Top posts

Featured Posts

Untung tempat PM lawat dapat dana !!

Luke Rintod, 1-6-2023
NAMPAKNYA tempat-tempat yang sempat dilawati Perdana Menteri, Menteri dan Ketua Menteri pasti untung, tidak banyak, sedikit mesti ada.

Seperti lawatan Perdana Menteri Datuk Anwar Ibrahim ke perayaan Tadau Kaamatan Sabah di KDCA di Penampang dan juga kemudian di kampus Universiti Malaysia Sabah (UMS).
       Anwar Ibrahim di Kaamatan @ KDCA2023
Di KDCA, Anwar umum "beri" RM1 juta, "walaupun Pairin tidak minta" katanya untuk penganjuran Tadau Kaamatan Sabah pada tahun depan (2024).

Ketika berdialog dengan siswa UMS pula, Anwar umum lulus "serta-merta" RM3 juta untuk mengatasi masalah tiada bekalan air dalam kampus UMS di Likas sejak Oktober tahun lalu.

Perkara yang sama juga berlaku ketika dia bertemu anggota tentera di Kem Lok Kawi Petagas, telah mengumumkan kelulusan imbuhan tetap atau Insentif Khas kepada lebih 30,000 tentera membabit peruntukan tahunan lebih RM80 juta.

Demikian juga apabila Ketua Menteri melawat kawasan tertentu maka ada sja "kelulusan" kilat projek-projek di situ. Tidak banyak, sedikit mesti ada.

Saya boleh bayangkan keberuntungan daerah-daerah atau kawasan yang sering dikunjungi PM dan Menteri-Menteri Persekutuan khususnya di negeri-negeri di Semenanjung yang memang sentiasa didatangi menteri silih berganti sejak 60 tahun ini.

Untunglah 11 negeri di Semenanjung yang menjadi tumpuan tapak kaki para menteri Pusat.

Jika begini, adalah lebih baik memastikan lebih kerap PM, Menteri turun bertandang ke Sabah dan Sarawak sebab dua negeri ini masih sangat teruk ketinggalan jauh dari segi infrastruktur jalanraya, air, elektrik, perumahan, kesihatan dan pendidikan.

Saya rasa jika kenderaan Anwar selalu menggunakan jalanraya misalnya dari Sepanggar/Tuaran ke ibu negeri, nescaya jalan-jalan tersebut akan lebih cepat dibaiki atau disiapkan.

Tu lebuhraya Pan-Borneo yang melintasi ibu negeri ke Tuaran dan seterusnya ke Kudat sudah lebih lapan tahun berubah-ubah arah, siang lain, malam pindah sudah, berlubang-lubang, senget-sengetan, bergelapan menyebabkan sudah sangat banyak kereta rosak, rim pecah, tayar pecah dan eksiden.

Sama juga jika Pegawai Daerah atau Jurutera Daerah tiap hari melalui jalan tertentu maka dia sendiri merasa apa yang perlu dibuat, sudah tentu masalah lebih cepat diatasi.

Namun, di Sabah tidaklah selalu begitu. Jalan yang dilalui setiap hari oleh Ketua Menteri atau Menteri-Menteri dan Pembantu Menteri belum tentu ada jaminan akan cepat diperbaiki.

Ada sesuatu yang tidak kena di sini.

Apapun lebih banyak/kerap PM, KM dan menteri-menteri serta MP dan Adun turun padang, lebih besar peluang masalah-masalah akan mendapat perhatian untuk diselesaikan.
                  Jokowi, presiden Indonesia 
Seperti apa selalu kita tonton Presiden Indonesia, Jokowi, melawat kawasan negaranya, pasti ada saja masalah rakyat yang diselesaikannya berikutan lawatannya itu.#


No comments:

Post a Comment

Search This Blog