Top posts

Featured Posts

Anwar pun sebahagian daripada masalah PTI di Sabah, kata aktivis Sabah

KOTA KINABALU: Kehadiran warga asing dalam demonstrasi "KamiMahuAir" pelajar UMS baru-baru ini sebenarnya berkait rapat soal peranan mendalam dan sistemik kerajaan persekutuan dalam isu itu sejak berpuluh tahun ini.

Beberapa aktivis Sabah menyifatkan perkara itu tidak berlaku jika kerajaan pusat tegas mengenai kemasukan pendatang haram ke Sabah.

"Kenyataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Persekutuan, Datuk Mustapha Sakmud, bahawa warga asing tidak seharusnya terlibat dalam isu air sebenarnya mencerminkan isu yang lebih mendalam dan sistemik.

"Situasi ini tidak berlaku jika kerajaan persekutuan telah mencegah kemasukan pendatang asing tanpa izin ke Sabah pada awal tahun 1990-an," kata mereka dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Aktivis berkenaan ialah Daniel John Jambun, Kanul Gindol, Jovilis Majami dan Cleftus Spine Mojingol yang juga mengetuai NGO masing-masing (seperti di bawah).

Menurut mereka kehadiran ramai pendatang haram turut menjadi punca banyak masalah di Sabah, termasuk jenayah seperti pencerobohan tanah kerajaan dan swasta secara, kecurian bekalan elektrik dan air, penyalahgunaan dan pengedaran dadah, penjaja haram serta rompakan.

"Kami juga ingin menarik perhatian bahawa siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dulu telah mendapati bahawa ramai pendatang ini telah diberikan dokumen dalam "Projek IC". 

"Mereka kemudiannya didaftarkan dalam daftar pemilih dan mengambil bahagian sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum 1994 di Sabah, di mana Anwar Ibrahim, ketika itu Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO, adalah Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional Sabah," kata mereka lagi sambil menambah para pengundi Projek IC ini mengundi BN dan akhirnya mengakibatkan PBS hilang kuasa pada 1994.

Menurut mereka gesaan Mustapha supaya rakyat Sabah harus menolak mana-mana parti yang melibatkan warga asing dalam pilihan raya negeri Sabah yang akan datang adalah diterima baik, tapi ia mestilah disertai dengan tindakan yang serius dan konkrit.

"Ini hanya boleh dicapai jika Mustapha dan kerajaan madani di bawah Anwar komited untuk membersihkan daftar pemilih secara menyeluruh dan menangani isu pendatang asing yang telah lama menetap di Sabah yang kini melebihi Orang Asal.

"Kami menggesa kerajaan persekutuan untuk mengambil tindakan tegas bagi menyelesaikan masalah pendatang haram ini dan menghapuskan pengundi hantu di Sabah. 

"Kehadiran pendatang asing tanpa izin menjejaskan kedaulatan Orang Asal, integriti pilihan raya kami, serta keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah," tegas mereka.

Kata mereka lagi sudah tiba masanya untuk penyelesaian yang nyata dan berkesan bagi memastikan suara warganegara sebenar Sabah didengar dan dihormati.#


Daniel John Jambun
Presiden Borneo's Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo)

Kanul Gindol 
Pengerusi
Gindol Initiative for Civil Society Borneo

Jovilis Majami
Presiden Persatuan Pembangunan Sosial Komuniti Sabah (BANGUN)

Cleftus Stephen Mojingol
Presiden Pertubuhan Kebajikan Rumpun Dayak Sabah



ENGLISH VERSION 

https://www.nst.com.my/amp/news/nation/2024/06/1064247/deputy-minister-rebukes-groups-enlist-non-citizens-sabah-water-protest


**Joint Press Statement**
**18th June 2024**


**Presence of non-citizens during the demonstration, whose fault?**


The recent statement by the federal Deputy Minister of Higher Learning, Datuk Mustapha Sakmud, that non-citizens should not be involved in issues close to the heart of the people of Sabah, has sparked considerable attention.

Firstly, it is important to acknowledge that the presence of non-citizens in the "Kami Mahu Air" demonstration highlights a deeper, more systemic issue. This situation would not have arisen if the federal government had effectively prevented the influx of illegal immigrants into Sabah in the early 1990s.

These illegal immigrants have since become the root cause of many problems in Sabah, including crimes such as illegal squatting on government and private land, power and water theft, drug abuse and trafficking, illegal hawking, and robbery.

Moreover, it is well-documented, particularly through the findings of the Royal Commission of Inquiry (RCI), that these illegal immigrants were provided with documentation under "Project IC." They were subsequently registered in the electoral rolls and participated as voters in the 1994 General Election in Sabah, during which Anwar Ibrahim, then the Deputy Prime Minister cum deputy president of UMNO, was the Director of Elections for Sabah's Barisan Nasional.

These Projek IC voters overwhelmingly voted for BN and reduced PBS seats, eventually led to its downfall in 1994.

While Mustapha’s advice that Sabahans should reject any party involving non-citizens in the upcoming Sabah State election is well-received, it must be underpinned by serious and concrete actions. This can only be achieved if Mustapha and his government commit to a thorough and comprehensive cleanup of the electoral rolls and address the longstanding issue of illegal immigrants residing in Sabah that now outnumbered the Orang Asal population. 

We urge the federal government to take decisive action to resolve the illegal immigration problem and eradicate phantom voters in Sabah. The presence of thousands of illegal immigrants undermines the sovereignty of the Orang Asal, the integrity of our elections, and the security and well-being of Sabahans. It is time for real and lasting solutions to ensure that the voice of the true citizens of Sabah is heard and respected.

Sincerely, 

Daniel John Jambun President Borneo's Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo)

Kanul Gindol 
Chairman
Gindol Initiative for Civil Society Borneo

Jovilis Majami President Persatuan pembangunan sosial komunity Sabah (BANGUN)

Cleftus Stephen Mojingol President Pertubuhan kebajikan Rumpun Dayak Sabah.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog