Top posts

Featured Posts

PBS dan Star perlu bergabung sekarang sebelum terlambat dan merugikan, kata aktivis

                             Maslan Maginda

NGO URGES STAR AND PBS TO START NEGOTIATION TO MERGE

KOTA BELUD: A Momogun NGO is urging for Star and PBS to expedite the negotiation between them towards a merger as soon as possible.

The president of the East Malaysia’s Original Peoples Organisation or Pertubuhan Orang Asal Malaysia Timur (POAMAT), Maslan Maginda, made this appeal in a statement here as something urgent that is critical for the socioeconomic and political future of the Momoguns in Sabah.

“The merger will go a long way towards uniting and thus strengthening the community in the fields of socioeconomy and politics of Sabah,” Maslan said. “If the two parties really believe in unity and wanting to empower their own people for the future, they should prove it by uniting and working together as one now.

“The Momoguns as a community are facing a lot of challenges today, especially with the threats they face in economics and demographics. Just because Star and PBS are both in the ruling government they shouldn’t forget that the community is in danger of losing in various fields because we are still broken up into many political parties including UPKO, PBRS and Anak Negeri. These have not yet included our people who are members of other non-Momogun parties.”

Maslan said that in fact all the Momogun-based parties should now sit down and combine into one, by considering seriously the proposal for unity and merger by Star president Datik Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan’s proposal for merger.

“We have failed in past attempts to merge but we shouldn’t give up. The main considerations are not the personal positions and interests but the collective future of the Momogun community,” Maslan urged. “In fact such a merger will also strengthen the GRS government. We must act now before it’s too late. The day may come when we have lost so much that there will be no way to reverse the social, economic and political damages to the Momogun people.”

…………………………….

NGO MENDESAK STAR DAN PBS MULAKAN PERUNDINGAN UNTUK BERGABUNG

KOTA BELUD: Sebuah NGO Momogun menggesa Star dan PBS menyegerakan rundingan antara mereka ke arah penggabungan secepat mungkin.

Presiden Pertubuhan Orang Asal Malaysia Timur (POAMAT), Maslan Maginda, membuat rayuan ini dalam satu kenyataan di sini sebagai sesuatu yang mendesak yang kritikal untuk masa depan sosioekonomi dan politik komuniti Momogun di Sabah.

“Penggabungan itu akan membawa banyak kebaikan demi penyatuan dan sekali gus mengukuhkan masyarakat Momogun di bidang sosioekonomi dan politik Sabah,” kata Maslan. “Jika kedua-dua parti benar-benar percaya kepada perpaduan dan mahu memperkasakan kaum mereka sendiri demi masa depan bersama, mereka sekarang harus membuktikannya dengan bersatu dan bekerjasama sebagai satu badan.

“Momoguns sebagai sebuah komuniti menghadapi banyak cabaran hari ini, terutamanya dengan ancaman yang mereka hadapi dalam ekonomi dan demografi. Hanya kerana Star dan PBS kedua-duanya berada dalam kerajaan yang memerintah, mereka tidak sepatutnya lupa bahawa masyarakat Momogun sedang diancam akan tewas dalam pelbagai bidang kerana kita masih berpecah kepada banyak parti politik termasuk UPKO, PBRS dan Anak Negeri. Ini belum dikira lagi orang-orang kita yang menjadi ahli parti-parti lain yang bukan berasas Momogun.”

Maslan berkata, sebenarnya semua parti yang berasas Momogun kini harus duduk dan bergabung menjadi satu, dengan mempertimbangkan secara serius cadangan perpaduan melalui penggabungan oleh presiden Star Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan.

“Kita pernah gagal dalam percubaan untuk bergabung di masa lalu tetapi kita tidak harus berputus asa. Pertimbangan utama bukanlah kedudukan dan kepentingan peribadi tetapi masa depan kolektif masyarakat orang-orang kita,” gesa Maslan. “Malah, pengggabungan sedemikian akan juga memperkuatkan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah. Kita mesti bertindak sekarang sebelum terlambat. Harinya mungkin akan tiba di mana kita telah banyak kerugian sehingga tidak ada cara lagi untuk memulihkan kerosakan sosial, ekonomi dan politik kepada orang Momogun.”

No comments:

Post a Comment

Search This Blog