Top posts

Featured Posts

Parti KDM maju setapak lagi, pengerusi Gabungan Hakka Sabah sertai KDM


Datuk Peter Anthony (empat dari kiri) menyampaikan surat pelantikan sebagai AMT KDM kepada Datuk Yong Oi Kiong.


KENINGAU: Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), semalam, mengumumkan penyertaan Pengerusi Gabungan Persatuan Hakka Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Datuk Yong Oi Kiong ke dalam parti itu.

Dalam satu majlis santai yang berlangsung di Chin's Orchard Farm, di sini, Presiden KDM, Datuk Peter Anthony turut mengumumkan Yong dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi (AMT) parti itu.

Katanya, kemasukan Yong membuktikan KDM semakin diterima oleh masyarakat, bukan sahaja daripada kaum Kadazan, Dusun dan Murut (KDM), tetapi semua golongan masyarakat termasuk Cina.

"Saya gembira KDM semakin diterima baik oleh rakyat dan pada hari ini (semalam), seorang pemimpin masyarakat Hakka di peringkat negeri telah menyertai kita untuk sama-sama berjuang demi rakyat.

"Sebelum ini juga beberapa pemimpin masyarakat juga telah menghubungi dan berjumpa dengan saya untuk menyatakan hasrat menyertai parti ini.

"Saya yakin KDM berada di landasan yang betul dalam perjuangan kami untuk membantu dan menyejahterakan rakyat di negeri ini," katanya.
Peter (empat dari kiri) turut menyampaikan surat pelantikan sebagai Ketua Bahagian KDM Keningau kepada Chin Hon Shu.

Sementara itu dalam majlis sama, seorang ahli perniagaan, Chin Hon Shu turut diumumkan menyertai KDM selain dilantik sebagai Ketua Bahagian parti itu di Keningau.

Chin dalam ucapannya berkata, beliau menyertai KDM kerana menganggap parti itu ikhlas dalam perjuangannya membantu rakyat.

Katanya, beliau yakin parti berkenaan mampu menyinar di Keningau seterusnya membawa lebih banyak pembangunan kepada daerah berkenaan.

"Presiden parti (Peter) juga sangat prihatin dan suka membantu orang, kita lihat sahaja sumbangan-sumbangannya kepada komuniti dan sekolah-sekolah Cina di Tenom, sebab itu ramai orang di Melalap sayang beliau.

"Saya bertekad, dengan tanggungjawab yang diberikan sebagai Ketua Bahagian, kami akan pastikan KDM akan mempunyai kerusi di Keningau seterusnya mengubah Keningau menjadi sebuah daerah yang lebih maju.

"Komuniti dan sekolah-sekolah Cina di Keningau juga perlukan bantuan dan saya tidak nampak ada wakil-wakil rakyat di Keningau yang tampil memberi perhatian, ianya berbeza sekali dengan sumbangan yang dicurahkan Datuk Peter di Tenom," katanya.

Turut hadir pada majlis santai semalam ialah Naib-naib Presiden KDM, Henry Saimpon, Dr Oswald Aisat Igau, dan Dr Gaim James Lunkapis, Setiausaha Agung KDM, Willie Jude dan beberapa AMT parti itu.#

No comments:

Post a Comment

Search This Blog