Dari kiri : Jacqueline John @Naqiah, Datin Lucilla Phang, Dr Julia Emelda Ongkili dan Dane pemenang Unduk Ngadau (kaum ibu) sambutan itu.
Aktivis masyarakat Dr Julia Emelda Ongkili yang turut dijemput hadir sambutan itu dan menjadi juri Sugandoi dan Unduk Ngadau (kaum ibu), berkata ia mengeratkan lagi perhubungan mereka yang terlibat dalam program persatuan itu.
Menurut Dr Julia, persatuan kini mempunyai lebih 500 orang ahli dengan matlamat utama membawa kesedaran dan pengesanan awal kanser payu dara kepada rakyat termasuk di luar bandar.
"Kami memudahkan pengesanan awal barah dan juga menyediakan bantuan sokongan kepada pesakit..." katanya kepada Borneo Herald.
Kaamatan dihadiri lebih 50 anggota dan sahabat persatuan di Dewan Serambi di sini itu dirasmikan pengasas yang juga presiden pertama persatuan, Datin Lucilla Phang.
Turut hadir ialah naib presiden yang juga pengerusi penganjur Kaamatan itu, Jacqueline John @ Naqiah.
Sementara itu barisan baru pimpinan Kinabalu Pink Ribbon bagi sesi 01/07/2024-30/06/2026 ialah:
Presiden: Christy Salazar
Naib Presiden:
1. Yvonne Dumpangol
2. Jacqueline John
Setiausaha: Gracie Lim
Penolong Setiausaha : Grace Totil
Bendahari: Chin Nyet Yun
AJK: Alice Justine, Zahara Wong dan Hajah Darmin Bt Andi.
Berikut gambar-gambar yang dikongsikan Dr Julia, yang membawa maksud tersendiri :
No comments:
Post a Comment