Top posts

Featured Posts

Dr Julia E. Ongkili dan lima sekolah rendah Ranau yang bertuah...

          Pendidikan sentiasa dekat pada hatinya.. 

28-6-2024
RANAU : Selesai konvokasi PhD di ibu negara, terus datang melayani masyarakat di Ranau ! Itulah Dr Julia Emelda Ongkili, yang baru selesai konvo di Kuala Lumpur Sabtu lepas, pada Isnin dan Selasa beliau sudah berada di lima sekolah di Ranau.

Dr Julia menyertai rakannya dari Kelab Rotary Pearl Kota Kinabalu melaksanakan program bahasa Inggeris di lima sekolah rendah di sini.

Ratusan pelajar terlibat mendapat faedah program yang disebut Rural English for All (REAL) anjuran bersama Rotary dan Jabatan Pendidikan serta ditaja oleh Latter-Day Saints Charity itu.

Lima sekolah itu ialah SK Narawang dan SK Kimondou yang menjalankan program semalam manakala tiga lagi SK Nalapak, SK Poring dan SK Bundu Tuhan hari ini.

Menurut Dr Julia, menerusi REAL, lebih banyak kegiatan dalam bahasa Inggeris dibuat, di samping mewujudkan English Corner di setiap sekolah itu.

"Program ini akan membantu sekolah meningkatkan inspirasi semua murid untuk lebih menyukai belajar bahasa Inggeris, dan seterusnya memperbaiki prestasi mereka.

"Program REAL ini akan membantu merapatkan jurang penguasaan bahasa Inggeris antara sekolah bandar dan luar bandar," katanya.

Menurutnya lagi untuk mencapai matlamat itu, setiap sekolah berkenaan dihadiahkan 600 pelbagai buku bahasa Inggeris dan juga projektor LCD.

Katanya lagi antara lain program sepanjang tahun REAL di lima sekolah itu ialah pertandingan menulis sajak, pidato, bercerita dan juga bengkel khas untuk cikgu-cikgu.

Sementara itu beliau yang juga pemangku pengerusi Parti Sedar Rakyat di Sabah, menerima ijazah PhD dalam Sains Politik pada majlis konvokasi Wilmington Metropolitan University Sabtu lalu.

Beliau adalah antara 14 graduan PhD dari Sabah.

Nama aktivis politik dan masyarakat yang semakin meniti di bibir masyarakat khususnya di Tamparuli ini dijangka mengambil bahagian pada pilihanraya umum terdekat.

Ayahnya, mendiang Datuk Dr James Ongkili pernah menjadi ADUN Tamparuli dan juga Timbalan Ketua Menteri Sabah ketika pemerintahan BERJAYA, selain pernah menjawat Menteri Persekutuan.#


Berikut gambar-gambar beliau pada majlis-majlis berkenaan yang membawa maksud sendiri :

Dr Julia Emelda Ongkili bersama rakan-rakannya pada graduasi PhD di Kuala Lumpur minggu lalu.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog