada Sabtu lepas, Presiden OAS, Stephen Nogiris, berkata festival itu tidak bertujuan untuk bersaing dengan Pesta Kaamatan yang telah lama bertapak tetapi untuk melengkapkannya dengan ciri sosiobudaya tambahan sejajar dengan visi OAS untuk "melindungi, memelihara, mempertahan dan menyempurnakan warisan dari nenek moyang, kebudayaan (termasuk adat dan tradisi, seni, kraftangan, pakaian tradisional, dan bahasa ibunda orang Momogun)."

Nogiris berkata sambutan sulung festival ini akan dilangsungkan oleh OAS di Kota Marudu pada 26 Oktober, yang akan dirasmikan oleh seorang menteri kanan negeri. "Semua yang hadir dijemput dengan ikhlas ke pelancaran sejarah Momogun Festival ini." katanya.

Sementara itu, Presiden MNC, Tan Sri Wences Angang menyokong idea festival itu, dan berkata ia akan dibawa untuk perbincangan dalam mesyuarat majlis tertinggi MNC. "Saya rasa mulai tahun depan adalah terbaik diadakan sempena sambutan Hari Orang Asal Sedunia yang diadakan setiap tahun pada 9 Ogos. Ini kerana sambutan hari orang asal juga akan dianjurkan di Sabah oleh MNC."

Adou berkata USLA juga akan membincangkan perkara ini dalam mesyuarat majlis tertingginya dengan harapan untuk meraikannya juga.

"Kami faham bahawa Momogun Festival tidak ada kaitan dengan menuai hasil padi tetapi ia semata-mata sambutan meraihkan warisan budaya Momogun," katanya. "Oleh itu tidak harus ada sebarang isu konflik, tetapi harus menyokongnya sebagai satu usaha mempelbagai   dan untuk meningkatkan lagi ekspresi warisan budaya kita yang begitu kaya."#




The english version :

KOTA KINABALU:  The United Sabah Lotud Association (USLA) is giving full support for the creation of a new statewide native celebration, to be called Momogun Festival.

USLAs deputy president, Richard Libun Adou, said in a statement that the new annual celebration is an excellent addition to our current government-funded Pesta Kaamatan (Harvest Festival).

“With the institution of the Momogun Festival, the Momoguns will be able to further enhance the Momogun collective identity,” Adou said. “We will also be able to have more freedom in creating the festival’s format in accordance to the pure native culture of the respective districts they will be organized.”

The festival is actually the brainchild of the Sabah Original People Momogun Organization (Pertubuhan Orang Asal Momogun Sabah) or OAS. In announcing the new cultural celebration at the “Momogun Development Agenda Discussion” organized by the Momogun National Congress (MNC) and held at the Kinsabina building in Penampang last Saturday, OAS’ President, Stephen Nogiris, said that the festivsal is not intended to compete with the long-established Pesta Kaamatan but to complement it with additional sociocultural features in line with OAS’ vision to “protect, preserve, defend and to refine our cultural heritages, culture (including customs and tradition, art, handicrafts, costumes, and mother tongues of the Momogun people.”

Nogiris said that the inaugural celebration will be organized by OAS in Kota Marudu on October 26, to be officiated by a senior state minister. “All are cordially invited to this history launch of the Momogun Festival,” he said.

Meanwhile the President of the MNC, Tan Sri Wences Angang is supportive of the festival’s idea, and said it will be brought for discussion in the MNC’s supreme council meeting. “I feel that starting next year it is best held in conjunction with the World’s Indigenous Peoples Day celebration, annually held on the 9th August. This is because the indigenous day celebration will also be organized in Sabah by MNC.”

Adou said that USLA will also discuss the matter in its supreme council meeting with the hope to celebrate it as well. 

“We understand that the Momogun Festival has no connection with harvesting yields but purely a celebration of the Momogun’s collective cultural heritage,” he said. “As such there shouldn’t be any issue of conflict, but rather a diversification and to further enhance the expression of our rich cultural heritage.”#

No comments:

Post a Comment