Sabah perlu Strategi Pengurusan Air mampan jangka panjang, kata aktivis kanan

Aktivis Sabah, Kanul Gindol (kiri) dalam satu perbincangan bersama beberapa aktivis lain di Kota Belud hari ini.


Kenyataan Media
Kanul Gindol
Aktivis Masyarakat
Kota Belud
22hb Mac, 2024



SABAH PERLU STRATEGI PENGURUSAN BEKALAN AIR JANGKA PANJANG


1. Selamat Hari Sedunia Air hari ini 22hb Mac. Sabah yang memiliki banyak sungai masih gagal merancang dan mengurus bekalan airnya.
2. Jika kemarau 4 minggu saja maka akan kedengaran pelbagai masalah ketiadaan air, empangan mahu kering, kebakaran sana sini. Tidak guna mempersalah kerajaan kerana kerajaan banyak kali bertukar masih juga keadaan sama berlaku.
3. Apa yang nyata ialah Sabah perlu merangka satu Strategi Pengurusan Bekalan Air yang mampan. Sumber air sungai kita masih sangat banyak. Negara atau tempat lain yang tiada sungai, pasti cemburu dengan Sabah.
4. Sejumlah wang perlu diperuntuk supaya penstoran dan bekalan air sungai yang ada mencukupi walaupun tiada hujan sehingga 4-5 bulan. Kalau beras boleh diurus supaya stok mencukupi sehingga 5 bulan, tapi air tidak? Sedangkan Sabah banyak air.
5. Saya hanya bercakap fasal bekalan air sungai, belum lagi menyentuh sumber air hujan, akuifa, desalinisasi air laut dan pengitaran semula air seperti diurus negara-negara lain.

Sekian.


KANUL GINDOL
Juga Pengerusi NGO
Gindol Initiative for Civil Society Borneo

No comments:

Post a Comment