Inquiry on "Sabahan" Peer Mohamad hit a snag


By Jayden Lisando, 27-9-2023
Kota Kinabalu : The inquiry on Indian-born Sabah MIC Chief Peer Mohamad Kadir — 600323-12-xxxx — on his "dubious" citizenship has hit a snag, at least for now.

The police has refused to release its investigation paper on the case which has been classified as Sulit (confidential), according to Sabah human rights advocate Daniel John Jambun who lodged a police report on Peer in August last year.

Jambun lodged the report to facilitate for an inquiry by a magistrate court here on how Peer, an Indian citizen, got his Malaysian documents including his Sabah IC which indicated he was born in Sabah when other documents show he was born outside of the state.

Peer is said to have entered Sabah in 1984 and obtained his Malaysia's document six years later in 1990.

Being the state MIC head, he now sits on the Board of Sawit Kinabalu, a state-government-owned GLC (government-linked corporation).

Asked what his next course of action, Jambun said he is consulting his advisors and may file for a judicial review.

"I will have to write to the police again, then from there file a judicial review within three months," Jambun told Borneo Herald today.

The human rights advocate was following up on a statement by a Deputy Home Minister Jonathan Yassin in Parliament in Aug 2022. Jonathan was then replying to Kota Kinabalu MP Chan Foong Hin on the authenticity of the Malaysian citizenship held by Peer.

Yassin said that his Ministry had so far not received any complaint on the matter.

The human rights advocate believes, based on reliable sources, that the Sabah MIC Chief may have registered and obtained a late registration birth certificate in Sabah without the sanction of the court

Daniel has doubted that the late registration birth certificate was issued after verification by the Mobile Court System in Sabah.

According to details in the police report, Peer was a Witness at the 2012 Royal Commission of Inquiry (RCI) headed by Judge Steve Shim Lip Khiong. Peer, who testified on 12 Aug 2012, admitted that he came to Malaysia in the 1980s, and later gotten his Malaysian citizenship.

Citizenship in Malaysia, under the operation of law, isn’t by _jus soli_ (place of birth) but _jus sanguinis_ (descent from a citizen).

The National Registration Act 1959/1963 states that the onus is on a holder to prove that he or she was eligible to Apply for and entitled to hold a Malaysian personal document.#

Kenyataan Penuh Pendirian Warisan Ranau terhadap isu cari gali emas di kawasan Kg Bongkud, Ranau

           

             Markos Situn, Ketua Warisan Ranau

RAMAI orang tertanya tanya apakah pendirian Warisan Ranau terhadap isu lesen yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk mencari gali emas di Bukit Tompong, Kg Bongkud, Ranau, yang telah mengundang pelbagai reaksi baik daripada pihak individu, NGOs mahupun pihak yang mewakili parti parti politik. 

Sebagai seorang yang berasal dari Kg. Bongkud, saya terpanggil untuk membuat kenyataan ini bukanlah atas kepentingan politik tetapi atas keperihatinan terhadap kesan buruk yang bakal dihadapi oleh rakyat setempat akibat daripada aktiviti carigali yang bakal dilaksanakan. Kelambatan kenyataan ini adalah disebabkan bahawa Warisan amat berhati hati dalam apa jua yang diperkatakan demi mengelakkan daripada prasangka buruk serta diputar belitkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Warisan bukan seperti parti parti lain yang sanggup melakukan apa saja termasuk berbohong serta membuat fitnah dengan tujuan menjatuhkan pihak lawan demi agenda politik kotor mereka. Warisan berpegang teguh kepada prinsip kebenaran. Pendirian Warisan adalah jelas, kita sokong apa yang baik untuk rakyat. Di sebalik itu, kita akan bantah dan bangkang apa yang memudaratkan kesejejahteraan rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan.

Sebagai sebuah negeri yang sedang membangun, Kerajaan Negeri Sabah tidak kira siapa penerajunya mestilah berhak mencari jalan meningkatkan hasil pendapatan bukan hanya melalui pertanian, perdagangan, perindustrian dan pelancongan tetapi juga menerokai sumber sumber alam semulajadi seperti hasil perhutanan, minyak dan galian demi menampung serta membiayai kemajuan dan pembangunan fisikal yang diperlukan oleh rakyat Sabah yang semakin meningkat. Kita tidak pertikaikan usaha itu. Kita kena akur kerana itu adalah hakikat dan realitinya. Kita bersyukur kepada Tuhan kerana kita dianugerahkan kekayaan semulajadi yang tidak wujud di negeri negeri lain di Malaysia. Sayang sekali sekiranya kerajaan gagal untuk mengurus sumber tersebut untuk kepentingan rakyat.

