Top posts

Featured Posts

Rombakan Kabinet: Kempunan Star dan PBS oleh Anwar

Oleh Luke Rintod, 13-12-2023
KOTA KINABALU: Rombakan kabinet Kerajaan Persekutuan kelmarin sekali lagi tamparan hebat kepada dua parti Sabah, PBS dan Star, apabila tiada langsung wakil dari parti itu dipilih oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Umno dan DAP mendapat tambahan seorang lagi menteri penuh, masing-masing ada lima menteri sekarang, dan ramai mereka adalah juga timbalan menteri di sana sini.

Seorang timbalan menteri dari Sabah, MP Beaufort, Siti Aminah Aching, juga digugurkan tapi tiada juga dilantik dari PBS dan Star, dua parti dominan Kadazandusun dan Murut, mahupun dari Sabah.

PBS dan Star hanya mempunyai masing-masing seorang MP pada masa ini. Pada masa lalu, seorang pemimpin Star, mendiang Guande Kohoi, dilantik senator dan timbalan menteri pelancongan tapi apabila beliau meninggal, tiada penggantinya dari Star.

Demikian nasib Star dan PBS di bawah Anwar.

Syukur, Upko yang ada dua MP, dan PBRS yang hanya ada satu MP, masih berjaya disisipkan masing-masing seorang menteri dan seorang timbalan menteri.

Warisan yang ada tiga MP juga hanya ada seorang timbalan menteri.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dipimpin Hajiji Noor dan dianggotai oleh Star dan PBS ada seorang menteri dan seorang lagi timbalan menteri, kedua-duanya pemimpin muda berketurunan India/Pakistan.
Antara timbalan menteri dari Sabah termasuk seorang yang digugur iaitu Aminah, Arthur, Mustapha Sakmud dan Chan Foong Hin.


Sebagai rekod, pada masa ini dua lagi timbalan menteri dari Sabah adalah mewakili Umno, satu PKR dan satu DAP.

MP Star ~ Dr Jeffrey Kitingan (Keningau)
MP PBS ~ Lo Su Fui yang mengalahkan ketua PKR Sabah Christina Liew di Tawau
MP Upko ~ Ewon Benedik (Penampang) dan Madius Tangau (Tuaran)
MP PBRS ~ Arthur Kurup (Pensiangan)#




No comments:

Post a Comment

Search This Blog