Top Borneo's activists shocked over selective investigation on those "inciting to cause public unrest"


                   The Yang di-Pertuan Agong 

WHERE IS THE RULE OF LAW?
This is a joint statement issued by Voon Lee Shan, President of Parti Bumi Kenyalang, Lawyer Robert Pei, President of Sabah Sarawak Rights Australia New Zealand - SSRANZ, Mr Kanul Gindol, Chairman of Gindol Initiative for Civil Society Borneo, Mr. Robert Saweng of DRAF Sarawak, Mr Atama Katama of MOPOT ( Sabah Defenders of Ancestrial Land and Daniel John Jambun , President Borneo's Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo)
~ April 4, 2024


THE King has called for a stop to the inciting of communal discord.  "Inciting to cause public unrest" under the Sedition Act 1960 is a crime. But why have the law enforcers targeted the victims of this incitement and not the people inciting it?

The King had called or given audience to the founder of KK Mart, Dato KK Chai concerning this matter. The King is caring and concerned and there is no reason being his Majesty’s subjects we are not concerned to see peace and harmony in this country

We are very concerned and disturbed over the lack of action by the police and over certain quarters capitalizing the KK Mart Convenience Store “Allah Stocking Issue” for their own political or personal ends as it is a serious threat to public security. This issue which had stirred public alarm of race and religion in the country had put much fear into the spines of Malaysians.
 
Police have wide powers under the law to keep peace and to conduct investigation under many relevant laws, including powers in the Police Act 1967 and also under the Criminal Procedure Code. Under the Police Act 1967 the Police Force is responsible for the maintenance of law and order, the preservation of the peace and security of Malaysia, the prevention and detection of crime, the apprehension and prosecution of offenders and the collection of security intelligence. 

They cannot keep a blind eye or a deaf ear when security of the country is under threat or when a crime is committed. They have a responsibility to detect crimes and to gather intelligence information concerning security threat in the country. If police comes to say they have no power to detect crime or to gather intelligence of a crime, then, what is the use of the detectives employed in the Crime Investigation Department? If it is a security matter, what is the point of having a Special Branch Department in the Royal Malaysian Police? 

Police are not allowed to come with an excuse that they could not investigate a crime or to gather any information concerning security threat in the country when there is no police report lodged. 

The Criminal Procedure Code (CPC) also empowers police officers to arrest without any warrant any seizable offence when a reasonable complaint had been made or credible information been received. We would humbly say the law does not specify how the reasonable complaint or a credible information has to be made or received by the police before police could go the scene of crime to investigate a seizable criminal offence. Police could receive the information of a crime from what they read in social media including Facebook and TikTok. Any police officer who knew of the complaint or information through these media could then make official report to comply with section 107 Criminal Procedure Code for police further action.

We regret that we have yet heard of any public statement from the police or from the relevant authorities on what they are going to do with the suspected offenders against those who were propagating hate and misinformation about this Allah Stocking issue. 

We note that other NGOs and public individuals have expressed deep concern over the KK incitement by an UMNO youth leader who is politicising the "Allah socks" issue in his attempt to destabilize and usurp the UMNO leadership. 

If this is his objective, we respectfully say he is acting in a seditious and anti-national manner as this is causing hate and disharmony amongst ordinary Malaysians. 

It is no wonder that East Malaysia most influential activist ,Peter John Jaban of Sarawak Association for People's Aspiration have sternly told the federal government that this is part of the reason why Sabahans and Sarawakians are no longer keen to part of  Malaysia anymore.

Certainly, if Peninsular Malaya implodes with race-religious instability and communal violence, this will strengthen the people of Sabah and Sarawak's desire to seek real independence.

We are also very concerned with the bombings at the KK Mart Convenience Store which may if not checked, lead to more serious consequences and perhaps, another May 13. 

Was it because no police report been lodged or no information been received or been circulated in the media for the relevant authorities to catch the matter?



Versi Bahasa Malaysia :

KENYATAAN AKHBAR
4 April 2024

DI MANA KEDAULATAN UNDANG-UNDANG?

Ini adalah kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Voon Lee Shan, Presiden Parti Bumi Kenyalang, Peguam Robert Pei, Presiden Sabah Sarawak Rights Australia New Zealand - SSRANZ, Encik Kanul Gindol, Pengerusi Gindol Initiative for Civil Society Borneo, Encik Robert Saweng dari DRAF Sarawak, Encik Atama Katama dari MOPOT (Sabah Defenders of Ancestrial Land) dan Daniel John Jambun, Presiden Borneo's Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo).

Yang di-Pertuan Agong telahpun menyeru untuk menghentikan perbuatan menimbulkan kekacauan komunal. "Menimbulkan kekacauan awam" di bawah Akta Hasutan 1960 adalah satu jenayah. Tetapi mengapa pihak penguatkuasa undang-undang menumpukan kepada mangsa penghasut ini dan bukan kepada orang yang menghasut?