Walaupun semua kegiatan ekonomi termasuk perlombongan itu perlu, tidak kira di manapun, namun ianya harus dilaksanakan secara berhati hati. Selain daripada mengkaji kesan dari segi baik buruknya, saya berpendapat bahawa kerajaan juga harus melibatkan rakyat terlebih dahulu melalui perbincangan demi mendapatkan persetujuan terutama di kawasan yang mempunyai densiti penduduk yang amat padat. Kekecohan yang berlaku sudah tentu tidak akan timbul sekiranya dalam apa juga perancangan kerajaan, sentiment rakyat harus diambil kira terlebih dahulu.

Lombong Tembaga Mamut sudah cukup untuk memberi kesedaran serta pengajaran kepada kita. Kesangsaraan yang dialami oleh rakyat akibat Lombong Tembaga Mamut adalah jauh lebuh buruk jika dibandingkan dengan menafaat yang dinikmati oleh rakyat Ranau. Masalah bekalan air, pencemaran alam sekitar, jangkitan pelbagai jenis penyakit kronik, kehilangan tanah, hakisan, bencana alam banjir, tanah runtuh dan ketidaktentuan iklim adalah antara gejala gejaja yang timbul akibat daripada lombong tersebut. Penderitaan itu akan kita rasai sehingga ke generasi generasi akan datang. Kita tidak mau kesangsaraan tersebut diburukkan lagi dengan kewujudan satu lagi aktiviti perlombongan, apa tah lagi ianya dijalankan ditengah tengah perkampungan.

Penerangan yang diberikan oleh Yang Berhormat ADUN N38 Paginatan baru baru ini amat dialu alukan. Walau bagaimanapun kenyataannya bahawa lesen yang dikeluarkan oleh kerajaan itu hanyalah untuk mencarigali emas sahaja (prospecting for gold only) dan bukan melombong (not mining) adalah bagi saya tidaklah begitu meyakinkan. Harus diingat bahawa setiap kelulusan mencarigali itu sekiranya pencarian berhasil mesti diikuti dengan aktiviti melombong. Apa gunanya berbelanja besar untuk mencari emas sekiranya tidak bertujuan untuk melombong, tambahan pula sudah diketahui umum bahawa ada ura ura terdapatnya deposit emas di kawasan tersebut. Tidak wujud perbezaannya, sama ada lessen tersebut masih di peringkat prospecting atau melombong kerana kedua duanya tidak mendatangkan kebaikan. Bagi saya, lebih baik buat bantahan diperingkat awal daripada berbuat demikian apabila sudah terlambat.

Berdasarkan kepada faktor faktor yang disebutkan maka saya berpendapat bahawa bantahan keras terhadap pelaksanaan aktiviti carigali tersebut mempunyai justfikasi serta merit yang kukuh. Oleh yang demikian, ingin ditegaskan di sini bahawa Warisan Ranau akan sentiasa menyokong serta berdiri teguh di belakang rakyat terutama masyarakat Kg. Bongkud dan di sekitarnya untuk mendesak kerajaan supaya tidak meneruskan aktiviti cari gali itu demi kepentingan rakyat. Mengikut maklumat terbaru yang saya terima, kerajaan telah membuat keputusan untuk membatalkan lesen mencarigali tersebut. Sekiranya ini benar, maka saya menyeru masyarakat setempat tidak perlu lagi mengungkit isu tersebut demi keharmonian semua pihak. Saya berharap pengumuman tentang pembatalan lesen itu dapat dikeluarkan dalam masa yang terdekat demi meredakan keadaan.

Negeri Sabah sebenarnya mempunyai sumber kekayaan yang tiada tolok bandingnya dari segi nilai malahan lebih tinggi nilainya dari apa juga jenis sumber alam sama ada minyak, emas, berlian atau permata. Sekiranya kita perolehi sumber itu maka saya percaya dan yakin bahawa segala masalah rakyat Sabah, baik dari segi politik, ekonomi dan social akan dapat diselesaikan. Sumber kekayaan yang saya maksudkan adalah Perjanjian Malaysia 63 (MA63) asas pembentukan Malaysia. Tiada MA63 maka tiadalah Malaysia. Pendek kata, apa yang perlu adalah pelaksanaan MA63 secara keseluruhan demi melenyapkan suara suara sumbang yang menuntut bahawa negara Malaysia adalah milik satu satu bangsa sahaja.

Jika MA63 terlaksana kandungan pelbagai jenis galian seperti emas, tembaga, besi dan sebagainya tidak perlu digali. Kesemua itu boleh kita simpan dahulu untuk generasi akan datang. Pendapatan hasil daripada pelaksanaan syarat syarat dalam MA63 sudah memadai untuk menampung kesejahteraan hidup kita keakhir hayat. Kita sudah ada 20 peratus pendapatan minyak setiap tahun tidak termasuk tututan lebih satu trilion tunggakan semenjak 1976 dan hasil 40 peratus daripada kutipan cukai, hasil pertanian serta perladangan, pelancongan dan perikanan. Bayangkan menafaat yang dinikmati oleh rakyat jika perlaksaaan MA63 tercapai. Malahan rupa dan bentuk muka bumi Sabah pun akan berubah disebabkan oleh kemajuan dan pembangunan yang pesat.






