Dr Julia E. Ongkili (mendukung budak) bersama salah satu keluarga yang terjejas oleh banjir kilat di Tamparuli.
4-7-2024
TAMPARULI : Pemangku Pengerusi Parti Sedar Rakyat di Sabah, Dr Julia Emelda Ongkili, mengetuai pasukannya menyantuni beberapa keluarga di tiga kampung di Tamparuli yang turut terjejas oleh banjir kilat dua hari lepas.Mereka mengedarkan bantuan dalam bentuk barangan makanan dan minuman kepada mangsa-mangsa banjir itu di Kg Kauluan, Kg Nohirot dan Kg Kawaan Telibong di sini hari ini.
Pasukan bantuan Sedar DUN Tamparuli itu turut disertai Timbalan Ketua Bahagian Sedar Tamparuli, Damiah Elip, Bendahari Noorazizah binti Abd Manap dan Ahli SEDAR, Azrel Denilson Ag Fauzeh.
"Saya harap bantuan kami sedikit-sebanyak dapat membantu meringankan beban mangsa banjir dan supaya mereka jangan putus asa sebab masih ada lagi pemimpin yang mengingati mereka," katanya.
Menurut Dr Julia yang juga Ketua Bahagian Sedar DUN Tamparuli, pasukannya akan berusaha meneruskan bantuan seperti itu kepada beberapa lagi isi rumah yang turut terjejas banjir di sini.#
Berikut gambar-gambar yang membawa maksud sendiri:
No comments:
Post a Comment