USLA hulur tangan kerjasama dengan NGO Lotud lain, kata Raymond


TUARAN: The United Sabah Lotud Association (USLA) is open to working with other Lotud associations for the sake of Lotud progress.

In his speech at USA’S first annual general meeting n Saturday, its founding president, Raymond Tombung, said that the association strongly objects to the accusations by some quarters here that USLA was formed to break up Lotud unity. 

“USLA was formed and registered in 1988, that was 35 years ago, long before other Lotud bodies were created,” he said. “Unfortunately, it was deregistered for some reasons. Now that we have revived USLA we are set to launch activities to help unte and develop the Lotuds in whatever ways we can afford.”

He said that USLA should be seen as an alternative channel for Lotuds to serve their community. “There is no intention to compete with other Lotud associations,” he assured. “In fact we have already started co-operating with other Lotud bodies, including the Sabah Suang Lotud Association (PSLS) and with the Unted Sabah Dusun Association (USDA), in the efforts to repair and maintain the Lotud’s Adat Centre Adat in Kg. Selupoh, Tuaran.” The Adat Centre was built with allocation by the state government during the PBS rule.

In the first AGM on Saturday the members decided not to hold any contest for posts until the Registrar of Societies approves the proposed constitutional amendments that were passed in the AGM. The amendments will allow for USLA’s present committee membership to increase from the present 9 to seventeen. 
“I am thankful that the reception to USLA has been very encouraging with new membership applications still coming in after our registration less than two months ago,” Raymond said. “We look forward to being active with sufficient funding and increasing our membership within the next few months .”#
………………………………………………………………
*USLA bersikap terbuka untuk bekerjasama dengan pertubuhan Lotud yang lain: Raymond*


TUARAN: Persatuan Lotud Bersatu Sabah (USLA) terbuka untuk bekerjasama dengan pertubuhan Lotud lain demi kemajuan komuniti Lotud. 

Dalam ucapan beliau semasa mesyuarat agung pertama USLA pada hari Sabtu di sini, Presiden pengasasnya, Raymond Tombung, menyatakan bahawa persatuan tersebut sangat menolak dakwaan beberapa pihak di sini bahawa USLA ditubuhkan untuk memecahkan perpaduan Lotud.

"USLA ditubuhkan dan didaftarkan pada tahun 1988, iaitu 35 tahun yang lalu, lama sebelum badan-badan Lotud lain ditubuhkan," katanya. "Malangnya, ia telah dibatalkan pendaftarannya atas beberapa sebab. Sekarang setelah kami berjaya menghidupkan semula USLA, kami bersedia untuk melancarkan aktiviti-aktiviti untuk membantu dan membangunkan komuniti Lotud setakat yang kami mampu." 

Beliau berkata USLA sepatutnya dilihat sebagai saluran alternatif bagi Lotud untuk berkhidmat kepada komuniti mereka. "Kami tiada niat untuk bersaing dengan pertubuhan Lotud lain," katanya memberi jaminan. "Sebenarnya, kami telah memulakan kerjasama dengan badan-badan Lotud lain, termasuk dengan Persatuan Suang Lotud Sabah (PSLS) dan dengan Persatuan Dusun Sabah Bersatu (USDA), dalam usaha membaiki dan menyelenggara Balai Adat Lotud di Kg. Selupoh, Tuaran." Pusat Adat tersebut dibina dengan peruntukan oleh kerajaan negeri semasa pemerintahan PBS. 

Dalam mesyuarat agung pertama pada hari Sabtu, ahli-ahli memutuskan untuk tidak mengadakan pertandingan untuk jawatan-jawatan sehingga Pendaftar Pertubuhan meluluskan pindaan perlembagaan yang telah dicadang dan diluluskan dalam mesyuarat agung tersebut. Pindaan-pindaan tersebut akan membolehkan keahlian jawatankuasa USLA ditingkatkan dari sembilan sekarang kepada tujuh belas orang. 

"Saya bersyukur kerana sambutan terhadap USLA sangat memberangsangkan dengan permohonan keahlian baru masih terus masuk selepas pendaftaran kami kurang dari dua bulan yang lalu," kata Raymond. "Kami berharap untuk aktif dengan dana yang mencukupi dan meningkatkan keahlian kami dalam beberapa bulan yang akan datang."#

No comments:

Post a Comment