Pencapaian perjuangan menuntut hak Sabah melalui pelaksanaan MA63 boleh dicapai sekiranya rakyat Sabah berbilang kaum bersatupadu dalam satu wadah perjuangan yang jitu.
Warisan adalah satu satunya parti tempatan tulin yang berpendirian tegas, ikhlas, dan konsisten memperjuangkan hak hak Sabah melalui pelaksanaan MA63. 

“WE ARE HERE TO BUILD A NATION, NOT A PARTICULAR RACE OR RELIGION”
“IN GOD WE TRUST, UNITE WE MUST”

MARKOS SITON
Ketua Bahagian 
Parti Warisan P. 179 Ranau

Kalau Singapura boleh, kenapa Sabah tidak boleh, kata aktivis-aktivis Sabah

KENYATAAN AKHBAR
25hb September 2023


*Kemerdekaan akan mengakhiri peranan Putrajaya sebagai ah long besar di bekas wilayah British Borneo*.

Sabah dan Sarawak, selepas kehilangan pendapatan dan sumber kepada Malaysia, terpaksa menanggung hutang Persekutuan!

Sabah dan Sarawak sepatutnya menuntut kemerdekaan melalui Parlimen Malaysia... dan tidak perlulah melalui Referendum.

Kemerdekaan perlu selepas Malaysia tidak mematuhi MA63 selama 60 tahun... dan tidak akan mematuhi walaupun selepas 60 tahun lagi.

Parlimen Malaysia sebenarnya boleh memberikan kemerdekaan kepada Wilayah Borneo.

Singapura diberikan kemerdekaan pada tahun 1965 oleh Parlimen Malaysia.

Kalau Singapura boleh, kenapa pula Sabah tidak boleh? Sabah dan Singapura adalah setara sebagai pengasas bersama Persekutuan Malaysia pada 1963.

Rancangan Malaysia Ke-12 juga adalah tentang memberi pinjaman wang kepada negeri-negeri. Kemerdekaan akan mengakhiri peranan Putrajaya sebagai ah long besar di bekas wilayah British Borneo.


Daniel John Jambun
Presiden Yayasan Borneo's Plight is Malaysia (BoPiMaFo)

Disokong Oleh :

1. Kanul Gindol Pengerusi Inisiatif Gindol untuk Masyarakat Madani Borneo

2. Jose Telado
Aktivis Hak Asasi Manusia Penampang

3. Wainin Setimin Presiden Pertubuhan Prihatin Mualaf Sabah 

4. Jovilis Majami Presiden Persatuan Pembangunan Sosial Komuniti Sabah 

5. Cleftus Stephen Mojingol Presiden Pertubuhan Kebajikan Rumpun Dayak Sabah (PKRDS)

6. Ricky Ganang Penasihat Persatuan Kebudayaan Orang Darat Sabah

7. Amru Kadir 
Aktivis Hak Asasi Manusia, Ranau

8. Zamal Intim
Aktivis Hak Asasi Manusia, Kota Belud

9. Jasmin Dulin
Aktivis Hak Asasi Manusia, Tuaran




English version Full text :

Press statement 
September 24th, 2023


Independence will end Putrajaya's role as great Ah Long in former British Borneo


Sabah and Sarawak, having lost revenue and resources to Malaysia, are saddled with Federal debts!

Sabah, Sarawak should form strong pressure lobby for independence through Malaysia Parliament .....no need Referendum.

Independence because Malaysia didn't comply with MA'63 even after 60 years ... and will never comply even for another 60 years  

Malaysia Parliament can grant
independence to the   Borneo territories. 

Singapore was granted independence in 1965 by Malaysia Parliament.

If Singapore can be granted independence by Malaysia Parliament, so can Sabah and be too as they stood equal in the federation unlike other states within Malaya. 

The 12th Malaysia Plan is about lending money to the states. Independence will end Putrajaya's role as great Ah Long in former British Borneo. 


Endorsed by;

1. Kanul Gindol Chairman Gindol Initiative for Civil Society Borneo 

2. Jose Telado
Human Rights Activist, Penampang

3. Wainin Setimin President Pertubuhan Prihatin Mualaf Sabah 

4. Jovilis Majami President Persatuan pembangunan sosial komunity Sabah 

5. Cleftus Stephen Mojingol President Pertubuhan kebajikan Rumpun Dayak Sabah 

6. Ricky Ganang Penasihat Persatuan Kebudayaan orang darat Sabah

7. Amru Kadir 
Human Rights Activist, Ranau

8. Zamal Intim
Human Rights Activist, Kota Belud

9. Jasmin Dulin
Human Rights Activist, Tuaran