Agong telah berkenan menitah pengasas KK Mart, Dato KK Chai menghadap baginda mengenai perkara ini. Seperti Agong yang amat prihatin dan  penyayang, maka sudah pastilah kita juga sebagai rakyat baginda pun turut bimbang melihat keamanan dan keharmonian terancam di negara ini.

Kami sangat bimbang dan terganggu dengan kekurangan tindakan oleh pihak polis dan oleh pihak tertentu yang memanfaatkan isu "Stokin Allah" KK Mart Convenience Store untuk kepentingan politik atau peribadi mereka sendiri kerana ia merupakan ancaman serius terhadap keselamatan awam. Isu ini yang telah menimbulkan kebimbangan awam mengenai perkauman dan agama di negara telah menimbulkan ketakutan yang besar dalam kalangan rakyat Malaysia.

Polis mempunyai kuasa yang luas di bawah undang-undang untuk mengekalkan keamanan dan menjalankan penyiasatan di bawah banyak undang-undang yang berkaitan, termasuk kuasa di bawah Akta Polis 1967 dan juga di bawah Kanun Prosedur Jenayah. Di bawah Akta Polis 1967, Polis Diraja Malaysia bertanggungjawab untuk mengekalkan undang-undang dan ketenteraman, menjaga keamanan Malaysia, mencegah dan mengesan jenayah, menangkap dan mendakwa pesalah serta mengumpul maklumat intelijen keselamatan.

Mereka tidak boleh menutup mata atau telinga apabila keselamatan negara terancam atau apabila jenayah dilakukan. Mereka mempunyai tanggungjawab untuk mengesan jenayah dan mengumpul maklumat intelijen mengenai ancaman keselamatan di negara. Jika polis mengatakan mereka tidak mempunyai kuasa untuk mengesan jenayah atau mengumpul maklumat mengenai ancaman keselamatan di negara apabila tiada laporan polis dibuat, maka apa gunanya detektif yang diupah di Jabatan Siasatan Jenayah? Jika ia adalah perkara keselamatan, apa gunanya mempunyai Jabatan Cawangan Khas dalam Polis Diraja Malaysia?

Polis tidak dibenarkan membuat alasan bahawa mereka tidak boleh menyiasat jenayah atau mengumpul sebarang maklumat mengenai ancaman keselamatan di negara apabila tiada laporan polis dibuat. Kanun Prosedur Jenayah juga memberi kuasa kepada pegawai polis untuk menangkap tanpa waran apa-apa kesalahan yang boleh diambil tindakan apabila aduan yang munasabah dibuat atau maklumat yang boleh dipercayai diterima. Kami dengan rendah hati mengatakan bahawa undang-undang tidak menentukan bagaimana aduan yang munasabah atau maklumat yang boleh dipercayai perlu dibuat atau diterima oleh polis sebelum polis boleh pergi ke tempat jenayah untuk menyiasat kesalahan jenayah yang boleh diambil tindakan. Polis boleh menerima maklumat tentang jenayah dari apa yang mereka baca di media sosial termasuk Facebook dan TikTok. Mana-mana pegawai polis yang mengetahui aduan atau maklumat melalui media ini boleh membuat laporan rasmi untuk mematuhi seksyen 107 Kanun Prosedur Jenayah bagi tindakan lanjut polis.

Kami menyesal kerana kami belum mendengar sebarang kenyataan rasmi dari pihak polis atau dari pihak berkuasa yang berkaitan mengenai tindakan mereka terhadap orang yang disyaki menyebarkan kebencian dan maklumat palsu tentang isu Stokin Allah ini.

Kami mencatat bahawa NGO dan individu awam lain telah menyatakan kebimbangan mendalam mengenai penghasutan KK oleh seorang pemimpin pemuda UMNO yang mempolitikkan isu "stokin Allah" dalam cubaan untuk menggugat dan merampas kepemimpinan UMNO.

Jika ini adalah objektifnya, kami dengan hormat mengatakan beliau bertindak secara hasutan dan anti-negara kerana ini menyebabkan kebencian dan ketidakharmonian di kalangan rakyat Malaysia biasa.

Tidak menghairankan bahawa aktivis yang paling berpengaruh di Malaysia Timur, Peter John Jaban dari Sarawak Association for People's Aspiration dengan tegas memberitahu kerajaan persekutuan bahawa ini adalah sebahagian daripada sebab mengapa orang Sabah dan Sarawak tidak lagi merasa sebahagian daripada Malaysia.

Tentunya, jika Semenanjung Tanah Melayu berterusan dengan ketidakstabilan perkauman-agama dan keganasan komunal, ini akan memperkuatkan keinginan rakyat Sabah dan Sarawak untuk mencari kemerdekaan sebenar.

Kami juga sangat bimbang dengan pengeboman di KK Mart Convenience Store yang mungkin, jika tidak diperiksa, akan membawa kepada akibat yang lebih serius dan mungkin, satu lagi May 13.

Adakah kerana tiada laporan polis dibuat atau tiada maklumat diterima atau disebarkan di media bagi pihak berkuasa yang berkaitan untuk menangani perkara ini?

No comments:

Post a Comment