Kasih sesama semakin tohor, orang tak peduli kebakaran semak kalau tidak sampai ke rumahnya sendiri



          Kanul sedang memadam api kecil yang sedang membakar batang paip penduduk kampung di jalan lama Kelawat-Kinasaraban, Kota Belud hari ini. Seperti di banyak kawasan kering lain, api semak kerap melanda kawasan itu dalam beberapa hari ini.

Oleh Jayden Lisando
KOTA BELUD : Seorang aktivis Sabah yang dikenali ramai, Kanul Gindol, berkata apathy di kalangan masyarakat semakin ketara di musim kemarau/kering/kebakaran.

"Kasih sesama manusia dan jiran nampaknya semakin tohor," katanya dalam satu ulasannya menerusi grup whatsapp yang sempat dilihat Borneo Herald di sini hari ini.

Menurut Kanul, sepatutnya pada musim kemarau/kering/kebakaran sejak kebelakangan ini pihak seperti JKKK, Pemaju Mukim, Pejabat Daerah masing-masing boleh memanggil Emergency Meeting.

"Emergency meeting khusus untuk membincang masalah dan cadangan Kawalan Kebakaran..  Namapun pegawai daerah dan jawatankuasa keselamatan kampung dan sebagainya.

"Bila ada situasi mencabar begini, patut panggil mesyuarat keselamatan tergempar. Barulaa๐Ÿ‘๐Ÿป.

"Satu agenda saja iaitu bagaimana menghadapi kebakaran sebagai contoh minta pandangan dan cadangan. Bincangkan dan buatlah keputusan," katanya.

Beliau yang berpengalaman luas dalam bidang kewartawanan dan politik juga berpendapat JKKK sebenarnya boleh mengadakan "joint meeting" atau mesyuarat bersama beberapa kampung yang sedang terdedah kepada kebakaran / kekurangan air dan sebagainya.

Menurut Kanul, antara idea yang mungkin boleh muncul dalam mesyuarat tergempar itu ialah :
☑️Tubuh pasukan peninjau orang kampung di mana setiap pagi, tengahari dan petang ada pasukan mereka meninjau kebakaran sepanjang jalanraya kampung. Bawa pam air galas bahu yang boleh memadam api-api kecil.
☑️Gotong-royong bikin kawasan penampan api keliling rumah yang terdedah kepada api semak.
☑️Aktifkan perkongsian berita cepat menerusi WhatsApp. Cepat lapor kepada satu pusat kampung jika ternampak api kecil atau asap.. Sebaliknya, banyak yang semakin berdiam diri, senyap dan tak ambil peduli seolah-olah tiada kebakaran..Apathy
☑️Galakkan setiap kereta orang kampung bawa minimum dua botol air khas utk padam api-api kecil tepi jalanraya. 
☑️Jika ada inisiatif mungkin ada orang boleh menderma pam air galas di bahu (yg diguna meracun rumput tu) tapi muncung lebih panjang agar boleh bantu padam api semak yang masih kecil.. Ini untuk pasukan sukarela bomba kampung, bukan untuk diambil bagi kepentingan diri saja.

Kanul dari Gereja Seventh-day Adventist juga berkata keadaan apathy yang ada sekarang adalah cabaran hujung dunia.. di mana kasih sesama insan semakin tohor, dan semua pentingkan diri masing-masing dan tidak terfikir pada suatu hari kelak, keselamatan diri kita atau orang tersayang kita mungkin akan bergantung kepada ihsan orang lain nanti.

#KitaFikir²kanlah
#SekadarPandangan/Pengalaman ๐Ÿƒ๐Ÿป‍♂️๐ŸŒณ, katanya lagi menutup bicara stetmennya UNTUK SIARAN KAMPUNG.#


Apathy = Sikap tidak peduli

No comments:

Post a Comment