Top posts

Featured Posts

Dr Julia Ongkili lancar jelajah Parti Sedar Rakyat di Pedalaman

2-7-2024
SOOK, Keningau : Parti Sedar Rakyat melancarkan jelajahnya di Pedalaman khasnya di DUN Sook apabila pemangku pengerusi Sedar Sabah, Dr Julia Emelda Ongkili melawat ibu-ibu tunggal sekitar Sook semalam.

Dr Julia turut menyerahkan bungkusan makanan kepada tidak kurang 20 ibu tunggal di empat kampung iaitu Nukakatan, Malima, Kiansom dan Tonggulun di Sook.

Mengiringi beliau dalam walkabout itu ialah Ketua Cawangan Sedar Sook, Shirley Joe Doukin yang juga Ketua Wanita dan juga naib pengerusi Sedar Negeri.

"Pada awalnya kami merancang mengadakan pertemuan pada satu tempat, namun atas sebab logistik, maka kami memutuskan untuk melawat sendiri setiap isirumah ibu tunggal.

"Dengan bersemuka secara begini, kami juga dapat mendengar setiap keluhan dan rungutan mereka dan kami ambil perhatian," kata Dr Julia selepas beliau mengakhiri jelajah itu.

Katanya lagi majlis ramah mesra Parti Sedar Rakyat bersama rakyat di Pedalaman telah membuka matanya masih banyak yang perlu dilakukan untuk menaik taraf hidup mereka.

Katanya pembangunan infrastruktur masih banyak diperlukan, program sosio-ekonomi juga amat kurang serta peluang melanjut pelajaran dan perniagaan masih amat terhad.

Dalam siri jelajah itu Dr Julia turut menyantuni satu majlis taklimat kepada lepasan sekolah mengenai peluang melanjutkan pelajaran ke Kolej Universiti Alfa yang disampaikan oleh naib presiden kolej universiti itu, Mohamed Ameen Mohamed Habib di sini kelmarin.


Berikut gambar-gambar sepanjang program tersebut yang membawa maksud sendiri :

No comments:

Post a Comment

Search This Blog